♧JK5♧

393 57 4
                                    

Hari pertandingan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari pertandingan


"Pertandingan dah mula."

"kita lawan sekolah mana?"

Semua pelajar berpusu-pusu masuk kedalam dewan yang sedang mengadakan pertandingan karate peringkat sekolah. Tahun ini pula sekolah aku menjadi tuan rumah. Jadi semua pelajar sekolah aku tiada sebab untuk tidak hadir untuk melihat pertandingan ini.

Preeeeetttttt

"Masa tamat!"

"Dengan kelebihan satu mata Mingyu dari sekolah tinggi Pledis menang!"

Aku bangkit dan berdiri didepan Mingyu. Selepas kami menunduk hormat aku mengangkat kepala memandang kearah Mingyu. Dia tersenyum kearah aku sambil ibu jarinya dinaikkan.

"Tak sangka kau boleh bertahan sampai begini lama. Sekolah Shik pun ada atlet bagus. Aku akan ingat nama kau Jungkook!" Mingyu macam tengah puji tentang aku atau aku hanya perasan sendiri. Dia berjalan kearah kumpulannya yang sedang bersorak untuknya.

Aku turut meninggalkan gelanggang perlawanan dan ahli pasukan aku yang sedang menantikan kedatangan aku, aku dekati mereka. 

Aku masih belum percaya lagi yang aku boleh bertahan lama. Selama ni tak sampai beberapa saat dah kalah. Aku asyik kalah je jadi aku sendirin pun masih tak dapat percaya lagi.

"Hebatnya Jungkook! Lihat Mingyu pun puji kau."

"Sangat hebat!"

"Kau dah makin hebat. Sikit lagi dah boleh menang."

Kawan-kawan aku turut memberi pujian pada aku. Dan ianya sedikit sebanyak membuatkan aku bertambah semangat. Terima kasih juga pada cikgu perut buncit tu. 

Aku patut percaya pada diri sendiri dan dia yang sentiasa beri aku semangat.

Seulmin!

Aku perlu cari dia. Dia la orang yang selalu memberikan aku kata-kata semangat. Setiap hari dia tak jemu-jemu menghantar makanan dengan penuh kata-kata yang memberi aku semangat untuk terus menang walaupun hakikatnya aku takkan mudah menang. Tapi disebabkan dia aku jadi bersemangat dan bertambah semangat. Semua atas usaha Seulmin.

Setelah menukar pakaian kepada uniform sekolah aku pergi mencari Seulmin dibelakang bilik kelab karate. Aku pasti dia berada disitu. Tapi kenapa dia tak datang tengok aku bertanding. Dia juga yang kata nak datang tapi sepanjang perlawanan aku tak nampak langsung muka dia.

"haa jumpa pun." Betul tekaan aku Seulmin berada disini. Dia duduk sambil memeluk lutut. Seulmin menoleh kearah aku dengan riak terkejutnya. 

"Ahh kenapa sorok kat sini?" Aku berjalan mendekatinya dengan senyuman. Entah aku rasa gembira sangat bila melihat Seulmin ketika ini.

"Tengok tak? Aku berusaha bersungguh-sungguh pertandingan tadi."

"sori Jungkook." Aku pandang Seulmin dengan pandangan pelik. kenapa dia kata begitu.

[C]BENTOWhere stories live. Discover now