" Mia , Ezzat nak mintak maaf , Ezzat takde niat nak tinggalkan Mia . Ezzat terpaksa , Ezzat minta maaf sangat " luah Ezzat dengan penuh ikhlas . Okay tetamu tu sebenarnya Ezzat . Ezzat Zafran budak yang korang semua nak tahu sangat tu . Eleh korang nampak macam ikhlas tapi bagi aku tu semua fake semata-mata . " kau ingat aku percaya sangat dengan kata-kata kau tu " marah aku .
Memang tak lah aku nak percaya . Kau kata nak lindungi aku , kau kata kau nak jaga aku , sembang je lebih . " Ezzat takde niat nak tinggalkan Mia dulu , Ezzat memang terpaksa " Ezzat mula merayu . " Terpaksa konon , kau tahu tak aku tunggu kau macam orang gila , berharap kau datang . Tengok-tengok kau pindah . Kau tak bagitahu aku langsung . Aku datang rumah kau , kau buat-buat tak kenal aku . Kau ingat aku boleh maafkan kau macam tu je " aku mula meluahkan segala isi hati aku .
" Mia , Ezzat mintak maaf . " suara Ezzat mula perlahan . Haih aku pulak rasa serba salah . Tapi betul lah aku geram sangat dengan dia ni . " Ezzat , Mia tunggu Ezzat . Tapi ni yang Ezzat buat . " air mata aku mula mengalir . Haih kenapa lah masa ni air mata aku boleh mengalir . Kau nak tahu tak apa yang dia buat sampai aku benci dia ? Ha marilah kita flashback .
Flashback ..
Hari ni macam biasa Mia akan berjumpa dengan Ezzat . Tapi hari ni Mia rasa lain , macam akan ada sesuatu yang tak kena . Mia naik ke tingkat 3 untuk berjumpa dengan Ezzat , ketika ini Ezzat sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah . Katanya jika mengulang kaji pelajaran di rumah dia akan mudah mengantuk sebab itu dia mengulang kaji di sekolah . Dia juga selalu pulang lewat ke rumah . Begitu juga dengan Mia sebab Mia temankan Ezzat .
Mia menghampiri tempat yang di duduki oleh Ezzat . " hai lama tunggu ? " tanya Mia dengan ramah lalu mengambil tempat di hadapannya . Ezzat memandang Mia sekilas . Mia mula pelik dan lagi satu selalunya masa macam ni library ramai orang ni tinggal cuma Mia dengan Ezzat .
Pengawas yang bertugas pun Mia tak nampak . Mungkin mereka tengah rehat . Mia mengambil tempat di hadapan Ezzat . " kau kenapa ni ? " tanya Mia .Ezzat mengeluh perlahan . Dia mula menutup buku latihan yang berada di hadapannya . Wajah Mia di tenungnya dalam . Mia mula semakin pelik .
" Mia , aku nak mintak maaf " ucap Ezzat perlahan . Tiba-tiba kedua-dua tangan Mia di pegang rapi oleh Damien dan Firdaus . " lepaskan aku lah ! Ezzat tolong aku !! " Mia mula meronta-ronta untuk melepaskan diri . Mulut Mia ditutup menggunakan kain , mata Mia mula mencari kelibat Ezzat . Ezzat di bawa keluar dari perpustakaan bersama-sama dengan pengawal peribadinya .
Ezzat . Dia seorang anak usahawan yang terkenal di Malaysia . Dia ialah pewaris terakhir kepada syarikat keluarganya . Disebabkan dia anak orang kaya , keluarganya tidak membenarkan dia berkawan dengan orang biasa . Ibu Ezzat iaitu Datin Kamelia menghalangnya berkawan rapat dengan Mia .
Dan disebakan itulah dia kini perlu pindah ke sekolah lain supaya Ezzat dan Mia tidak berkawan lagi . Untuk membuatkan rancangan ini berjaya Datin Kamelia mengupah Damien dan Firdaus untuk membantunya menjayakan rancangan ini . Ezzat tidak boleh berbuat apa-apa . Jika dia melawan , Mia akan kena lebih teruk daripada ini .
Dia tak nak orang yang dia cinta sakit . Dia setuju untuk berpindah sekolah demi keselamatan Mia .
flashback ...
" Mum you promise me that you will not do anything to Mia if I follow your rules "
" yes , I promise "
Ezzat mula terbayang kata-kata ibunya . Selepas ketiadaan Ezzat di sekolah itu kini Damien dan Firdaus bebas membuli Mia . Rakan-rakan yang lain juga begitu mereka lebih meminggirkan Mia daripada menolongnya . Disebabkan itu lah Mia tiada kawan sehinggalah kemunculan Rayyan .
End Flashback ...
So ya macam tu lah ceritanya . Walaupun nampak agak ganas tapi aku dah biasa hadap semua tu . Berbalik semula pasal si Ezzat ni . Ey aku rasa nak lempang je dia ni . Sibuk datang balik buat apa . " Ezzat , takpa Mia maafkan tapi Mia nak Ezzat jangan datang sini lagi . Mia kalau boleh dah taknak tengok muka Ezzat " aku terus masuk dalam rumah semula . Aku peduli apa .
Aku naik ke bilik aku tanpa menghiraukan Abang Aziq dengan Abang Azad . Aku menutup pintu dengan kuat . Kenapa dia datang balik ?!
END POV
****
Vote and Comment
Thank you
#roadtofinalexam
#wishmeluck
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...