Bilik persalinan kelab karate (lelaki)
"Jungkook. Kau balik dengan pompuan kan khamis lepas? "
"Weh! Gelfren kau ke? "
Aku yang tengah lap rambut terhenti bila mereka menyoal pasal tu.
"Ekr.. Err tak la. " kata aku dengan buat-buat tak tau.
"Hahaha oh, bukan ke? Ingatkan gadis yang aktif ceria tu gelfren kau. " kata Taehyung sambil dia tergelak kecil.
"Apa?! Kau keluar berdua dengan gelfren? Kau dah kapel ke Jungkook? " Jimin tetiba meluru kearah aku. Muka dia terkejut benar.
"Errr. " apa aku nak kata nak betulkan keadaan ni.
"Masih awal lagi untuk kau nak bercinta. "
"Jarang nampak kau berbual dengan pelajar perempuan. "
"Kami kawan je! " kata aku untuk pastikan dorang tak cakap lagi pasal ni.
Selepas beberapa minit kami semua mula bersurai dan keluar dari bilik kelab.
"Jangan lupa kunci ya! " laung Namjoon sebagai ketua kelab aku.
Aku yang terakhir keluar jadi aku la yang terpaksa mengunci pintu bilik kelab ni. Aku tolak pintu untuk keluar. Aku mengeluh sebab penat sangat hari ni berlatih. Selepas pintu aku kunci aku sandarkan belakang tubuh aku kat pintu.
Patut ke aku cakap yang Seulmin tu betul gelfren aku. Tapi nanti dorang tak percaya plak.
"Dah habis ke? "
Tetiba ada suara menegur. Aku pun pusing la belah kiri.
"Seulmin! "Kata aku dengan sedikit menjerit sebab dia tetiba je ada sebelah aku. Dah lama ke dia disini?
Dia... Dia dengar ke apa aku cakap tadi kat dalam?
Aku kene kawal muka aku supaya tak nampak sangat aku risau pasal dia dengar ke tidak.
"Mesyuarat AJK lama sangat. Jadi saya singgah tengok kelab karate dah habis latihan. " kata Seulmin. Dua-dua tangannya diletak dibelakang dan dia menggoyangkan tubuhnya kekiri dan kanan. Seulmin tersenyum.
Dalam pada aku resah, melihat Seulmin senyum keresahan aku hilang bagai dibawa angin. Jadi kurang siket risau aku ketika ni. Mungkin sekejap lagi aku akan memikirkan perkara ni semula.
"Bagus la. Kalau tak selalu cuma boleh balik hari khamis je sebab takde latihan kelab. " kata aku.
Aku rasa selamat bila tengok Seulmin macam tak dengar apa yang aku kata kat dalam tadi. Tapi kenapa aku tak cakap kami dah kapel tadi.
Kan Seulmin tu gelfren aku.
Kan aku dah cakap. Perasaan risau aku tu cuma pergi sekejap je.
Seulmin dan aku berjalan seiringan. Seulmin galak bercerita dan sekejap-sekejap dia tergelak. Aku cuma dengar sahaja cerita Seulmin tu tanpa menyampuk. Aku kan pendiam jadi aku tak tau nak celah mana dan topik apa perlu aku berbual dengan Seulmin.
"Oh ya. " tetiba aku teringat kan sesuatu. Seulmin menoleh kearah aku.
"Minggu depan kita tak boleh balik bersama. Pertandingan dah dekat. Kena berlatih. "
"Pertandingan? Bila? " Soal Seulmin teruja bila aku kata ada pertandingan.
"3 haribulan. " balas aku.
"Erm? " Seulmin mengemam bibirnya dan dia menjulingkan anak matanya keatas seperti sedang berfikir.
"Tak payah datang tau. " cecepat aku larang sebelum sempat Seulmin nak buka mulut. Aku tau apa yang dia nak cakap.
"Kenapa? Nak datang gak. Pertandingan terbuka. Boleh tengok kan? " Seulmin protes. Tapi dia punya senyum luas sangat macam nak tergelak. Mata dia pun dibulatkan.
"Sekolah pihak lawan hebat sangat. Buat malu je nanti. Takde siapa pun dapat kalahkan mereka. Mesti kalah nanti. " aku gosok belakang kepala aku. Dan waktu ni aku tak boleh nak pandang Seulmin.
Seulmin merenung aku.
"Apa awak cakap ni? Kali ni awak mesti berjaya! " Seulmin menaikkan ibu jarinya keatas sambil dia beri aku kata-kata semangat. Muka dia macam yakin sangat aku akan menang untuk perlawanan yang akan datang ni.
Aku pulak dah tak de keyakinan. Sebab aku rasa aku mesti akan kalah macam perlawanan yang sebelum ni. Betul aku cakap sekolah pihak lawan kuat dan aku tak rasa aku akan menang.
"Okey jumpa esok.. " Seulmin melambai aku bila kitaorang dah tiba kelorong yang memisahkan kitaorang. Rumah aku dan Seulmin tak sama lorong. Kalau sama boleh jalan sesama lagi.
Aku turut membalas lambaian Seulmin tu yang dah semakin jauh dari aku.
"Awak mesti berjaya. "
Ingat senang ke? Sebab tak boleh la aku tak mau kau datang tengok.
Aku lihat tapak tangan aku. Aku rasa macam terlupa sesuatu bila aku tengok tangan aku ni.
Ahh.. Aku terlupa. Aku tak pegang pun tangan Seulmin tadi. Peluang yang cuma datang sekali dalam seminggu.
Ruginya.
Sedihnya
Kecewanya.
Sebenarnya aku tahu. Sebab apa aku tak mengaku yang kami dah kapel.
"Ingatkan gadis yang aktif ceria tu gelfren kau. "
Camne pun aku cam tak layak untuk gadis cam dia.
Orang cam aku ni layak ke untuk bercinta.
_________
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romansa+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik