24

72 6 0
                                    

Rayyan meninggalkan Ezzat sendirian . Ezzat mengambil peluang ini . Kayu baseball yang berada berhampirannya di ambil . Kayu tersebut di hayun kuat terkena belakang badan Rayyan . Rayyan jatuh dengan serta merta . " Rayyan !!! " jerit Iskandar dari jauh . Ezzat cepat meninggalkan lokasi kejadian . Mata Rayyan berpinar .

Wajah Iskandar , Arif , dan Xihao muncul di depannya . " Rayyan , bertahan " ujar Xihao . Rayyan tersenyum kecil pandangannya menjadi gelap gelita . Wajah Mia muncul di dalam gelap itu . Mia tersenyum  ke arah Rayyan . " Mia , aku okay " beritahu Rayyan .

****

Hari ini sudah seminggu Rayyan tidak sedarkan diri . Kejadian itu berlalu dengan pantas . Ezzat hilang begitu sahaja . Kes pergaduhan ini menjadi berita hangat di sekolah SMK Taman Indah . Ramai pelajar tidak percaya bahawa Rayyan telah di pukul dengan teruk . Kebanyakan dari mereka tidak tahu bahawa Ezzat lah puncanya .

Mia memegang tangan Rayyan . " dah masuk seminggu kau macam ni , kau tahu tak aku rindu kau " adu Mia . Setelah Mia mendapat tahu yang Rayyan di masukan ke dalam hospital dia segera menuju ke hospital . Dia memang dah agak benda ni akan berlaku kerana pagi tadi hatinya tidak sedap hati . Sepanjang Rayyan berada di hospital Mia yang menjaganya bergilir-gilir dengan Puan Riana iaitu ibu Rayyan .

Ramai kawan-kawan dan junior-junior dari sekolah datang melawat Rayyan . Rayyan sangat beruntung walaupun dia seorang pelajar baru tapi ramai yang datang melawatnya . Mia bangun untuk mengambil wuduk . Jam telah menunjukan pukul 10:30 pm . Setelah selesai mengambil wuduk sejadah dibentang menghadap kiblat , dia ingin melakukan solat hajat , dan mendoakan supaya Rayyan cepat sembuh .

Begitulah rutin harian Mia semenjak Rayyan dimasukan ke dalam hospital . Dia tidak pernah berhenti berdoa untuk Rayyan . Setelah selesai Mia menghampiri kerusi yang berada di birai katil Rayyan . Mata mula berasa mengantuk tetsapi dia tetap gagahkan diri untuk melihat wajah Rayyan sebelum dia tidur , dan akhirnya Mia tertidur di birai katil milik Rayyan . 

****

" Hai Mia " tegur Arif . Mia tersenyum apabila Arif , Iskandar dan Xihao datang melawat Rayyan . Mereka bertiga selalu datang ke sini untuk berbual dengan Mia . " masih tiada perubahan ke ? " tanya Xihao . Mia menggelengkan kepalanya . Mereka bertiga menghampiri sofa yang berada tidak jauh dari katil milik Rayyan .

" kau dah makan ? " tanya Iskandar lalu bangun menghampiri katil milik Rayyan . " belum lagi " jawab Mia . " takpelah jom aku temankan kau beli makanan " pelawa Iskandar . " Rayyan biar aku jaga " ujar Xihao . Mia tersengih lalu mengikut Iskandar dari belakang untuk keluar dari bilik di mana Rayyan berada .

Mereka berjalan menuju masuk ke lift . Butang G ditekan oleh Iskandar . Mia masih diam seperti tadi . Semenjak Rayyan dimasukan ke dalam hospital Mia banyak diam dan sangat kurang bercakap . Iskandar menoleh ke sebelah . Dia tidak tahu mahu buat apa lagi .

Mereka tiba di kafe hospital . Mia membuat keputusan untuk makan di situ sahaja . Mia hanya memesan nasi goreng dan air mineral . Iskandar pula hanya memesan air teh tarik . Iskandar duduk di hadapan Mia . " sampai bila kau nak macam ni ? " tanya Iskandar .

" entahlah , aku rasa Rayyan jadi macam ni semua disebabkan aku kan ? aku lah punca segalanya " terang Mia . Matanya mula berair memikirkan nasib yang menimpa dirinya . " kau tak boleh macam ni Mia . Semua yang berlaku ni ada hikmahnya " nasihat Iskandar lembut .

" kalau aku tak rapat dengan Rayyan mesti benda ni tak kan jadi Is " Mia mula menolak pinggan yang berisi nasi goreng ke tepi selepas menyuapkan dalam 10 sudu ke dalam mulutnya . Iskandar memandang wajah Mia dengan dalam . Mia mula menyedut air lebihannya .

" kau menyesal ke kenal dengan Rayyan ? " tanya Iskandar serius . Mia hampir sahaja ingin tersedak mendengar soalan Iskandar . " soalan kurang bijak mana kau cakap ni , mana ada lah " ujar Mia dengan nada geram . Iskandar membuat muka .

" dah tu kenapa kau cakap macam tu tadi " soal Iskandar membuatkan Mia terdiam . " aku tak nak Rayyan sakit disebabkan aku , kau tahu kan aku sayangkan dia " luah Mia . Iskandar tersenyum meleret . " kau suka dia eh , kantoi lah " ejek Iskandar . Mia menyorokan mukanya akibat malu .

" Is aku percayakan kau , janganlah kau cerita dekat sesapa termasuklah Rayyan " rayu Mia . Iskandar tertawa . " betul ke kau suka dia ? " tanya Iskandar untuk mendapatkan kepastian . " aku tak tahu lah nak cakap macam mana , tapi aku selesa bila dengan dia . Aku tak pasti perasaan aku ni macam mana " luah Mia .

" jelas lagi terbukti kau memang suka dia " Iskandar mula berdiri dengan wajah gembira . Mia tersengih . Selepas berbual , mereka naik semula ke bilik di mana Rayyan berada . " Is , kau jangan bagitahu Arif dengan Xihao eh pasal tadi " pesan Mia dari luar bilik Rayyan .

" Sebelum kau cerita benda ni , Arif dengan Xihao dah lama tahu " jawab Iskandar . Mia terdiam seribu bahasa . " so korang semua dah tahu lah ni ? " teka Mia . " dah " jawab Iskandar sepatah . Muka Mia mula bertukar merah akibat malu . " haha rilek lah kitaorang je pun , tak akan tu pun nak berahsia " Iskandar memulas tombol pintu bilik Rayyan manakala Mia mengekori Iskandar dari belakang .

****

Vote and Comment
Thank you

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now