Berkat doa orang ramai pada petang ni kelas Addmath cikgu Zila cancel . Kelas 5 Wizard pun di penuhi dengan sorakan . " movie jom " ajak Arief . Rayyan dan kawan-kawanya bersetuju termasuklah Mia .
Pada jam 3 petang Mia tiba di rumahnya . Pada waktu begini rumahnya memang tiada penghuni kerana Aziq dan Azad masih belum pulang dari kerja . Bibiknya pula sudah pulang ke rumah setelah selesai menyiapkan makanan untuk Mia . Mia membuka pintu rumah .
Beg sekolah di campak ke arah sofa yang terletak di ruang tamu . Mia mengeluh kepenatan , dengan pantas dia naik ke bilik untuk mengambil telefonya . Setelah tiba di bilik , nombor Aziq didail .
" asalamualaikum "
" waalaikumsalam , ya Mia ada apa ni ? "
" Mia nak keluar boleh tak ? "
" pergi mana ? dengan siapa ? berapa orang yang pergi "
" Mia pergi dengan Rayyan , tengok movie je "
" pergilah , balik awal tau "
" baik boss ! "
Setelah meminta izin daripada Aziq , Mia segera pergi bersiap . Selepas selesai bersiap Mia menunggu Rayyan di hadapan rumahnya , dalam 10 minit Rayyan tiba di hadapan rumah Mia dengan kereta Honda Jazz .
" kau dah makan ke belum ? " tanya Rayyan sambil tangannya sibuk memperlahankan radio . Mia sekadar menggelengkan kepala . Rayyan memutakrkan stereng keretanya ke belah kiri untuk masuk persimpangan menuju ke McDonald .
Setelah selesai memesan makanan ..
Mereka mengambil tempat di luar McDonald . Rayyan duduk di hadapan Mia . " makan lah " pelawa Rayyan . Dan suasana sepi pun bermula . Situasi di situ agak janggal kerana mereka tiada topik untuk berbual . Selepas saja selesai makan mereka ke menuju ke pusat membeli-belah seperti yang di janjikan .
****
Damien yang baru sahaja tiba di McDonald berhenti seketika lalu memerhatikan dua figura manusia yang amat dikenalinya . Damien segera menghampiri figura tersebut . " hai Mia " tegur Damien . Rayyan sedikit terkejut apabila mendengar suara yang paling dia benci . Rayyan menoleh kepalanya . Wajah Damien menghiasi setiap sudut pengelihatannya . " eh Damien , sorang je ke ? " tanya Mia ramah . Rayyan apa lagi lagi bertambah pelik lah .
' Mia ni dah kenapa ? boleh pulak dia layan ' monolog Rayyan seorang diri sambil makan kentang goreng yang terhidang di hadapannya . " iya , sorang je " jawab Damien sambil mengambil tempat di hadapan Mia iaitu di sebelah Rayyan . Ulang type DI SEBELAH RAYYAN . ' selamba badak je amik kentang aku , dah lah orang tak pelawa suka hati je ' marah Rayyan di dalam hati .
Mia dan Damien berbual mesra manakala Rayyan sibuk bermain telefonnya . Rayyan sempat juga mengadu pada Iskandar , Arief dan Xihao di dalam Whatsapp mereka jugak tidak berpuas hati dengan sikap Damien . ' hey gais aku ada dekat sini jugak lah kau ingat aku patung ke apa sia ? ' ujar Rayyan di dalam hati lagi . Tiba-tiba Zahirah muncul entah dari mana lalu menghampiri meja Rayyan dan Mia .
" hai Rayyan " tegur Zahirah . Rayyan tersengih terpaksa . " eh Zahirah , what are u doing here ? " tanya Damien . " ohh , nothing . Aku dengar ada orang nak tengok movie sebab tu lah aku datang " jawab Zahirah lalu duduk di sebelah Mia . Dan dia juga sama seperti Damien selamba je amik kentang orang . Rayyan seperti mensyaki sesuatu . ' aku rasa dorang saja nak kacau aku dengan Mia ' bisik suara hati Rayyan .
" kalau macam tu korang makan lah , jom Mia kita dah lambat ni " ajak Rayyan lalu menarik lengan Mia beralaskan lengan baju . Mia seperti mematuhi kehendak Rayyan lalu mengikuti Rayyan dari belakang setelah lengannya di lepaskan oleh Rayyan . Setelah kelibat Rayyan dengan Mia hilang , Zahirah dan Damien mengeluh dengan kasar . " kau ni kalau kau layan Rayyan tadi mesti plan ni dah jadi kau tahu tak " marah Damien . " eh hello aku cuba okay ! , dia yang tak layan aku " marah Zahirah juga .
" banyak lah kau cuba , kau tengok dorang dah pergi " Damien seperti tidak berpuas hati ketika itu . Zahirah hanya menjeling ke arah Damien . Sementara itu suasana di dalam kereta Rayyan kembali senyap seperti tadi . Hanya radio yang menghiasi suasana yang sunyi . " Rayyan ? Kau marah aku ke ? " tanya Mia setelah kereta milik Rayyan berhenti di hadapan lampu isyarat . " eh takde lah mana ada " balas Rayyan . Mia sedikit serba salah . Mungkin sebab Mia layan Damien dan Rayyan cemburu ? Mungkin lah .
" asal lambat ? " tanya Xihao . Rayyan tersengih . " sorry ah " jawab Rayyan . " kau lambat sangat so kitaorang beli tiket dulu " ujar Iskandar yang sedang leka bermain game PUBG . Rayyan mengambil tempat di sebelah Arief manakala Mia mula duduk di sebelah Xihao . " movie start pukul berapa ? " tanya Mia . " dalam pukul 5 " jawab Arief .
Sementara menunggu , mereka berlima lepak di Food Cafe . Mia hanya menghabiskan masa dengan bermain telefon manakala yang lain pula leka main game . Biasalah lelaki kalau tak main game dalam sehari memang tak sah . Sampai lewat malam pun diaorang sanggup main . Mia mengeluh perlahan . " Ezzat apa cerita eh sekarang ? " tanya Iskandar .
Mia sedikit terkejut apabila Iskandar menyebut nama Ezzat . Rayyan buat muka pelik . Dah kenapa tiba-tiba buka cerita pasal Ezzat . " Entahlah aku pun taktahu " jawab Xihao . Mia seperti tidak berminat lalu dia bangun untuk pergi ke tandas . Selepas figura Mia hilang Arief menepuk lengan Iskandar .
" kau dah kenapa tanya dia macam tu ? " tanya Arief . Iskandar mengaduh kesakitan game tersebut di pause nya . " apa betul lah , aku nak tahu apa hubungan dia dengan si Ezzat tu dulu " jawab Iskandar lalu menyedut air milonya . Arief mengeluh perlahan . " Is lepas ni jangan lah tanya lagi , takut dia tak selesa " Rayyan mula bersuara dengan perlahan . " haih yelah " Iskandar kembali bermain gamenya .
****
vote and comments
thank you !Hey gaiss , long time no see 😂 . story ni dekat dah habis dah . sape rindu cerita ni angkat tangan HAHAHAHA
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...