26

75 6 0
                                    

Hari ini sudah masuk seminggu peperiksaan SPM . Mia mendapat berita bahawa Rayyan sudah sedar dari koma . Kini dia dalam berjalan menuju ke hospital untuk berjumpa dengan Rayyan . Di lobi hospital Iskandar , Arif dan Xihao menunggu Mia tiba . " kau rasa Rayyan amnesia ke tak ? " tanya Iskandar .

" ish , kau ni agak-agaklah bila bercakap , kata-kata tu satu doa " marah Arif . " aku tanya je " jawab Iskandar . Mia tiba sambil membawa sejambang bunga coklat , mereka naik ke tingkat 6 di mana bilik Rayyan berada . Setelah tiba di hadapan pintu bilik Rayyan , langkah Mia terhenti . Mereka bertiga mula pelik . " kenapa ? " tanya Xihao .

" aku takut lah " jawab Mia . " kau nak takut apa , Rayyan je kot " ujar Arif . Mia mengeluh perlahan . " ke kau takut , dia tak ingat kau " teka Iskandar . Mia memandang mata Iskandar dengan dalam . " its okay lah , jangan fikir bukan - bukan " Iskandar mula menenangkan Mia .

Arif dan Xihao memasuki bilik Rayyan manakala Iskandar dan Mia mengekori mereka dari belakang . " yow , apa khabar dude ?! " tegur Rayyan dari katilnya . Wajahnya sangat riang apabila melihat sahabatnya datang . " baik je , kau pulak " tanya Xihao sambil menghampiri katil Rayyan . " macam biasalah " jawab Rayyan . Arif dan Xihao mula menyalam Rayyan dengan gaya lelaki .

" eh , Iskandar lama tak jumpa " ujar Rayyan . Iskandar menghampiri Rayyan . Badan Rayyan dipeluknya . " Is sejak bila kau ada awek ni , tak bagitahu aku pun " kata-kata Rayyan amat mengejutkan mereka berempat . Rayyan masih dengan wajah yang riang . " eh , kau tak kan tak kenal Mia . Dia bukan awek aku lah " beritahu Iskandar dengan wajah yang pelik .

" Mia ? Siapa tak kenal lah . Budak sekolah kita juga ke " teka Rayyan dengan muka yang pelik . Mia masih berdiri kaku di hadapan katil milik Rayyan . ' Rayyan tak ingat aku ? ' bisik hati Mia . " kau biar betik Rayyan , tak kan kau tak ingat Mia , dia kawan kita lah " beritahu Xihao dengan bersungguh-sungguh . " kawan kita ? Setahu aku kita mana ada kawan perempuan " ujar Rayyan dengan serius .

" kau jangan main-main boleh tak " marah Iskandar . " aku kata aku tak kenal dia !!! " tengking Rayyan . Air mata Mia mula menitik dengan perlahan dan makin lama makin deras . Tanpa berfikir panjang , Mia mula melangkah keluar dari bilik Rayyan . Bunga yang di pegangnya di lepaskan dan bunga itu terjatuh di hadapan katil Rayyan . Mereka bertiga terkejut dan Rayyan masih beriak biasa .

" Mia tunggu ! " panggil Iskandar lalu mengejar Mia dari belakang . " Rayyan , kau tak main-main kan ? " tanya Arif yang dari tadi hanya mendiamkan diri . " Ya Allah , berapa kali aku nak ulang . Aku tak kenal siapa perempuan tu " beritahu Rayyan . Xihao mula mengutip bunga yang di bawa oleh Mia . " kau ingat siapa je ? Selain kami " tanya Xihao .

" apa soalan kau ni Xihao , aku ingat semua lah . Aku tak hilang ingatan pun " Rayyan mengeluh dengan kasar . Arif dan Xihao memandang Rayyan pelik . Mia menuju ke tingkat 9 di mana tingkat yang paling atas di hospital tersebut . Setelah itu dia menaiki tangga untuk menuju ke rooftop hospital . Iskandar masih mengejar Mia dari belakang .

" Mia , tunggu " Iskandar menghampiri Mia yang sedang terduduk sambil menangis . " Mia jangan lah macam ni " pujuk Iskandar . " kau cakap senanglah , kau ingat senang ke aku nak terima semua ni " adu Mia dengan esakan . Iskandar dengan perlahan memegang lengan Mia untu membantu Mia bangun . " Mia kau janganlah macam ni , aku faham . Takpelah Mia kau nangislah puas-puas aku temankan kau ya " pelawa Iskandar sambil membawa Mia menuju ke sebuah bangku .

Di dalam bilik Rayyan 

" dah berapa lama Iskandar dengan budak tu ? " tanya Rayyan sambil memakan sebiji epal yang dibawa oleh Xihao . Xihao dan Arief memandang sesama sendiri . " tak lama sangat " jawab Xihao sambil meletakan makanan yang dibawa . Rayyan hanya menganggukan kepalanya . arief dari tadi cuba untuk menelefon Iskandar tetapi tidak dijawab begitu juga dengan Mia .

" wei kau taknak cari dorang ke ? tanya Arief dengan risau . Xihao hanya menganggkat bahu tanda tidak tahu . " mak kau bila sampai Rayyan ? " tanya Arief . " entah lah nurse tu kata mak aku pergi amik akak aku . Mungkin lambat sikit kot " jawab Rayyan . Setelah 45 minit berlalu bunyi tangisan Mia semakin reda . Iskandar memerhatikan wajah Mia yang kini kelihatan sembab .

" Is , apa salah aku  sampai Rayyan tak ingat aku " adu Mia . Iskandar mula memikirkan ayat . " Mia kau tak boleh cakap macam tu " Iskandar mula memujuk Mia semula . Mia mula termenung dengan air mata yang mula bertakung di tubir mata .

****

Vote And Comment

Thank you

Harapan Terakhir Where stories live. Discover now