-Pertemuan pertama-
Jungkook♡
Comelnya dia. Walaupun ramai gadis comel tapi aku tetap rasa Kim Seulmin nombor satu.
Aku memerhatikan Seulmin dari tempat duduk aku. Dia sedang makan dan membuatkan aku juga lapar. Mata aku menangkap sesuatu yang berada diatas kepalanya.
Seulmin punya getah rambut nampak cam gula-gula. Dah la bulat berwarna merah pula tu.
Mata aku tak beralih dari memandang getah rambut Seulmin. Tangan aku tongkatkan bawah dagu. Air liur aku dah meleleh.
"Sedap nya. " gumam aku sendirian.
Sedang aku berangan makan gula-gula berperisa strawberry tetiba Mingyu muncul kat sebelah aku. Bahu aku dipeluknya.
"Hoi Jungkook. Kau suka Seulmin ke? " soal Mingyu. Bahu aku ditepuk tepuk olehnya.
"Hmm... Hish meleleh air liur aku. " aku kesat air liur aku dengan tapak tangan.
"Hooo!! Kau suka jenis ceria ya? "
"Aku plak suka Dayoung kot. Jenis naif. "
"Hyuna lagi bagus la. Muka tak kisah la janji potongan badan best!!! "
Aku mula menoleh kearah rakan-rakan aku yang tak bertauliah. Apa yang sedang mereka bincangkan.
"Eh? Apa? Borak apa ni?" Soal aku. Tapi takde siapa pun yang tolong jawabkan soalan aku. Aku mengeluh lalu aku toleh kepala kearah lain.
•••••
Ding dong deng ~
Sejak akhir-akhir ni dorang semua ni asyik borak tentang awek je. Topik nak kapel dengan siapa. Bosan dah aku dengar topik tu.
Tali beg yang nak terjatuh dari bahu, aku betulkan. Aku berjalan seorang diri di koridor setelah waktu sekolah tamat. Tetiba mata aku melekap pada sepasang pasangan kapel yang tengah berpegangngan tangan berjalan dihadapan aku. Aku dapat dengar apa yang mereka bualkan.
"Ada kedai baru buka depan stesen keretapi. "
"Betul ke? Jom pergi. "
Aku pandang kearah pegangan tangan mereka yang bertaut rapat tu.
Aku pun nak berkapel juga. Tapi aku ni jenis blur-blur. Tak pandai bercakap. Sejak masuk sekolah tinggi ni sekali pun tak pernah cakap dengan perempuan.
Orang cam aku ni boleh bercinta ke?
Aku membebel dalam hati hingga la sampai di loker. Pintu loker aku buka dan aku bawa keluar buku text untuk dibawa balik dengan kasar sehingga aku tertolak orang yang aku tak sedar ada dibelakang aku.
"Waaa! "
Perempuan yang aku tertolak tu menjerit terkejut. Ahh aku tak sengaja pun. Ni sebab otak aku kuat sangat berfikir hal kapel ni la kot.
"Ahh sori. " aku menoleh kebelakang.
"Sori ya. " kata dia juga meminta maaf.
"Ahh seu--" alamak tersasul plak. Mata aku terpaku memandangnya.
"Erm? " Seulmin pandang aku.
Uwaa... Nak cakap apa ni? Seulmin dah pandang-pandang aku. Takkan aku nak diam je. Fikir-fikir ayat apa aku nak cakap.
"Ahh t--ta--takde err.. " aku gosok-gosok belakang kepala untuk menampakkan aku tak gugup. Tapi kenapa suara aku menggeletar dan tergagap. Sejak bila aku jadi gagap ni. Aku alihkan mata dari memandang Seulmin. Aku tak boleh pandang dia lelama. Aku jadi malu dan segan.
"Ge--getah rambut Seulmin can--cantik la. " ahhh apa aku cakap ni. Bukan itu yang sepatutnya aku cakap. Kenapa ayat tu yang keluar dari mulut aku.
Seulmin mengangkat tangannya dan dibawa kearah rambutnya yang diikat sebelah kiri dengan getah rambut berbentuk bulat tu.
"Betul ke? " Seulmin tersenyum. Senyuman dia tu membuatkan aku terpukau.
Ahh comelnya.
"Erm. Sangat cantik. Nampak macam gula-gula je. " kata aku. Serentak tu juga perut aku berbunyi menandakan aku lapar.
Kenapa masa ni juga kau nak berbunyi perut oi. Depan Seulmin pula tu.
Seulmin terkejut kerana bunyi perut aku yang kuat sangat bunyi nye. Muka dia berubah takut dan dia berundur beberapa tapak kebelakang.
"Ja--jangan makan getah rambut saya ya.. " kata Seulmin. Lepas tu dia berlari meninggalkan aku.
Aku terpaku kat situ.
Aku tak makan la...
Mesti Seulmin ingat aku orang pelik.
"Hahaha aku lapar! Apa pun aku makan. Wooo! Kamus buku. Sedapnya. Ngap ngap ngap. "
Mesti Seulmin ingat camtu.
Ni semua sebab gopoh nak cakap tadi. Pasni tak mau cakap lagi dah.
Seulmin mesti tak pakai getah rambut tu lagi pasni...
_______
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romansa+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik