Waktu malam, waktu aku hendak masuk tidur aku ternampak gelfren aku Seulmin tidur disebelah. Seulmin baring mengiring membelakangi aku. Jadi aku tak nampak mukanya.
'Err.. Betul ke ni? Tadi dia ada datang ke? ' kata aku Dalam hati.
"Kenapa beli katil ni? "
Suara Seulmin kedengaran memecahkan kesunyian.
"Yela. Minggu lepas kan kita baru je beli katil saiz Queen ni. "
"Selama ni elok je katil yang kita pakai tu. Kenapa tukar yang baru? Membazir je. "
Eh eh apa yang Seulmin dok merepek ni?
Minggu lepas beli?
Katil kita?
Apa dia cakap ni..
Aku masih memandang Seulmin dari sisi belakangnya.
"Dengar tak? Ayahnya.. "
Ayahnya???
Seulmin kau mengigau ke?
"Tunggu jap Seulmin! Dari tadi kau cakap dengan siapa? " aku meluru kearahnya dan bahagian bahunya aku sentuh untuk mengejutkannya.
Tapi bila aku sentuh dia aku lihat tangan aku sudah bertukar kedut dan seperti orang tua.
Ah... Begitu rupanya.
Ayahnya tu aku rupanya.
Betul juga aku dan Seulmin lepas tamat universiti kami terus berkahwin.
Bina keluarga. Membesarkan anak-anak.
Kini dah ada cucu pun.
Aku lihat cermin. Ya rupa aku sudah berubah menjadi tua. Ditepi katil juga ada beberapa frame gambar kami masa berkahwin dan gambar keluarga kami berserta anak-anak kami.
"Itulah awak. Ada masalah je terus senyap tak mau bercakap." Seulmin masih berbaring membelakangi aku.
"Apa salahnya kita beli katil besar ni. Lagipun tilam yang lama tu kan dah buruk dan rosak?" Balas aku.
"Macam-macam la alasan awak. " Seulmin cuba menyalahkan aku.
Dari tadi Seulmin tak pandang sini.
Seulmin dah tak cintakan aku lagi seperti waktu sekolah tinggi dulu.
Dia mungkin dah terbiasa dengan kewujudan aku.
Dah bosan.
Sekarang aku dah dipinggirkan.
Aku memusingkan tubuh dan aku duduk ditepi katil.
Aku sedih Seulmin dah tak nak pandang aku lagi.
"Apalah. "
"Kalau awak dah tak suka saya lagi terus terang je la cakap yang awak dah tak suka. "
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik