♧EIGHT♧

504 63 15
                                    

Aku pandang Jungkook yang sedang malu-malu kucing tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pandang Jungkook yang sedang malu-malu kucing tu. Kenapa kau terlalu comel pada pandangan aku.

"Tentang tu. Rasanya dia tak tahu yang awak sindir dia kot. " kata aku. Aku angkat ibu jari keatas.

"EHHH?! " Jungkook menjerit terkejut.

"Mungkin dia ingat awak sokong dia." Sambung aku.

"Sokong? Kenapa pula? " Jungkook menundukkan kepalanya kekecewaan. "Aku ingat nak berlagak kool tapi. "

Aku kembali menatap henpon dan jari aku laju menaip sesuatu.

Piriringgg.

Jungkook mengangkat henponnya.

To: Kooksyg 😘
; saya tak buat untuk awak sebab dulu saya kene rijek sebab buat bento:'((

Saya tak mahu Jungkook bencikan saya pula(_ _")

Jungkook menoleh kearah aku. Pipinya aku lihat sudah kemerahan. Aku dekatkan lagi diri aku padanya dan mata aku tidak lepas dari terus menatap kedalam anak matanya.

"Errr..." Jungkook terkejut kerana aku sangat rapat dengannya. Belum sempat aku nak berkata apa-apa tetiba Jungkook menjauhkan dirinya dari aku dengan pantas. Muka keseluruhannya sudah merah bak cili.

"Kenapa? Awak tak suka kat saya ke? " kata aku dengan nada yang kecewa.

"Ha?" Muka Jungkook kelihatan bersalah. Henpon ditangannya dibawa kearah mukanya. Mahu menaip lagi.

"Cakap je la terus. Ish. " aku menghentak lantai.

Jungkook memandang aku. Mukanya sudah bertukar serius.

"Seul...Seulmin yang tak suka aku kan?" Kata Jungkook teragak agak.

"Haa?" Aku pula yang pelik.

"Semalam bila aku datang rapat kau elak diri jauh-jauh."

Dia ingat camtu ke? Tak boleh aku tak nak Jungkook salah sangka yang aku tak sukakan dia. Aku bebetul sukakan dia.

"Bukan la. Masa tu saya nak cium Jungkook waktu tidur tapi Jungkook terjaga tetiba." Kata aku tanpa langsung fikirkan kesannya.

Muka Jungkook terus berubah. Matanya bulat, mulut nya juga ternganga luas.

"Ap...apa kau buat ni Seulmin.."

Suasana menjadi suram seketika. Aku tak patut kata begitu. Mesti Jungkook ingat aku perempuan yang suka ambil kesempatan yang macam tu. Mesti dia ingat aku ni byuntae.

Teruk nya aku ni.

"Bukan camtu. Bukan tak suka tapi... Apa yang kau buat tu. " Jungkook masih menundukkan kepalanya. Dia malu-malu pula nak angkat kepala. "Eh, tapi aku bukannya suruh buat camtu tau! Bukan camtu niat aku. " Jungkook tetiba angkat kelapanya laju dan tangannya laju terlambai kiri kanan. Mukanya tak payah cakap merah giler.

Dia ni cam pompuan. Aku plak yang berani sangat cam lelaki.

Perlahan lahan aku gerakkan badan dan duduk rapat kat Jungkook. Bila aku lentokkan kepala aku kat bahu Jungkook, dia menoleh kehadapan dan terkaku disitu. Badannya aku rasa sedikit menggeletar.

Aku mendongak kearah Jungkook. Dia juga menunduk memandang aku. Aku tersenyum dan Jungkook juga melentokkan kepalanya diatas kepala aku.

"Apalah camne la boleh jadi kusut camni. " kata aku sambil tergelak kecil.

"Eh? Aku cam lupa nak sampaikan sesuatu yang penting pada kau. " Jungkook mengangkat semula kepalanya. Begitu juga aku. "Aku tak luahkan perasaan pun masa kapel dengan kau. "

"Tapi rasanya saya pun tak cakap pada awak. "

Jungkook mengangkat henponya.

"Benda camni tak boleh cakap melalui msg tau. " kata aku. Aku simpan henpon kedalam kocek.

"Erm.. Pendek je kan. " Jungkook sudah malu-malu semula.

"Jungkook nak sebut berapa patah? "

"3 patah. "

"Ah sama la. "

Jungkook menukar posisinya dari disebelah aku ke hadapan aku. Aku pandang kearah anak matanya. Jungkook sedaya upaya untuk menampakkan dirinya kool. Walaupun aku tau dia malu untuk melawan pandangan mata aku tapi Jungkook harus beranikan dirinya juga. Mukanya kelihatan serius.

"Segan la. Kita cakap sambil pandang depan la. " kata aku. Tapi sebetulnya aku lebih suka begini.

"Saya cintakkan awak. " kata aku.

"Aku sukakan kau. " kata Jungkook serentak dengan aku.

Aku tetiba terasa malu. Jungkook cecepat larikan matanya.

Nampaknya aku lebih sukakan dia kot.

"Aku pun patut cakap cam kau cakap." Kata Jungkook. Mukanya dah cam atuk-atuk yang tengah serius.

"Pfft. WAHAHAHAH! " aku tak tahan nak gelak tengok Jungkook ni terlalu naif. Dan kenaifan dia tu yang menyerlahkan lagi kecomelan yang dia ada.

"Ja.. Janganlah gelak. "

Kami berdua dah kapel selama satu bulan setengah. Akhirnya hari ni baru luahkan perasaan.

__________

[C]BENTOWhere stories live. Discover now