"Seulmin. "
Jungkook menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Aku tak pernah serapat ni dengan dia sebelum ni.
Kenapa pula otak aku tafsirkan yang suara nya cukup menggoda dipendengaran aku.
"Ak... Aaa... Ya....?! " aku rasa darah dah naik ke muka aku.
Apa patut aku buat.
Dalam beberapa ketika Jungkook mendiamkan diri. Tetiba aku dengar dia berdengkur.
Erk dia tidur ke? Yang tadi tu mengigau je?
Ceh!
Aku jeling Jungkook melalui ekor mataku.
Apalah Jungkook ni. Buat aku gelabah je. Tapi camni pun seronok juga.
Tak demam ke nanti. Takpe ke tidur camni?
Ah.. Aku cakap cam mak nenek lagi. Tapi dia ni sangat tulus suci.
Aku rasa cam nak cium dia je.
Tanpa aku sedar perlahan lahan aku dekatkan muka aku kearahnya.
"Mmmm? "
Tetiba Jungkook tersedar. Aku terkejut. Dengan pantas aku tarik muka dari dia. Muka aku dah merah bila tetiba je Jungkook terjaga dari tidurnya.
Aku pandang kearah lain. Takut nak bertentang mata dengannya.
"Ahh, sori aku tertidur. " Jungkook mengangkat kepalanya dari bahu aku.
Aku pula dah garu-garu kepala yang tak gatal sebab nak tutup kemaluan(?) aku. Aku sangat malu weh! Korang apa tau.
Jungkook bangkit dari bangku.
"Erm, aku ada mesyuarat AJK pasni. " kata Jungkook.
"Oh. " balas aku pula.
"Pergi dulu. " Jungkook segera meninggalkan aku.
Dia langsung tak pandang aku. Kenapa? Adakah..
Dah kantoi. Dia tau ke aku nak cium dia?
Tolong la jangan kantoi. Tolong la jangan kantoi.
Nak cium waktu kekasih tidur. Siapa yang patutnya jadi lelaki ni?
Aku rasa aku gelojoh sangat tadi.
Mesti dia fikir aku ni perempuan gatal.
Aku tundukkan kepala dan kusutkan rambut.
Tetiba aku ternampak sehelai kertas berhampiran tempat Jungkook duduk tadi.
Aku ambil kertas yang berlipat tu dan aku buka lipatannya.
"Inikan kertas mesyuarat tu. Jungkook tertinggal plak kertas ni. "
Baik aku pergi pulangkan pada dia.
Aku bangkit dan berjalan meninggalkan bumbung sekolah.
●●●●●
Aku hampiri kelas yang dijadikan tempat mesyuarat AJK yang dihadiri oleh Jungkook. Aku intai kedalam untuk melihat dimana Jungkook duduk.
Bagus. Belum mula lagi. Boleh aku masuk.
"Jung-" kata-kata aku terhenti bila aku lihat ada seseorang yang aku kenal duduk bersebelahan Jungkook. Dan mereka sedang berbual.
Yang kat sebelah tu Jimin?!
Bekas boipren aku.
Aku tak jadi nak masuk. Cecepat aku menyorok belakang pintu.
Jimin tu AJK kelas B ke?
Alamak! Cam mana ni? Aku taknak jumpa dia.
"Dulu aku pernah kapel dengan awek nama Kim Seulmin. "
Aku tersentak bila Jimin sebut nama aku depan Jungkook.
Jangan kau cerita yang bukan-bukan pada Jungkook.
"Dia tu jenis awek yang suka sediakan bento untuk boipren. Tak rasa leceh ke camtu?" Kata Jimin sambil dia ketawa.
Jimin! Apa kau merepek ni!!
Urghhh! Kenapa citer perkara tu kat orang ramai?! Jangan la cakap lagi.
Aku intai kedalam nak tengok reaksi Jungkook. Tapi cam takde perasaan je. Dia mesti rasa yang sama cam Jimin tentang aku.
Hati aku tetiba sedih.
"Camtu ke. Tapi aku tak kisah. " kata Jungkook. Dia tersenyum. "Aku rasa best je kalau ada awek camtu. " kemudian Jungkook bangun dan pergi kehadapan kelas. Aku tersenyum dengar kata-kata Jungkook tu.
Aku tengok Jimin terkesima dengar ayat Jungkook tu.
"Err. Aku rasa dia melawak je tu Jimin. " kata rakannya.
"Mungkin dia tersilap nak kata tak best kot tadi. "
Aku pusingkan semula tubuh. Tangan aku tekup mulut untuk tahan dari tergelak.
Jungkook mungkin gembira kalau aku buatkan bento untuknya.
______
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik