X

3.3K 421 19
                                    

No one.

Perlahan-lahan Jinyu dibaringkan di atas katil. Kakinya yang tadi melecur akibat terkena air panas sudahpun dibalut.

Hati Jimin sayu melihat Jinyu dalam keadaan begitu. Dia mengambil tempat di tepi katil Jinyu.

"K-kau nak apa? Aku rasa kau dah boleh keluar.." kata Jinyu dingin. Dia langsung tidak memandang muka Jimin pada waktu itu.

"Emm..yelah..kita dah tolong tapi dia halau kita. Bukan nak cakap terima kasih pun.." Jimin berkata kemudian dalam nada merajuk.

"Keluarlah. Aku nak rehat. Jangan ganggu aku," tolak Jinyu perlahan supaya Jimin beralih dari katilnya.

"Ye ye. Aku pergi. Kalau ada apa-apa panggil je aku. Aku kat sebelah" Ujar Jimin dengan senyuman. Jinyu tidak bersuara mahupun mengangguk. Dia mendiamkan diri menunggu Jimin keluar dari biliknya.

Baru saja Jimin ingin menutup pintu, namanya dipanggil. "Jimin.."

"Eung?" Jimin berpaling.

"Terima kasih." Ucap Jinyu sebelum mengalihkan pandangan dari Jimin.

Jimin tersenyum lebar. "Sama-sama~"

Perlahan-lahan pintu ditutup oleh Jimin sebelum keadaan menjadi sunyi.

"Kau layan aku baik..tapi kenapa kau tak nak luahkan yang kau suka aku Park Jimin?" Guman Jinyu seorang diri.

Bantal di peluk sebelum matanya ditutup rapat menikmati tidurnya.

~~~~~~~~~~~~

"Makan ni, omma dah masakkan untuk kau." Makanan yang berada di dulang diletakkan di atas meja berdekatan dengan katil. Jinyu hanya memandang kosong makanan tersebut. Jimin pula mengambil kerusi di meja solek dan duduk didepan Jinyu.

"Kenapa tak pergi lagi?" Jinyu melihat Jimin dingin. Buat apalah mamat ni dekat sini lagi. Sibuk je!

"Aku nak tengok kau makan sampai habis baru aku pergi." Kata Jimin merenung Jinyu. Jinyu cuba untuk bangun dari baringnya. Jimin yang melihat cepat-cepat bangun dan menolongnya.

"Aku boleh bangun sendiri," tangan Jimin yang berada di bahu Jinyu ditepis lemah. Dengan kudrat yang masih ada akhirnya Jinyu berjaya bangun dan bersandar di kepala katil.

"Aku tak nak makan. Aku tak lapar." Kata Jinyu.

"Kau tipu." Tangan Jimin pantas mengambil mangkuk yang berisi bubur itu lalu disua pada Jinyu. Jinyu menggeleng tidak mahu. Dia menolak perlahan makanan itu.

"Kalau ye pun kau marah aku, tapi janganlah tak makan. Kau tu sakit. Nanti tak baik macam mana? Kan susah. Mak ayah kau risau nanti. Tahu tak aku sedih tengok kau sakit.." Kata Jimin panjang. Bubur yang di pegangnya tadi diletakkan kembali di atas dulang.

"Aku akan keluar tapi kau kena makan bubur tu sampai habis. Aku nak tengok kau pulih. Aku tak nak tengok kau sakit. Aku tak suka. Lepas makan bubur tu jangan lupa makan ubat" ujar Jimin sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Hatinya sedih. Kenapa Jinyu begitu dingin dengannya? Apa salah dia sehingga gadis itu tidak mahu melihat wajahnya?

Kelibat Jimin kini menghilang apabila pintu ditutup. Jinyu memandang bubur di atas dulang yang masih panas itu. Perlahan-lahan dia mengambil mangkuk tersebut dan mula merasai bubur tersebut. Air matanya jatuh membasahi pipi pada masa yang sama apabila bubur itu masuk ke dalam mulutnya.

Jimin..aku suka kau. Bila kau nak luahkan perasaan kau dekat aku? Bila kau nak bagitahu aku yang kaulah orang yang bagi aku roket kertas setiap hari? Bila kau nak jadi orang yang gembirakan aku selamanya tanpa memberikan roket kertas itu? Kau kata kau risaukan aku. Kau kata kau tak suka tengok aku sakit. Tapi kenapa kau tak luahkan lagi rasa suka kau tu?

Adakah kau betul-betul sukakan aku?




[C] paper rocket + park.jmWhere stories live. Discover now