2

407 33 0
                                    

Aku dan kawan ku melangkah ke kantin sekolah selepas sahaja mendengar loceng sekolah berbunyi menandakkan waktu rehat . Kami meneruni tangga sambil berbual .

Mia yang berada dihadapan aku tiba-tiba tersungkur akibat di tackle oleh rakan sekelas aku . Mereka hanya menggelakkan Mia . Aku sedikit terkejut . Kenapa dia buat Mia macam tu ? Mia hanya berlalu pergi apabila ramai yang menggelakkan nya .

Aku cuba untuk membantu Mia tetapi Mia sudah pun pergi dari kawasan tangga itu . Aku hanya membiarkan sahaja .

****

" Rayyan kenapa kau tak makan lagi tu ? " tanya Arif .

Aku yang sedang leka termenung hanya tersengih . Lalu menyuapkan sesudu mi goreng ke dalam mulut aku seperti biasa  .

" kau ada masalah ke ? " tanya Iskandar pula .

" ha takde lah " dalih aku .

" aku kesian tengok Mia asyik kena buli je " adu Xihao .

" hm kan , aku pun sama " sokong Arif .

" tapi walaupun dia kena buli , muka dia steady je , takde pun muka takut " ujar Iskandar .

" betul tu " sokong Arif sekali lagi .

Aku hanya pasang telinga mendengar perbualan mereka . Bukan taknak join sekali tetapi mata aku tertarik ke arah seseorang . Sesekali mata aku akan memandang ke arah Mia yang sedang makan sebungkus roti vanila seorang diri .

Entah kenapa sejak aku masuk kelas 5 Wizard , mata aku asyik tertarik melihat Mia . Suka ? Tak kot . Aku mengeleng-gelengkan kepala aku untuk membuang Mia dari fikiran aku . Arif pelik melihat aku lalu menepuk pipi aku manja .

" kau okay tak ni ? kau geleng apa ? " soal Arif pelik .

" ha takde pape " dalih aku sambil tersengih .

****

Lepas je habis makan , aku buat keputusuan untuk kembali ke kelas . Dalam perjalan nak naik ke tingkat kelas aku , aku seperti terdengar tengkingan . Nak kata cikgu tak mungkin la sebab rehat belum habis lagi . Aku terus melangkah naik .

Aik ? Tu Mia kan ? Mia dengan siapa tu ? . Baru je aku melangkah masuk kedalam kelas ada sebuah buku terbang lalu mendarat dihadapan kasut aku . Aku terkejut . Siapa pulak yang baling ? Aku mengambil buku tersebut . Aku memerhati sekeliling .

Aik bukan tadi ada beberapa orang ke ? Asal sekarang ni tinggal Mia sorang je ? .
Aku menayangkan buku itu dihadapan Mia . Mia merampas buku itu dari tangan aku . Wau ganasnya ,aku terkejut lalu duduk ditempat aku semula .

Mia mula menyelak buku tersebut . Aku hanya memerhati Mia . Mia sedikit tak selesa lalu menutup buku itu . Aku tersenyum kecil . Dia ni kadang-kadang comel jugak kan . Eh dah mula merepek balik .

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat . Sedikit demi sedikit murid kelas 5 Wizard masuk ke dalam kelas .

vote and comments
thnks

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now