♧THIRTEEN♧

337 49 17
                                    

Waktu tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu tengah hari.

Di rumah boifren aku yang tinggal seorang diri.

Entah kenapa muka Jungkook nampak kemerah merahan.

Aku dekatkan muka aku kearahnya yang sedang terbaring.

Entah kenapa dia nampak sangat lain.

Tapi itu pun mungkin kerana hari ni...

Pipipipipipipi!

"Ah! "

Aku terkejut lantas aku jarakkan tubuh darinya.

Jungkook keluarkan temometer dari dalam selimut.

Benda alah tu yang bunyi rupanya.

Aku ambil temometer tu dari tangan Jungkook.

"Panasnya suhu badan awak. "

Jungkook demam.

"Hari ni awak kene rehat! " aku berdiri disisi katilnya.

Jungkook bangkit dari katil dan dia meneguk sebotol air mineral. Dahinya yang sudah bertampal cool fever dipegang.

"Takpe. Takde la teruk sangat. "

Jungkook bangun dan pergi kesatu tempat. Dia duduk didepan kerusi dan bercakap depan kerusi tu.

"Seulmin ni risau sangat. "

"Jungkook... Saya kat sini la. " kata aku pada Jungkook yang sedang bercakap kat kerusi.

Teruk sangat dah demam dia ni. Sampai aku dengan kerusi pun tak reti beza.

Aku disini sebab nak jaga dia sampai sembuh.

"Jika ada benda atau perkara yang awak nak, jangan segan bagitau saya! "

Memula rasa kesian padanya. Pastu aku rasa aneh.

Aku bersemangat nak jaga dia.

Gembira yang amat sangat.

Jungkook dah kembali baring diatas katilnya. Aku tarik selimut menutup bahagian dadanya. Nanti sejuk.

Aku berlari kearah dapur dan mengambil besen. Kemudian aku kembali semula kearahnya.

"Kalau nak muntah, boleh la dalam besen ni. Tak payah segan-segan. Nak tukar baju pun jangan malu-malu. Malah saya dengan gembira rela tukarkan. Heheh gurau saje, gurau saje. " aku rasa macam aku seorang isteri mithali. Alahai.

"Err Seulmin.. " Jungkook membuka matanya dan memandang aku.

Aku dengan terujanya menghampirinya.

"Ye Jungkook cakap la. Apa pun saya rela. "

"Aku okey la.. Dah.. "

Ting tong.

[C]BENTOWhere stories live. Discover now