Seulmin mesti tak pakai getah rambut tu lagi pasni.
Itu apa yang aku jangkakan.
Tapi jangkaan aku silap. Aku terkejut bila Seulmin masih lagi pakai getah rambut yang nampak sedap bagi aku.
Aku perhatikan Seulmin yang sedang menuruni tangga dengan kawannya didepan aku. Beberapa buah buku dipeluk Seulmin. Dia buat cam mana pun tetap nampak comel.
"Seulmin sejak akhir-akhir ni awak selalu pakai getah rambut yang sama kan? Sebelum ni selalu tukar-tukar. " tegur kawannya yang berambut paras leher.
"Oh, ini. " suara Seulmin kedengaran ceria. Tangannya pula aku lihat menyentuh kearah getah rambutnya. "Ada pelajar lelaki puji getah rambut ni tau. "
"Eh? "
"Wow! Betul ke? "
Seulmin mengangguk kepalanya beberapa kali. Senyuman dia pula kelihatan ikhlas sekali.
Aku macam tak percaya Seulmin sedang cakap tentang aku ke?
"Siapa dia tu? "
Soalan dari kawannya tu buatkan aku teringin sangat nak tau apa yang bakal keluar dari mulut Seulmin. Entah kenapa jantung aku berdegup laju dari kadar biasa.
"Budak kelas kita ke?
Seulmin tersenyum lagi. Aku sangka Seulmin akan anggap aku orang pelik?
"Erm sebenarnya. " pipi Seulmin kemerahan. Dia ada hati pada aku ke? Dan kenapa aku rasa berdebar nak dengar jawapan dia.
Aku bersembunyi didinding tangga. Aku rasa cam dah lakukan jenayah pula curi-curi dengar perbualan perempuan.
"Sori. Saya dah tak ingat siapa. " kata Seulmin. Jawapan dia buatkan dunia aku gelap.
Aku perasan sendiri. Takkan nama pun tak tau. Kita sama kelas la! Dah nak masuk bulan Februari dah pun!!!
Aku perlu tegur Seulmin. Takkan dia tak ingat aku langsung. Sedihnya aku.
"Se-seulmin.. " aku panggil Seulmin yang dah turun dari tangga. Aku berlari kearahnya.
Seulmin dengar aku panggil dan dia menoleh kebelakang. Aku berdiri betul-betul didepannya dengan termengah mengah.
"Ah. Awak orang hari tu. " kata Seulmin.
Apa maksud dia dengan orang hari tu? Aku duduk dua tempat duduk depan kau la!
Tak kisah la. Sekurang kurangnya ingat la nama aku.
"Err. Aku... Nama aku Jeon Jungkook. " kata aku.
"Oh.. Okey. " balas Seulmin sepatah.
"Jadi? " katanya lagi. Keningnya diangkat.
"Err... Err.. " apa patut aku cakap lagi pada Seulmin. Aku taknak Seulmin pikir aku orang pelik lagi. Tapi aku cuma nak cakap tu je.
"Seulmin. Cepat lah. " panggil kawannya. Seulmin menoleh seketika kearah kawannya dan kemudian dia memandang aku semula.
"Ada apa lagi? " kata Seulmin. Rambutnya diselak kebelakang telinga. Rautnya sudah berubah kerana kawannya memanggil.
Apa lagi aku nak cakap? Aku dah panggil dia. Kena la cakap sesuatu.
"Seulmin. "
"Sori. Kejap ye. Nanti saya datang. "Kata Seulmin pada kawannya.
Lagipun ni kan peluang yang baik. Kali ni aku mesti tinggalkan imej yang baik. Kena cakap sesuatu yang meninggalkan impak besar.
"Err.. Aku... Sila kapel dengan aku. " Seulmin terkejut dengan pengakuan mengejut aku. Tapi aku rasa aku lagi terkejut dengan kata-kata aku sendiri. Mulut aku ternganga besar cam tak boleh nak tutup. Aku terus hilang kata-kata.
Ni bebetul tinggalkan impak yang besar.
"Seulmin. "
Buku dipelukkan Seulmin tu makin dipeluknya ketat.
"Errr... Aaa. Sori. Biar saya pikir dulu ya? Babai. " Seulmin tinggalkan aku dengan mukanya yang takut pada aku.
Bukan camtu. Aku dah buat silap. besar. Aku terlepas cakap lagi. Semua sebab diorang asyik cakap tentang tu je. Mesti Seulmin ingat aku orang pelik. Sangat pelik. Aku cuma nak kenal rapat je. Tapi aku...
"Selamat pagi.. "
Aku letak kepala atas meja dan mengiring kekanan tetiba Seulmin datang tegur aku. Meremang tetiba tubuh aku bila dia dekat betul dengan aku.
Seulmin letakkan dua-dua tangannya diatas meja aku dan dia duduk melutut disebelah meja aku.
"Hei.. Tentang semalam tu. Kenapa pilih saya? Kita bukan pernah cakap pun sebelum ni? "
Aku angkat kepala aku dari meja. Muka Seulmin kelihatan serius dan comel. Dia anggap serius luahan perasaan aku tu?
"Aa. Bukan la Seulmin. Sebenarnya aku takde pun niat camtu. Seulmin kan selalu tersenyum. Cam masa aku puji getah tu pun. Comel sangat. Aku cuma nak kenal kau. Itu apa yang aku rasa la. " kata aku terus terang padanya. Sebenarnya itu je niat aku.
Tetiba muka Seulmin merah padam dan dia tundukkan wajahnya sedikit.
"Okey. "
Aku jadi batu sekejap dengar ayat yang keluar dari mulut Seulmin.
"Okey. Kita kapel. "
"Eh? Eheheheh??" Aku terkejut sampai aku berdiri.
Biar betul Seulmin? Kenapa jadi camni?
"Jungkook. Sila beri tunjuk ajar ya. " kata Seulmin dengan senyuman nya yang manis diberikan pada aku.
"Ba--baik. " ini saje yang mampu aku balas.
Akhirnya kelemahan aku yang tak reti bercakap ni tetap tak berubah. Yang berubah cuma satu.
Jeon Jungkook 17 tahun dah pun jatuh cinta pada Kim Seulmin. Gadis yang memberi aku senyuman paling manis.
_________
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik