" Sorry lah kalau adik-adik aku ada mengacau kau ke " Iskandar mula berbicara apabila suasana tidak lagi di hiasi dengan suara Aiman dan Amir . Mia meletakkan semula gelas tersebut di atas meja . " Eh takpe biasalah budak-budak kan " balas Mia . Matanya sempat menangkap beberapa bingkai gambar yang tergantung rapi di dinding . Di dalam gambar tersebut kelihatan agak gembira dan elit . " Parents kau mana? " akhirnya soalan itu keluar juga dari mulut Mia . Sudah beberapa minit dia sampai tetapi batang hidung ibu bapa Iskandar masih tidak kelihatan .
Iskandar mengangkat kepalanya , pensel warna yang terabur di atas meja mula di susunnya . " Parents aku kerja 2 minggu sekali baru mereka balik rumah " jawab Iskandar . " Oh , habis sekarang ni siapa ada dekat rumah " soal Mia lagi . Dia bukan nak menyibuk hal Iskandar tapi dia sebagai tetamu perlu lah berjumpa dengan tuan rumah untuk menanyakan khabar . " Kaklong aku ada sekejap lagi dia datang " beritahu Iskandar . Belum sempat untuk Mia membalas seorang gadis dalam lingkungan umur 20an mula muncul dari dapur .
Mia menghadiahkan senyuman yang manis ke arah gadis itu sebelum dia menyalam gadis tersebut . " Ni ke kawan angah tu " ujar gadis itu sambil tersenyum . Mia hanya tersenyum dan dia tidak tahu untuk lakukan apa lagi . " Siapa nama? " tanya gadis itu sambil mengambil tempat di sofa yang berhampiran dengan mereka . " Mia , Mia Ayuni " jawab Mia sambil tersenyum . " Oh Mia , nama akak Daviana panggil kak Ana je " balas Daviana dengan ramah . " dah lama ke kenal dengan Iskandar " tanya Daviana lagi .
" Takde lah lama mana dalam tahun lepas " jawab Iskandar bagi pihak Mia . Dia melihat Mia seperti hilang kata , disebabkan itulah Iskandar menjawabkan bagi pihak Mia . " Akak taktahu pulak yang angah ada kawan perempuan , siap bawak balik lagi . Nampak sangat yang Mia ni special bagi angah kan " tanya Daviana sekadar mengusik . Muka Mia terasa panas akibat malu . " Mana ada lah , angah nak ajak Mia study alang-alang tu angah kenalkan Mia dekat akak " balas Mia dengan suara yang datar .
" Oh yeke ? Study lah akak naik atas dulu . Buatlah macam rumah sendiri ya Mia " pamit Daviana . " Tak jadi lah , angah study dekat luar je " balas Iskandar setelah Daviana hilang di balik dinding tangga . Mia mengekori Iskandar ke pintu utama . " Wei , Is kenapa kau tiba-tiba bawa aku datang rumah kau . Kau tahu tak aku malu nanti akak kau fikir apa pulak pasal kita " marah Mia setelah mereka selamat masuk ke dalam kereta . " Akak aku tak kan fikir centu . Kau rilek je lah . Ada hal yang lagi penting selain dari ni " ujar Iskandar sambil tangannya lingat memutarkan stereng ke kanan .
" Pasal apa " tanya Mia seperti ingin tahu . " pasal Rayyan dengan Zahirah " jawab Iskandar sambil matanya fokus ke arah jalan . Mia yang berada di sebelah Iskandar mula membuangkan pandangan ke luar . Hampir runtuh hatinya apabila Iskandar sebut nama Zahirah dan Rayyan .
****
Mia masuk ke dalam biliknya . Dia mula teringat akan kata-kata Iskandar di taman tasik tadi . Mia mula mengeluh dengan perlahan .
Di taman tasik....
Mereka mengambil tempat yang tidak jauh daripada tasik itu . " Kau tahu kan birthday Rayyan bila " soal Iskandar setelah mereka selamat duduk di bangku itu . Mia hanya menganggukan kepalanya perlahan . Iskandar membuangkan pandangannya ke tasik yang berada di hadapan mereka . " Zahirah , dia plan nak sambut birthday Rayyan dekat FoodDotCo . And you know what Rayyan setuju untuk datang " terang Iskandar . Riak wajah Mia mula berubah .
" Kau tahu kan Rayyan sahabat aku tapi kau pun sahabat aku , so aku nak ajak kau pergi party dia " ujar Iskandar . " as my partner " tambah Iskandar lagi . Mia tersenyum kecil . " Is , itu je . Aku akan pergi walaupun Rayyan tak ingat aku siapa tapi mana tahu ini kali terakhir aku jumpa dia " balas Mia . " Tapi kau jangan lah terasa sangat apa yang Zahirah buat , aku yakin satu hari nanti Rayyan akan ingat kau semula " Iskandar cuba untuk menenangkan hati Mia .
" Its ok , aku tak terasa sangat " balas Mia dengan senyuman hambar . Mereka menghabiskan waktu petang di taman tasik itu dengan bualan kosong dan gelak tawa .
****
" Kau rasa Rayyan suka warna apa ? " tanya Mia sambil menunjukkan 3 pasang baju pada Iskandar . Iskandar hanya menggelengkan kepalanya . Sudah masuk 2 jam mereka berada di pusat membeli belah untuk membeli hadiah untuk Rayyan . " Mia kau beli lah warna apa pun Rayyan pasti suka " balas Iskandar dengan yakin . " Eleh yakin je kau , mana tau dia tak suka ke " nafi Mia dengan bersungguh-sungguh . " Hm aku amik warna navy ni lah " Mia mula membawa baju itu ke kaunter untuk membayar .
