Jinyu.
Daun pintu aku tolak perlahan sebelum aku masuk ke dalam. Harini aku masih dekat rumah Jimin lagi. Omma appa balik besok.
Keluhan berat aku lepaskan sebelum aku meneruskan langkah.
"Jinyu~ lambatnya kau balikk!! Aku rindu kau!" Jimin yang berada di sofa berlari ke arah aku dan memeluk aku tiba-tiba.
Selepas pelukan dilepaskan dia tersenyum lebar memandang aku.
"Tepi. Aku nak naik. Jangan tegur aku lepas ni," aku tolak dia kasar dan naik ke bilik.
"Jinyu! Kau kenapa? Okay tak?"
Aku tidak membalas dan masuk ke dalam bilik.
Jimin.
Jinyu berlalu pergi tanpa balasan. Aik, dah kenapa minah ni? Aku ada buat salah ke? Atau bulan datang menemani....?
~~~~~~
"Puding dah siap~!" Aku melihat omma yang gembira sambil tangannya mengambil puting yang sudahpun mengeras di dalam peti ais.
"Chim, kenapa Jinyu tak keluar dari petang tadi? Dia okay tak?" Omma memandang aku serius. Baginya Jinyu sudah seperti anaknya sendiri. Mestilah dia risau.
"Dia okay kot...tak pe, biar Jimin panggilkan." Aku bangun dari tempat duduk dan naik ke atas.
Pintu bilik diketuk beberapa kali namun tiada sahutan dari Jinyu. Tidur ke minah ni?
Perlahan-lahan aku buka pintu dan menjengulkan kepala sedikit.
Hanya katil yang kemas bersama barang-barang di atas meja. Pintu tanda bilik juga terbuka. Jadi..tiada siapa pun dalam bilik tuh..
Omg Jinyu mana?!
"Omma!!! Jinyu hilang!!!" Aku berlari mendapatkan omma. Jinyu hilang weehh! HILANG!
"Hilang?! Biar betul kamu ni Chim!" Kelam kabut omma dibuatnya.
"Dia tak ada dalam bilik omma! Chim srs! Chim tak tipu!"
"Okay..first..relax..kita fikir dulu mana dia nak lari..." omma menarik nafas dan berfikir.
"Haa!" Terkejut aku bila omma tetiba macam tu.
"Dia mesti ada dekat rumah dia. Lupa ke? Kat sebelah je pun,"
"Okay, okay. Jom kita pergi" terkocoh-kocoh aku dengan omma keluar dari rumah.
Sampai depan rumah Jinyu aku tengok pagar terbuka. Jadi kami masuk ke dalam.
Aku dan omma saling berpandangan.
Okay..pintu pun tak terkunci. Dah sah sah budak ni ada kat dalam.
Perlahan lahan pintu dikuak dan kami melangkah masuk.
"Jinyu..ouh Jinyu.." aku menyeru dia suapaya keluar. Namun tiada sahutan darinya. Hmm..takkanlah pencuri pulak dalam ni.
"Jimin...appeo..sakit Jimin..tolong.." aku mendengar esakan seseorang dari arah dapur. Dengan segera aku menuju ke dapur.
Alangkah terkejutnya aku! Minyak yang tumpah mengelilingi kakinya. Kuali terbalik jauh daripada Jinyu. //ayat keling//
"Jinyu!" Aku laju mendapatkan dia. Begitu juga omma.
"Macam mana boleh jadi macam ni Jinyu?" Tanya Omma dengan kerisauan.
Aku melihat ke arah kaki Jinyu. Kakinya yang terkena minyak panas dan kemerahan. Habis melecur!
"Ni kau boleh jalan tak? Kita pergi hospital eh?"
Jinyu menggeleng. wajahnya menahan kesakitan. Alah, soalan bodoh apa kau tanya ni Jimin?
"Aku angkat kau okay?" Jinyu mengangguk dengan pertanyaan aku. Kemudian aku mengangkat Jinyu dengan gaya bridal style dan masuk ke dalam perut kereta.
Kereta di pandu laju ke hospital.
YOU ARE READING
[C] paper rocket + park.jm
FanfictionDia selalu bagi roket kertas dekat aku. Aku nak tanya..dia tak tahu ke maksud MEMBAZIR?! Start: 201116 End:141216 Status ; completed + Cerita ni idea saya sendiri. Don't copycat + ⓒJeonlist_ ; 2016 Cover by ; @joonzgal