Mia menuju ke tempat biasa mereka berjumpa iaitu di dalam bilik stor . " aku memang dah agak kau ada dekat sini " suara Mia membuatkan Rayyan terkejut . Mia menghampiri Rayyan .
" kau okay tak ni ? macam tak okay je " tanya Mia , Mia menarik kerusi di hadapan Rayyan lalu duduk di hadapannya . " aku okay " jawab Rayyan perlahan . " kau tipu , janganlah macam ni cakaplah " paksa Mia .
" jomlah masuk kelas nanti apa pulak orang cakap " ajak Rayyan , Mia memandang ke arah Rayyan . ' ala kenapa ni ? ' bisik hati Mia . Mia dan Rayyan keluar dari bilik stor . Rayyan meninggalkan Mia di belakang .
Setibanya Rayyan di kelas 5 Wizard semua mata memanpandang ke arahnya . " kau pandang apa !! " tengking Rayyan . Mereka semua pun terkejut lalu mengabaikan Rayyan . Tengkingan Rayyan itu membuatkan Mia terkejut dan pelik .
Rayyan mengambil tempat lalu meletakkan kepalanya di atas meja , Mia pula mula pergi ke arah kawan-kawan Rayyan . " Rayyan kenapa ? " tanya Mia . " aku tak tahu " jawab Arief manakala Xihao dan Iskandar pula hanya diam .
Perilaku mereka membuatkan Mia bertambah pelik lalu Mia kembali ke tempat duduknya kerana guru mata pelajaran Sejarah sudah tiba . Rayyan menganggkat kepalanya , dia mengabaikan Mia yang berada di sisinya .
****
Tepat jam pukul 3 petang kelas 5 Wizard pun beransur pulang ke rumah . Sedikit demi sedikit pelajar 5 Wizard meninggalkan kelas untuk pulang , tinggallah Rayyan dan Mia berdua di dalam kelas .
" Ray , kau kenapa ? " tanya Mia lembut . Pertanyaan Mia tidak dilayan oleh Rayyan . Rayyan segera meninggalkan Mia seorang diri sekali lagi . Mia mengeluh dengan kasar apabila Rayyan meninggalkannya .
Mia berjalan dengan perlahan meninggalkan kelas tersebut . Setibanya Mia di tingkat 1 Damien menghampiri Mia dengan pantas . " hai Mia , sorang je ke ? " tanya Damien dengan wajah mesra . Mia membalas " sorang je " .
" jom balik sama-sama " pelawa Damien . Mereka berdua menuju ke pintu pagar sekolah dengan berbual mesra . Kemesraan mereka diperhatikan oleh Rayyan dari jauh .
****
" Mia ? Jom makan " pelawa Aziq dari pintu bilik Mia . Kosong . Aik mana Mia ni . Aziq mula mencari Mia di bilik kegemarannya iaitu bilik bacaan yang berada di tingkat 3 . Pintu bilik itu dibuka perlahan .
" hey jom makan " ajak Aziq . Mia menoleh ke belakang lalu berpaling ke hadapan semula . " Mia takde selera la bang " beritahu Mia lalu membaca buku yang berada ditangannya semula .
" la kenapa pula ni ? " Aziq menghampiri Mia . " Mia okay " jawab Mia dengan perlahan . " Mia tak baik menipu , cuba bagitahu abang Mia kenapa ? " Mia mula mengangkat mukanya . " entahlah , Rayyan tadi tiba-tiba tak layan Mia . Mia tanya dia diam je . Mia whatsapp dia bluetick " adu Mia .
" ohh , gaduh lah ni " tebak Aziq . " haih lebih kurang lah " Mia mula mengeluh lalu menyimpan buku yang diambilnya tadi ke tempatnya semula . " Mia buat apa sampai dia tak layan Mia ? " tanya Aziq . " pagi tadi dia okay , lepas itu Damien datang . Damien suruh Mia temankan dia pergi bilik guru .
Lepas je Mia datang kelas balik Rayyan dah takde Mia cari dia dekat tempat biasa kami jumpa . Start dari situlah Rayyan layan Mia dingin je . Sampailah sekarang dia tak layan Mia " adu Mia panjang lebar . " kuat cemburu betul Rayyan ni " monolog Aziq seorang diri .
" nanti dia okay lah tu , dah lah jom makan " ajak Aziq , lalu mereka meninggalkan bilik bacaan lalu menuju ke tingkat bawah untuk makan malam .
vote and comment
thankyou****
asalamualaikum Harapan Terakhir is back !!! siapa rindu cite ni angkat tiak !
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...