8

352 27 4
                                    

" Mia ! " panggil aku .

Mia yang sedang memegang beg plastik tersebut terus memusing ke belakang . Mia menghadiahkan senyuman manis kepada aku . Haih stop lah being so cute ! . Aku menuntun basikal dan menghampirinya .

" awak dari mana ? " tanya aku . Soalan apakah ini Rayyan Naufal ? Dah sah-sah dia dari kedai .

" saya baru balik dari kedai " jawab Mia . Haih Mia nasib baik lah kau layan soalan bingai ni .

" jauh nya awak pergi kedai " ujar aku . Mia tersengih .

" awak duduk area sini ke ? " tanya Mia . Aku sekadar mengangguk .

" awak bukan duduk dekat Palma ke ? " tanya aku untuk kepastian .

" iya saya memang duduk situ . kalau cuti saya duduk dekat rumah makcik saya dia pun duduk area sini " beritahu Mia .

" makcik awak duduk area sini ke ? Lorong berapa ? " haih kau ni Rayyan banyak tanya betul lah .

" lorong 8 " jawab Mia sepatah .

" ohh dekat lah dengan rumah saya . saya lorong 9 . Jom saya temankan awak balik " pelawa aku .

" eh tak pe saya dah biasa lah " tolak Mia malu-malu .

" ala takpe bukan selalu " ujar aku sambil mengikut Mia dari belakang . Haih bahagianya !

****

Sejak daripada hari itu aku dengan Mia sering berjumpa dan kami mula berkawan baik . Jika aku ada masalah di situ Mia akan ada dan jika dia ada masalah aku sentiasa bersamanya . Banyak buah mulut yang mengatakan yang kami bercinta tapi aku tak kisah .

Aku lagi suka . Tapi tulah aku tak boleh nak berterus terang dengan dia , aku takut aku je yang syok sendiri . Aku dah mula selesa dengan dia . Aku harap dia ada jugak pendam perasaan yang sama . Aku tak boleh nak ubah perasaan ni lagi .

Perangai Mia pun dah berubah sekarang . Dulu dia selalu malu - malu tapi sekarang wuish ganas wei , dia ni pun masuk air jugak . Memang best ahh kawan dengan dia ni . Kes Mia kena buli makin berkurang dan Mia juga semikin ramai kawan .

Cuma satu je tak settle lagi si Damien ni . Damien sorang je yang semangat mengacau Mia . Aku ada dengar cerita jugak yang Damien ni suka Mia , tapi aku tak percaya sangat . Dan siapa Ezzat ?

" hei ? Kau termenung apa tu ? " tanya Mia . Aku hanya tersengih malu .

" sabtu ni kau free tak ? " tanya aku . Aku  mula memandang wajahnya yang leka membuat ulang kaji di perpustakaan awam .

Ni la satu lagi tabiat aku yang baru . Aku suka sangat pandang muka Si Mia ni . Bila aku pandang muka dia , aku rasa macam tenang je . Bukan dia tak perasan , memang selalu perasan aku selalu jugak jadi mangsa cubitan dia . Tapi kadang-kadang dia tak perasaan , dah macam pasangan bercinta tapi hakikatnya tak .

" kenapa ? nak ajak keluar lah tu kan " agak Mia sambil mengetuk pen nya ke hidung aku . Aku mengangguk tanda iya .

" tengok lah dulu , nak pergi mana ? " tanya Mia . Bahan ulang kaji di tolak tepi .

" ada lah , kau ikut je " aku mula mengemas buku-buku yang berselerak , Mia juga begitu .

Setelah selesai menyusun segalanya , aku dan Mia mula keluar dari perpustakaan itu . Kami menuju ke Pusat Membeli Belah yang terletak di tengah Bandar Moniruvia . Dan macam biasa kami akan ke tempat lepak baru kami di FoodDotCom .

Aku memesan spagetti dan air epal manakala Mia pula hanya memesan semangkuk salad dan segelas air kosong . Jangan tanya aku kenapa dia pesan makanan tu . Aku dah banyak kali tanya tapi dia tetap jawab jawapan yang sama iaitu sedap . Haih pelik betul Mia Ayuni ni .

Meja kami tidak terlalu jauh dari pentas . Mia pernah cakap dengan aku yang dia memang suka makan di sini . Seorang lelaki naik ke pentas dan membetulkan mikrofon . Aku dan Mia pula menikmati persembahan nyanyian yang berlangsung tak lama lagi .

" selamat petang FoodDotCom ! , saya Afiq Zaki akan memeriahkan lagi minum petang anda dengan nyanyian saya . Hari ni saya akan menyanyikan lagu Despacito dengan bantuan sahabat saya Tengku Nizariff . Saksiķan " ujar penyanyi itu dengan semangat .

Petikan gitar mula memenuhi segenap FoodDotCom . Suara Afiq Zaki mula kedengaran . Haih siapa tak kenal Afiq Zaki dan Tengku Nizariff . Mereka ialah penghibur yang terkenal di Bandar Moniruvia . Mereka juga mendapat 2 juta pengikut di Youtube .

Setelah lagu itu habis makanan yang kami pesan turut habis . Kami menghabiskan masa di situ dengan persembahan yang lain .

" wow ! Mia dating ke ?? " ujar seseorang dari belakang aku . Mia yang berada di hadapan aku mula menundukkan wajahnya . Macam kenal suara ni aku mula menoleh belakang .

" Damien ? Apa kau buat dekat sini .. "

****

vote and comments
thankyou
Happy Eid Mubarak ❤

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now