Taehyung menongkat dagunya."Korang pegi makan kat kedai aiskrim baru tu? Aa sedap ke? " Taehyung menyoal untuk menampakkan yang dia benar-benar dengar luahan Jungkook, walaupun dia sebenarnya sudah mengantuk.
"Boleh tahan. Tapi aku pula pegi makan ikut tempo laju aku. " Jungkook sudah menundukkan kepalanya dan tangannya mula menggosok belakang lehernya.
"Kesian dia nak rasa aiskrim aku. "
"Takpe la. Beli la yang baru. "
"Itulah yang aku buat tapi jadi camni plak. " muka Jungkook sudah berubah suram. Kepalanya semakin ditundukkan kebawah.
"Apa aku dah buat? Lagipun apa aku dah cakap? " Jungkook meramas kasar rambutnya membuatkan dia jadi seperti tidak terurus dan serabut.
Tak sangka...
"Ermm. Tunggu jap Jungkook. Kau ni risau sangat la Jungkook. " kata Taehyung. Aku yang melihat dia ni pun jadi risau dengan keadaan dia yang dah berpeluh peluh.
Nak cium sekali pun.. Risau sampai camni!!!
Jungkook menyerabutkan lagi rambutnya. Macam masalah aku dan dia ni terlampau besar pula. Resah, risau dia tu teruk sangat.
Sampai aku tak tahan nak gelak.
"BUHAHAHAHA! "Aku tak tahan lagi dah nak tahan ketawa aku ni. Biarlah Jungkook dan Taehyung tahu aku kat sini.
Aku ketawa sambil menekan perut.
"Seulmin?! " Jungkook segera keluar dari ruang tamu. Mungkin dia terkejut aku boleh berada kat sini.
"Sori Jungkook. Saya datang nak minta maaf tentang hari ni. " aku toleh kebelakang. Jungkook berdiri dibelakang aku dengan riak masih terkejutnya. Aku usap mata yang sudah keluar air mata. Serius aku tak tahan nak gelak.
"Hahahahah! Hahahaha! "
"Okey la. Aku balik dulu. Kalau ada pape panggil la. " kata Taehyung meminta diri. Dia lilit mafela kelehernya. Sesekali dia menoleh kearah aku dan menggeleng kepala.
"Sori Taehyung! " kata Jungkook yang masih rasa bersalah.
"Takpe. Takpe. (Perempuan ni.. Tak dapat diduga.) " Taehyung berlalu keluar dari rumah Jungkook.
Ktak!
Pintu ditutup dan Jungkook berdiri membelakangi aku yang masih ketawa. Ni mesti sebab aku tahan ketawa tu yang tak boleh berhenti gelak ni.
"Huh ~" keluhan lembut keluar dari mulut Jungkook. Dia duduk bersandarkan dinding disebelah aku.
Aku masih lagi ketawa sampai senak perut aku.
Penat la ketawa.
"So... Sori. "
"Erm? "
"Saya tak tahan tengok Jungkook asyik risau je. " aku usap tepi mata aku yang keluar air mata.
Jungkook memandang aku dengan pandangan naifnya.
Kemudian dia tersenyum.
"Aku pula suka tengok Seulmin ceria camni. "
Kata-kata dia tu membuatkan aku tersenyum.
Tetiba Jungkook memalingkan wajah nya dari aku.
Kenapa pula ni. Baru nak bangkitkan suasana ceria.
Wajah Jungkook mula bertukar mendung.
Jungkook risau lagi ke?
"Aku ni camni. Tak berapa nampak cam kapel yang normal. Aku cuba untuk yang terbaik. Tapi.. "
Bila lihat Jungkook mula sedih cecepat aku potong ayat dia. Aku tak nak lihat Jungkook sedih lagi.
Aku tak nak Jungkook jadi risau lagi.
"Tak normal pun takpe... "
"Apa maksud kau.. "
Jungkook menoleh kearah aku. Aku dekatkan diri aku padanya. Aku angkat kedua tangan aku dan aku bawa ke pipi Jungkook.
Jungkook mendongakkan kepalanya.
Aku mendaratkan bibir aku ke bibir Jungkook. Aku lihat mata Jungkook membulat besar bila bibir aku menyentuhnya.
Pipinya juga kemerahan.
Selepas beberapa saat aku lepaskan ciuman tu.
Aku pandang Jungkook yang masih terkejut kerana aku yang mencium dia dulu.
"Ah awak ada makan coklat ke? "
"Te... Tengah hari tadi makan roti coklat. " kata Jungkook dan dia menjauhkan sedikit mukanya dari aku.
Sekali lagi aku tak dapat tahan.
"Bwahahahahaha. Awak ni macam makcik kerja kat opis la. Roti coklat." Aku rasa gelak aku sangatlah tidak sopan.
"Maafkan aku. " Kata Jungkook. Dia duduk pula melutut didepan aku.
"Tak perlu minta maaf! " aku berhenti dari ketawa dan aku pegang pipi aku yang dah nak krem sebab ketawa banyak sangat.
"Manisnya. " kata aku sambil aku tersenyum pada Jungkook.
Jungkook terkesima dan pipinya kembali kemerahan.
"Seulmin. " katanya lembut.
Serentak tu juga aku ditarik olehnya.
Bibir kami bersentuhan lagi.
Kali ni aku pula yang terkejut.
Aku tak sangka Jungkook akan mencium aku pula kali ni.
Jungkook merenung aku ketika kami masih lagi bercium.
Aku tolak tubuhnya dan sekali lagi Jungkook menarik aku dan kami bercium lagi.
Kini agak lama.
Setelah beberapa saat kami berkucupan Jungkook melepaskan ciumannya.
Jungkook memandang aku dengan pandangan naif dan penuh persoalan di mukanya.
Aku dapat rasa pipi aku mula berasa panas.
"Seulmin takde rasa pape pun? "
"Apa? "
Aku terkedu bila dia cakap cam tu.
Jungkook memegang dagunya macam tengah berfikir.
"Takde la. Ingatkan boleh rasa apa yang Seulmin makan tengah hari tadi. " kata Jungkook dengan sangat serius mukanya. Perutnya juga dipegang.
Dan saat tu pula perut nya berbunyi dan bunyi nya tersangat la kuat sampai aku pun boleh dengar.
Mana boleh camtu! Lapar sangat ke kau ni Jungkook oi!
Aku pula yang rasa stress saat ni.
Kenapa kau naif sangat.
"Camni rupanya rasa ciuman. " Jungkook mengusap bibirnya.
"Takde la apa sangat. Erm camni boleh la buat selalu. " kata Jungkook sambil dia tersenyum.
Aku yang beriya dulu tapi akhirnya aku pula yang terkena balik.
Aku mula bangkit dan lengan baju mula aku singsingkan. Kaki aku melangkah kearah dapur.
Ada sesuatu yang perlu aku buat untuk perut Jungkook.
"Hari ni biar saya buat roti untuk awak. "
"Eh. Betul ke? Perut aku memang selalu berbunyi. Jangan ambil kisah ye.
"Tolong la ambil kisah. Hari-hari pun sama. "
Tapi bila fikir kembali aku rasa sangat gembira.
_______
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik