21

74 6 0
                                    

Afiff = Azad
Ariff = Aziq
Maaf pertukaran nama telah berlaku kerana author confius sebenarnya 😂

****

" eh abang Azad tak kerja ke hari ni ? " tanya Mia selepas sahaja dia melihat bayangan Azad lalu di dapur . Azad kembali semula ke ruang tamu setelah selesai menghantar pinggan kotor ke dapur . " abang amik cuti " jawab Azad lalu menuju ke ruang tamu semula .

Mia naik ke biliknya untuk mandi . Setelah selesai mandi dan berpakaian dia mula menuju ke meja belajarnya . Zip kecil yang berada di dalam beg dibuka olehnya . Seutas rantai pemberian Ezzat kini berada di dalam genggaman . Mia tersenyum kecil . Kini di fikirannya hanyalah satu iaitu ' perlu ke dia maafkan Ezzat dan berikan Ezzat peluang kedua ' .

" Mia , mari turun makan " ajak Azad sambil mengetuk pintu bilik Mia . " tapi Mia tak lapar " jawab Mia dari dalam . Azad memulas tombol pintu bilik Mia lalu dia masuk ke dalam . " kenapa ni ? " tanya Azad lalu menghampiri Mia yang berada di atas katil sambil badannya diselubungi dengan selimut yang tebal . " kamu tak sihat ke ? " tangan Azad mula merasa dahi Mia . Mia menolak tangan abangnya perlahan .

" Mia okay lah , cuma Mia pening sikit je " jawab Mia . Azad keluar dari bilik Mia , beberapa minit kemudian dia kembali ke bilik Mia dengan membawa dulang yang berisi nasi putih dan lauk yang baru sahaja di masaknya tadi iaitu ayam sambal . Di tepi nasi tersebut terdapat segelas air putih . " bangun lah , ni abang ada bawa kan nasi " pelawa Azad lagi . Mia dengan perlahan mengalihkan selimut tebal itu dari badannya .

" makan sikit je yang penting perut tu tak kosong " Azad mula menyuapkan sesudu nasi bersama ayam ke arah Mia , Mia membuka mulutnya dan menguyah secara perlahan . Secara tiba-tiba Mia berlari ke dalam bilik air lalu memuntahkan semula nasi tersebut bersama dengan muntah makanan yang dimakannya tadi di sekolah dan makanan semalam . Azad terkejut lalu mendapatkan Mia yang terkulai di sinki bilik air .

" Ya Allah , Mia kenapa ni " Azad mula mengangkat Mia lalu diletakan di atas katil semula . " biar abang call Doktor Ilyas " Azad mula mendapatkan telefonnya yang berada di tepi katil milik Mia . Doktor Ilyas ialah doktor peribadi keluarga mereka . Jika mereka sakit atau apa pun doktor itu yang akan merawat mereka . Setelah 10 minit berlalu , Doktor Ilyas masuk ke dalam bilik Mia . " Mia cuma demam sikit je " beritahu Doktor Ilyas . Azad mula menarik nafas lega . Doktor Ilyas mula mengemas semula peralatan yang telah digunakan dan letak di dalam begnya semula .

" kamu ada masalah ke sampai boleh demam sampai macam ni " Mia mula menelan air liur lalu pantas menggelengkan kepalanya . Doktor Ilyas tersenyum kecil . " baiklah , lepas ni jangan tertekan sangat ya takut kesihatan Mia terjejas " pesan Doktor Ilyas . Mia hanya menganggukan kepalanya tanda faham . " Zad , kalau suhu badan dia masih tak turun saya sarankan esok jangankah bagi dia sekolah " Azad hanya tersenyuman mendengar pesanan dari Doktor Ilyas . 

" saya balik dulu nanti kalau ada apa-apa hal call saya cepat " Azad menghantar Doktor Ilyas hinggalah ke pagar hadapan , setelah itu dia pergi ke dapur untuk memasak bubur kegemaran Mia . 

****

Mia mengeluh dengan perlahan . ' tak kan lah sebab Ezzat aku sampai demam macam ni ' Mia mula mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil yang terletak di sebelah katilnya . Aplikasi Instagram menjadi pilihannya pada hari ini untuk menghilangkan bosan . Mata Mia terbuntang luas apabila namanya di tag di gambar yang Ezzat post .

" what ?! Macam mana dia tahu nama insta aku ni " Mia membuka gambar tersebut dan alangkah terkejutnya bahawa gambar tersebut di ambil oleh Ezzat ketika mereka berada di dalam kereta bersama dan captionnya hanyalah

#flower

Mia mengeluh perlahan . Mia meletakkan semula telefon di tempat yang di ambilnya tadi . Tiba-tiba pintu bilik Mia terbuka , rupanya Azad yang masuk . " Mia , ni abang ada buatkan bubur . Mia makan eh " Azad meletakan dulang tersebut di atas meja belajar milik Mia .

" Terima kasih " ucap Mia . Azad membalas dengan senyuman . " lepas asar nanti Rayyan datang melawat kamu " Mia terkejut . " macam mana Rayyan tahu yang Mia tengah demam " tanya Mia . Azad mengambil tempat di birai katil . " abang yang bagitahu sebab tadi dia call kamu , kamu tak angkat " beritahu Azad .

Mia mula terdiam kerana tidak tahu nak jawab apa . " takpe lah kamu rehat dulu , nanti kalau Rayyan dah sampai abang bagitahu " Azad mula bangun untuk keluar kerana ingin memberi ruang kepada Mia untuk berehat . Setelah Azad keluar dari biliknya , Mia kembali memeriksa telefonnya .

Terdapat 10 missed called dari Rayyan dan 6 chats dari aplikasi Whatsapp . Aplikasi Whatsapp di bukanya .


Rayyan
- kau pergi mana tadi ?

Rayyan
- Mia , kau demam ke ?

Rayyan
- kenapa tak jawab call ?

Rayyan
- wei janganlah buat aku risau , angkat la call !!!!

Rayyan
- kau marah dekat aku ke ?

Rayyan
- Mia , i'm sorry . Petang ni aku datang rumah kau eh

Mia Ayuni
- Rayyan , aku okay lah

Rayyan
- no , petang ni aku datang

Mia mengeluh perlahan . Lalu dia menyelimuti seluruh badannya dengan selimut yang tebal .

****

Vote and comments
Thank you

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now