Mereka berdua keluar dari kedai itu dan menuju ke food court untuk mengisi perut yang lapar . Iskandar meletakkan barangan di sebelah kerusinya . " Kau nak makan apa ? aku nak pergi order ni " tanya Iskandar . " Aku nak mee goreng lah , air macam biasa " balas Mia . Iskandar pergi memesan makanan manakala Mia leka dengan telefonnya . Iskandar kembali semula ke tempatnya setelah selesai memesan makanan .
" Kau rasa ramai ke yang datang party tu nanti " soal Mia . Iskandar memandang ke arah Mia . " Tu aku tak tahu lah sebab Zahirah yang plan " balas Iskandar . Wajah Mia tiba-tiba sahaja berubah dan Iskandar sedar akan perubahan itu . " Kau ok tak ni " soal Iskandar dengan risau . " Nothing lah aku cuma terfikir dia mana ajak aku , aku pula beria nak datang " jelas Mia . Mia mula terfikir apa yang akan jadi bila dia datang ke majlis hari jadi Rayyan itu , mesti Zahirah akan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa dia dan Rayyan sangat rapat dan akan membuatkan Mia cemburu .
" Jangan fikir macam tu , that's why lah I want to bring you with me " balas Iskandar . Mia hanya tersenyum hambar . " Dah jangan fikir sangat aku ada dengan kau " ujar Iskandar lagi . Akhirnya juadah mereka pun tiba , mereka menghabiskan masa di situ dengan makan .
****
" Are you ready ? " tanya Iskandar . Mia yang berada di sebelah Iskandar mula tersenyum hambar . Kini kereta milik Iskandar betul-betul berada di hadapan Cafe FoodDotCo di mana majlis hari jadi Rayyan akan diadakan . Mia masih diam Iskandar pula memberikan Mia masa untuk bertenang . " Jangan risau aku ada dengan kau " ujar Iskandar .
Mereka masuk ke dalam cafe tersebut . Ramai kawan-kawan Zahirah memandang ke arah Mia , begitu juga dengan Zahirah . Mia hanya membuat tidak tahu . Matanya menangkap wajah Rayyan yang sangat gembira itu . Dia jujur sudah lama dia tidak melihat wajah Rayyan yang begitu gembira itu . Iskandar menghampiri Rayyan yang berada tidak jauh dari Arif dan Xihao .
" Happy Birthday dude " Iskandar mula memeluk Rayyan . Rayyan hanya membalas pelukan Iskandar . " Thank you Is sebab datang " ujar Rayyan setelah pelukan mereka terlerai . Mia menghampiri mereka . " Happy Birthday Rayyan " Mia menghulurkan sebuah beg hadiah kepada Rayyan dan Rayyan menyabutnya dengan senyuman . " Thank you Mia " ujar Rayyan lalu meletakan beg itu di tempat hadiah .
Mia mengambil tempat di meja yang di sediakan . Dari situ dia dapat lihat bahawa Rayyan begitu mesra melayan Zahirah . Dia cuba untuk mengelak daripada melihat mereka tetapi tidak berjaya . Hatinya rasa begitu sakit melihat mereka . " Mia dah lah tu " tegur Iskandar . " Sorry Is , aku nak pergi toilet jap " pamit Mia lalu meninggalkan Iskandar .
Di dalam tandas tersebut dia menangis semahu yang boleh . Tidak sangka kisah Mia dan Rayyan tamat begitu sahaja . Mia mula teringat akan kenangan bersama Rayyan . " Aku kena kuat " itu sahaja yang terkeluar dari mulut Mia . Setelah itu dia kembali semula ke meja di mana Iskandar duduk . " Kau nangis ke " soal Iskandar dengan terkejut . Mia hanya tersenyum .
" So thank you for coming to my baby's birthday , today we will celebrate Rayyan's birhtday together !! Lets hear what this birthday boy said " Zahirah mula menyerahkan mikrofon kepada Rayyan . Rayyan menyambut mikrofon itu dengan malu . " Alhamdulillah thank you for today , and have fun " Rayyan mula menyerahkan mikrofon itu pada Zahirah semula .
Mereka yang hadir mula menyanyikan lagu hari jadi untuk Rayyan . Wajah gembira milik Rayyan ditatap oleh Mia dari jauh . Kali terakhir dia melihat wajah itu ketika mereka makan di sini dan melihat persembahan nyanyian oleh penyanyi yang bernama Aqil dan Nizariff . Sekarang dia tidak menyangka yang dia akan melihat wajah itu lagi . Air mata Mia mula bertakung di tubir mata . Setelah nyanyian tamat , Rayyan mula meniup lilin yang berada di atas kek itu . Bunyi tepukan mula menghiasi seluruh kafe itu .
Lagi sekali Mia tersenyum melihat Rayyan gembira di hari yang bermakna baginya .
****
Vote and comment
Thank You
YOU ARE READING
Harapan Terakhir
Teen FictionHarapan ialah satu perkara yang kita sebagai manusia menginginkan sesuatu itu terjadi dengan kehendak kita. Pertemuan antara Mia Ayuni dan Rayyan Naufal membuka hati Mia untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Rayyan juga orang pertama yang dapat m...