33

74 6 0
                                    

Xihao mula meninggalkan Iskandar yang masih duduk di atas tembok yang menghadap ke bandar raya Moniruvia . " Sorry lambat aku temankan Zahirah tadi " ujar Rayyan . Arif yang masih bersandar di kereta Iskandar mula menghampiri Rayyan . " So Zahirah mana ? " soal Xihao . Xihao turut menghampiri Rayyan . " Dia tengah shopping ah " jawab Rayyan .

" Takpe biarkan je dia shopping dulu . Lagi senang plan kita nak cepat settle " ujar Iskandar . Iskandar mula melompat dari tembok yang tinggi itu . Dia melangkah menuju ke arah tempat mereka berkumpul . " Kau ada dapat apa-apa tak " soal Arif kepada Rayyan . Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan . " Aku ada tanya gak tapi dia selalu mengelat nak jawab " terang Rayyan .

" Kalau macam tu sampai bila pun dia tak nak mengaku " adu Xihao . Mereka bertiga mengeluh perlahan . " Kalau cara lembut dia tak layan kita kena guna cara kasar " ujar Iskandar dengan nada suara yang mendatar . " Kau nak buat apa " tanya Arif dengan ragu . Iskandar hanya tersengih .

****

" You pergi mana , lama I tunggu you dekat sini " soal Zahirah . Rayyan menghampiri Zahirah yang sedang duduk di bangku yang berdekatan dengan air pancur . " Sorry I jumpa kawan tadi " balas Rayyan dengan malas . " Kawan ? Kawan yang mana satu ni " soal Zahirah lagi . " Kawan lama " balas Rayyan sambil duduk di sebelah Zahirah .

" You temankan pergi beli casing phone boleh tak " soal Rayyan . Suaranya sehabis boleh dimanjakan supaya Zahirah termakan umpan dia . " Alolo , mesti lah boleh , jom " Zahirah bangun lalu mengikuti Rayyan . Rayyan mula tersenyum jahat apabila Zahirah berjaya masuk ke dalam perangkapnya .

Mereka mula berjalan menaiki tangga kecemasan . Zahirah mula pelik . " Kenapa naik tangga ? Lif kan ada " soal Zahirah . Rayyan yang berada di tangga paling atas mula menoleh ke belakang . " You tak akan taktahu I mana suka naik lif , lagi satu lif tu untuk warga emas dan ibu bapa yang menggunakan troli baby untuk bawa anak kecil " jawab Rayyan . Zahirah mula berdengus .

Rayyan hanya gelak . Setelah menaiki beberapa anak tangga , akhirnya mereka tiba di rooftop . " Kata nak beli casing phone tapi kenapa kita ada dekat rooftop ni " soal Zahirah sambil kakinya pantas mengekori Rayyan yang begitu laju di hadapan . " I ada sedikit suprise untuk you " ujar Rayyan dengan gembira .

Zahirah seperti teruja , Rayyan membawa Zahirah jauh dari orang ramai dan tiba-tiba sahaja Rayyan berhenti . Mata Zahirah mula mencari apa yang ingin di suprise kan oleh Rayyan . Tiba-tiba kedua-dua tangan Zahirah dipegang oleh Arif dan Xihao . Beg kertas yang dipegang oleh Zahirah mula jatuh .

" Lepas lah ! " Zahirah mula meronta-ronta untuk dilepaskan . " Apa ni Rayyan " Zahirah mula meninggikan suaranya . " Bawa dia dekat penjuru rooftop ni " ujar Iskandar yang tiba-tiba sahaja muncul dari balik kereta yang diparking di rooftop itu . Arif dan Xihao mula membawa Zahirah ke tempat yang Iskandar arahkan . Rayyan pula mengutip semula beg-beg kertas itu .

" Kau nak apa ha sial ! " marah Zahirah . Kakinya mula hendak menyepak Iskandar yang sedang berdiri dihadapanya . " Tolong ~ " jerit Zahirah . " Eh kau boleh diam tak ?! Kau ingat orang boleh dengar ke " ujar Iskandar dengan sinis . Zahirah tidak berhenti-henti dari meronta . " Aku taknak tahan kau lama-lama , aku straight to the point eh . Mana Mia ? " Iskandar mula mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya .

Pisau itu dia mula mainkan di wajah putih milik Zahirah . Arif , Xihao dan Rayyan mula terkejut dengan tindakan Iskandar . " Is , kau biar betul ni " soal Rayyan seperti tidak percaya . " Kau diam lah , aku tahu apa yang aku buat " balas Iskandar dengan sedikit kasar . Rayyan mula tergamam . " Lagi sekali aku tanya mana Mia !!! " Iskandar mula meninggikan suaranya dan membuatkan mereka yang lain terkejut .

" Aku tak tahu lah bodoh ! " balas Zahirah dengan matanya tidak habis memandang Iskandar dengan penuh kebencian . Iskandar mula menarik Zahirah dengannya . Rambut Zahirah ditariknya dan membuatkan Zahirah aduh kesakitan . " Aku tahu Mia hilang kau lah puncanya ! Sebelum aku toreh benda dengan pipi kau baik kau mengaku cepat !!!! " suara Iskandar jelas kedengaran di telinga Zahirah .

Pisau tersebut semakin hampir ke wajah Zahirah dan membuatkan Zahirah menjerit dan menangis . " Aku tak culik dia , Ezzat yang culik ! " jawab Zahirah dengan tangisan . Iskandar melepaskan Zahirah dan dia jatuh terduduk . Arif, Xihao dan Rayyan terkejut manakala Iskandar beriak biasa .

" Aku terpaksa ikut arahan Ezzat , sebab aku cintakan Rayyan . Aku kena ikut dia " jujur Zahirah . Air matanya mula mengalir dengan laju . " So , mana Mia sekarang " soal Iskandar . Zahirah pantas menggelengkan kepalanya . " Aku tak tahu lepas je parti semalam . Ezzat tak cakap apa-apa pun " jawab Zahirah .

Iskandar mula meninggalkan tempat itu . Arif dan Xihao pula mengekori langkah Iskandar . Rayyan memandang Zahirah yang masih menangis itu . " I'm sorry Zahirah " ujar Rayyan . Dia mula mencangkung dan dia menghulurkan beberapa helai tisu pada Zahirah .

Bersambung....

****

Vote and comment
Thank youuuu

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now