♧JK4♧

413 55 11
                                    

Aku baru selesai latihan hari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku baru selesai latihan hari ni. Dan seperti biasa aku orang terakhir yang keluar. Pertandingan dah hampir dekat.

Baru kaki aku mahu melangkah keluar Mr Shin memanggil aku.

"Jungkook. "

Aku Menoleh kebelakang. Aku lihat Mr Shin yang mempunyai perut boyot macam tunggu masa nak beranak je. Tapi dia lelaki. Banyak sangat lemak dalam tu kot. Aku syorkan dia patut pergi London weight management. Dengan langkah dia yang perlahan tu dia mendekati aku.

Disebabkan aku seorang pelajar yang baik aku tunggu dia sampai kat aku walaupun ia mengambil masa 5 minit. Padahal bukannya jauh sangat pun jarak aku dengan dia.

"Ada apa cikgu? " soal aku bila Mr Shin dah sampai kat depan aku.

Mr Shin tersenyum memandang aku sampai mata dia turut hilang. Dia nampak tak aku ni.

"Pertandingan pada 3 haribulan nanti cikgu dah tetapkan kamu untuk lawan Mingyu tau. Cikgu dah cakap pada cikgu sekolah sana. "

Eh cikgu ni.

Mingyu tu yang dapat nombor 3 di peringkat negeri tempoh hari kan? Jadi patutlah aku cepat je kalah tak sampai berapa saat.

"Ermm. Cikgu sebenarnya sangkakan kamu boleh mencabar dia. Jadi cikgu suruh dia jangan pukul kuat sangat. " kata Mr Shin. Jarinya ditunjuk tunjuk pada aku.

Aku rasa cam kene tusuk pisau belakang aku bila cikgu cakap cam tu. Cikgu tak yakin kat anak murid sendiri ke?

Aku dah tertunduk tunduk dengar ayat cikgu tadi. Rasa down je skang ni.

"Cikgu harap kamu boleh menang. Berusaha la. " kata Mr Shin dengan berbisik. Dah tu siap tunjuk thumb up pula tu. Aku rasa cam nak putus asa je dah ni.

Habis la aku.

Ahhh apa-apa pun baik Seulmin jangan datang tengok. Aku keluar dari bilik kelab. Aku stress sangat sampai aku tarik rambut cam nak cabut sekali rambut ni dari kepala aku.

Tetiba poket seluar aku bergetar. Lalu aku selok tangan dalam poket dan keluarkan henpon cikai aku.

Aku buka msg yang Seulmin kirim pada aku.

From: JeonMin
; saya buat onigiri besar untuk awak tau❤❤❤

Bila tengok msg Seulmin yang bersemangat sangat ni mood aku terus hancur.

Aku tekan-tekan papan kekunci untuk membalas msg Seulmin.

To: JeonMin
; aku takkan menang. Jadi tak payah datang.

Selepas aku habis taip apa yang aku nak bagitau Seulmin aku tekan hantar.

Tak mungkin dia tahu betapa risaunya aku.

•••••

"Terima kasih! "

Selepas memberi ucapan pada Sir yang melatih kami dalam karate ni kami bersuarai untuk membersihkan diri memasing.

"Balik dulu. "

"Jumpa esok. "

"Jumpa lagi. "

Aku ambil peluang ni dengan memeriksa peti msg aku.

Tapi hampa. Tiada satu msg pun dari Seulmin yang aku terima dari Seulmin macam sebelum ni.

Aku ada firasat tak elok. Patut ke aku tipu dia? Kata kononnya pertandingan dibatalkan.

Tapi kalau buat camtu nampak lebih....

Walau cam ne pun...

Aku memang teruk. Aku memang tak layak. Lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan Seulmin.

Dari awal aku dah tau tak mungkin..



















Aku naik tangga untuk ke apartment aku. Penatnya hari ni. Lepas mandi terus tidur.

Bila aku sampai je depan apartment aku aku nampak ada satu beg kertas tergantung di tombol pintu aku. Aku ambil beg kertas tu dan aku menjenguk kedalam beg kertas tu. Mana tau ada orang letak anak kucing ke.

Rupanya makanan. Ada dua ketul onigiri didalam nya. Ni mesti dari Seulmin. Aku ternampak ada sepucuk surat juga didalamnya. Aku ambil kertas tu dan buka lipatannya.

Pasti menang.

Seulmin -3-

Aku tetiba rasa bersalah sangat pada Seulmin. Muka aku terus berubah muram.

Kenapa.

Tanpa fikir panjang aku keluarkan henpon dan dail nombor Seulmin.

Tak ambil masa yang lama pun nak tunggu Seulmin jawab.

"Ah Jungkook dah balik?

Suara Seulmin ceria je aku dengar.

"Kenapa kata pasti menang? Apa yang buat kau rasa boleh menang? "

Aku sendiri rasa tak boleh menang. Tapi kenapa kau...

"Ikut rasa hati je! "

Aku dengar suara Seulmin yang ceria tu macam aku dah pun betul-betul menang. Aku pula terkejut dengan pengakuan dia tu.

"Kalau fikir dah pasti menang nanti mesti menang. Jadi jangan la fikir yang awak akan kalah. Bukannya lawan sampai mati pun. Hahahah. "

Aku tak terkata dengar ayat Seulmin tu. Aku rasa cam dah dapat semangat baru.

"Jangan lupa makan onigiri saya ya. Tak sedap jangan marah. Jumpa esok. "

Tut tut tut.

Panggilan ditamatkan. Aku masih berdiri depan pintu rumah aku. Henpon pula masih melekat kat telinga aku.

Oh tuhan. Ikut rasa hati dia je. Bukannya sebab dia percaya pada kebolehan aku.

Aku jatuhkan henpon dari telinga aku. Dan masa tu pula perut aku berbunyi.

Aku ambil satu onigiri yang dibuat oleh Seulmin. Aku gigit siket. Inti dalamnya udang. Sedap gak. Perut tengah lapar semua aku kata sedap.

Tapi betul juga kata Seulmin bukannya lawan sampai mati. Seulmin dah sokong aku.

Aku perlu cuba yang terbaik.

_________

[C]BENTOWhere stories live. Discover now