Pintu bilik Mia di ketuk dari luar . Mia yang asyik leka termenung mula tersenyum apabila melihat Azad masuk sambil membawa dulang makanan . " Mia okay ? " tanya Azad . " okay sikit " jawab Mia .
" kamu ingat tak apa yang berlaku beberapa jam tadi " Mia mula memerah otaknya untuk memikirkan apa yang berlaku beberapa jam tadi . " jangan paksa diri sangat nanti kamu jugak yang susah , rehat lah " tambah Azad .
Mia hanya akur . Azad mula menelefon Aziq untuk memberitahu bahawa dia terpaksa cuti hari ini untuk menjaga Mia . Mia mengeluh perlahan . Dia seperti terlupa akan seseorang .
****
Rayyan berhenti di hadapan kedai 7 Eleven , dia membelikan ais krim kegemaran Mia iaitu Magnum White Chocolate . Setelah membuat bayaran dia segera menuju ke rumah Mia .
Azad membuka pintu , dia menghadiahkan senyuman terhadap Rayyan . " Mia dekat tepi kolam , pergilah . Abang pergi buat air " Azad meminta diri untuk pergi ke dapur . Rayyan mula menapak menghampiri Mia .
" Mia ? Aku ada bawak ais krim kegemaran kau makanlah takut cair " Mia menyambut memberian Rayyan . Mia perlahan membuka plastik ais krim . Rayyan pelik dengan sikap Mia .
" kau kenapa macam ada tak kena je .. ke kau tak suka aku datang " Rayyan mula membuka mulut apabila Mia tiada tanda-tanda ingin berbual . " takde lah mana ada " jawab Mia . " dahtu kenapa ? "
Mia mengeluh perlahan ais krim yang mula cair di jilatnya perlahan . " aku rasa aku ada terlupa seseorang .. kau rasa siapa eh yang aku lupa " Rayyan berhenti membuka balutan lolipop .
Di dalam fikiran mula memikirkan seorang iaitu ..
****
" kau demam apa tiba-tiba tolong Mia tadi " soal Zahirah . Damien masih lagi menundukkan wajahnya . " kau dekat pihak siapa sebenarnya ni aku ke dia ? " tambah Zahirah lagi .
" ey kau boleh diam tak !! dari tadi asyik membebel je !! kau taktahu apa yang aku rasa !!! " Damien bangun lalu meninggalkan Zahirah yang masih dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga .
Damien mula memulas motosikalnya dengan kuat apabila teringat akan kejadian yang berlaku terhadap Mia tadi .
****
" Mia kawan kamu datang ni " beritahu Azad . Mia dan Rayyan berhenti ketawa lalu melihat siapakah gerangan yang datang melawat Mia . ' Damien ? apa yang dia buat kat sini ? ' Rayyan mula memandang Damien dengan penuh kebencian .
" hai Mia , awak dah okay ? " tanya Damien . Mia hanya tersenyum kecil . " ni saya ada bawak Big Apple untuk awak " Damien meletakkan sekotak donut di atas meja berhadapan dengan Mia . ' sejak bila dia jadi baik ni ' soal Rayyan sendiri .
****
Setengah jam kemudian Rayyan dan Damien pamit untuk pulang . Mia menghantar mereka di pintu rumah sahaja kerana di halang oleh Rayyan supaya hantar sahaja dari sini . Rayyan menyarungkan helmet ke kepalanya .
Damien dengan tiba-tiba menghampiri Rayyan , kolar baju Rayyan dicerkam oleh Damien . " this is war bro . Aku tahu kau suka dekat Mia , tapi satu je aku nak pesan she is mine !
kau budak baru tahu apa " dengan perlahan Damien melepaskan kolar Rayyan . Kepala Rayyan yang di tutupi dengan helmet di usapnya perlahan . " good luck " Rayyan mula menyumpah Damien di dalam hati .
****
" dia dah kenapa sia ? dia dekat pihak aku perempuan tu ! " Zahirah mula kehulur-kehilir . Fifi yang sedang membaca majalah remaja mula pening melihat Zahirah yang dari tadi tidak duduk diam .
" kau ni rilek lah , senang cerita kau buat kerja tu sendiri takyah nak ajak Damien sekali .. kau dah tahu Damien macam tu kau buat jadi partner buat apa " Fifi kembali membaca majalah remaja itu ( aku taktahu la kenapa majalah remaja lol ) .
****
Rayyan menghempaskan badannya di atas katil . Kunci motornya di letakkan di meja lampu tepi katil . ' aku tak faham betul lah dengan perangai Damien ni . kejap benci kejap suka macam bingai betul lah ' Rayyan mula membebel di dalam hati .
Haih Rayyan kau pun satu tak sampai sebulan dah jatuh hati dekat Mia , mudah betul kau jatuh cinta . Rayyan mengeluh perlahan . Telefon Rayyan berbunyi , nama Mia terpanpar di skrin .
" hello Rayyan , esok datang lah rumah . Abang Azad nak cakap sesuatu "
" insyaallah , kalau ada masa saya datang jumpa sayang "
" siapa sayang awak ? "
Adu kau ni Rayyan macam mana boleh terlepas . Buat malu je .
" eh takde pape .. okayy lah bye .. take care "
Mia tersenyum seorang diri . Haih Rayyan kenapalah comel sangat .
vote and comments
thankyou****
29.12.17
06:43 am
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...