Mia pulang ke rumah setelah Puan Riana mengambil tugas untuk menjaga Rayyan . Kakinya di bawa naik ke bilik untuk berehat . " Mia ? Rayyan masih tiada perubahan ke ? " tanya Puan Sri Salwa yang baru sahaja siap mencuci baju di bilik dobi yang terletak di ruangan dapur . Mia hanya menggelengkan kepala .
Hubungan Mia dengan kedua ibu bapanya kembali baik seperti biasa . Perasaan benci terhadap ibu tirinya bertukar kepada perasaan sayang . Bukan senang untuk Mia menerima orang baru untuk menjadi ibunya . Mia juga sudah kembali menjadi satu-satunya anak bongsu kesayangan Tan Sri Ariffin semula .
Mia terbaring di atas katil . Badan sangatlah penat dan tidak cukup tidur . Dia perlukan rehat secukupnya kerana dia akan kembali menjaga Rayyan selepas SPM tamat . SPM akan bermula pada minggu depan . Tetapi dia agak terkilan kerana Rayyan tidak dapat menduduki SPM kerana kondisinya seperti ni .
Pada petang ini Iskandar , Arif dan Xihao mengajaknya untuk mengulang kaji di perpustakaan awam yang berada tidak jauh dari rumahnya . Mia mula menutup matanya untuk tidur .
Di perpustakaan awam . .
" tak sangka lagi berapa bulan je kita nak habis sekolah kan ? " ujar Xihao dengan separuh berbisik . " kan , lepas ni kita dah tak macam ni lagi dah . Nanti lepas SPM semua bawa haluan masing-masing " Arif mula menutup buku rujukan yang berada di hadapannya .
" tak lama lagi dapat lah kita makan nasi minyak Rayyan dengan Mia " gurau Xihao . Mereka bertiga tertawa bersama . " apa ni , benda bukannya betul-betul pun " dalih Mia . " eleh , malu lah tu " ejek Iskandar . Wajah Mia mula merah akibat malu . Tepat jam 5 , Arif dan Xihao mula beransur pulang .
Tinggalah Mia dan Iskandar . Iskandar menemankan Mia sehinggalah Azad datang mengambil Mia manakala Iskandar membawa motor . " lepas SPM kau jaga Rayyan ke ? " tanya Iskandar untuk memecahkan kesunyian . " macam biasalah, itu pun kalau dia masih belum sembuh " jawab Mia . " ni kalau Rayyan tahu mesti dia sebak wei tengok pengorbanan kau " terang Iskandar .
Mia tersenyum kecil . " mana ada lah , biasa je " nafi Mia . Iskandar tertawa . Mereka menghabiskan masa dengan berbual , beberapa minit kemudian kereta milik Azad sudah tiba di hadapan perpustakaan . " aku balik dulu eh , kau lepas ni jangan merayau pulak . Good luck SPM " Mia mula meninggalkan Iskandar .
Setelah kereta milik Azad hilang . Iskandar mula beransur untuk pulang . Belum sempat dia ingin pergi ke tempat motor tiba - tiba lengannya di tarik . Alangkah terkejutnya orang yang menariknya ialah Ezzat . " kau nak apa sial ?! , tak cukup lagi ke kau dah buat Rayyan macam tu " marah Iskandar .
Dia mula meronta untuk melepaskan diri dari Ezzat . Iskandar dapat merasakan Ezzat lah orang yang memukul Rayyan .
" Tak cukup . Benda ni akan cukup bila aku tengok dia mati " ujar Ezzat dengan tegas . " Kau nak tahu tak sebenarnya kau ni pengecut . Cuba kau bagitahu semua orang yang kau punca Rayyan koma " cabar Iskandar .
" Mulut kau tu jangan longkang sangat boleh tak ! " marah Ezzat , dia mula mengepalkan menumbuknya . " apa ! Betul lah kan kau pengecut . Takut masuk penjara , kau pukul anak orang tak takut pulak . Perangai tu jangan macam bodoh sangat " Iskandar mula membuka langkah untuk pergi .
Ezzat terdiam . " Rayyan koma , tak boleh jadi ni . Aku tak nak masuk penjara " bisik Ezzat sendirian sambil matanya memerhatikan Iskandar yang sedang memakai topi keledar . " wei Iskandar ! " Ezzat menghampiri Iskandar yang sedang menghidupkan enjen motornya . " apa kau nak ! " marah Iskandar .
" kau mesti happy kan sebab Rayyan sakit , bila Rayyan sakit senanglah kau nak rapat dengan Mia . Kawan jenis apa lah kau ni " ujar Ezzat dengan sinis . Iskandar pantas menumbuk wajah Ezzat . Ezzat jatuh terduduk . " kepala hotak kau ! Kau jangan nak fitnah eh " herdik Iskandar . Ezzat bangun semula , hidung Ezzat mengeluarkan darah akibat di tumbuk oleh Iskandar .
Ezzat membalas dengan menumbuk Iskandar semula . Iskandar jatuh , Ezzat meninggalkan tempat kejadian apabila dia melihat pengawal perpustaakan awam menghampiri Iskandar . " adik , tak apa-apa " tanya pengawal itu sambil membantu Iskandar bangun . Iskandar mengangguk perlahan . Tepi bibirnya mula mengeluarkan darah dengan banyak .
" jom pakcik hantar pergi klinik , bibir adik berdarah " pelawa pengawal itu .
****
Isnin . Hari yang dinantikan dan yang hari yang paling di takuti oleh pelajar SPM . Semua calon mula berkumpul di hadapan dewan untuk mendengar taklimat dan membaca doa sebelum peperiksaan bermula . Setelah itu mereka mula memeriksa nota-nota sebelum peperiksaan bermula .
Xihao dan Arif duduk bersama Mia sambil mereka membincang nota . " mana Iskandar ? " tanya Mia . " Is dia pergi toilet " jawab Xihao . Beberapa minit kemudian , Iskandar datang lalu menghampiri Mia dan kawan-kawannya . " Hai " tegur Iskandar lalu duduk di sebelah Arif dan berhadapan dengan Mia .
" kau kenapa ?! " tanya Mia dengan terkejut . Iskandar mula teragak-agak untuk memberitahu Mia . " semalam kitaorang main bola , Xihao lah dia pergi sepak bola terkena muka Iskandar , sebab tulah muka dia macam tu " jawab Arif bagi pihak Iskandar . Xihao agak terkejut apabila namanya terlibat sekali .
" betul tu , sorry Is " beritahu Xihao apabila Arif mula menolak lengan Xihao tanpa pengetahuan Mia . " oh , tulah lain kali main tu hati-hati . Tengok apa yang dah jadi " bebel Mia . " alah , sikit je ni " jawab Iskandar .
Setelah diarah untuk masuk ke dalam dewan , mereka berempat terpisah kerana kedudukan mereka yang agak jauh . Xihao sempat juga menarik telinga Arif dan Iskandar akibat menggunakan namanya tanpa dirancang ketika di belakang Mia .
****
Thank you
Vote and comment
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...