Inilah dia keberanian.
Jungkook mengajak aku untuk ambil gambar di mesin gambar. Selepas rancangan aku nak makan aiskrim sambil bertukar sudu gagal, Jungkook datang dengan ideanya tentang mesin gambar instant tu.
Bagus juga. Kalau kat situ perlu berapat rapat untuk ambil gambar. Mungkin aku boleh curi-curi untuk cium pipi Jungkook.
Itu adalah langkah yang pertama sebelum kearah yang lebih jauh.
Tambahan pula ada tirai. Takde la nak malu sangat.
Idea yang bagus!
Jungkook berusaha!
•••••
Aku dan Jungkook berdiri lama didepan mesin gambar instant ni. Lama dah kami berdiri.Sebenarnya aku dan Jungkook tak jadi nak ambil gambar.
Aku rasa mungkin wajah Jungkook dah berubah saat ni.
Aku tak sangka pula jadi begini.
Kenapa ada pasangan yang sangat gatal ditambah pula miang abad ni.
"Hei.. Jangan la... "
"Apa salahnya. Takde siapa pun lihat."
"Jangan la gatal sangat. "
"Pandang saya. "
Muaahh
Ermmm
Dan dengarlah bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya.
Aku toleh kearah Jungkook. Dan betul tekaan aku wajah Jungkook dah berubah.
"Bebudak zaman sekarang... " kata Jungkook dengan nada seperti orang tua.
Aku hampir nak ketawa tapi aku cecepat tekup mulut agar tawa aku tak meletus.
Tak boleh ketawa. Tak boleh ketawa! Aku harus ingatkan diri aku.
Aku tak sedar yang Jungkook sedang memandang aku dengan riak suramnya.
"Tak jadi la. Jom balik. "
Jungkook terus tinggal kan tempat tu. Laju betul dia jalan sampai aku tak dapat nak kejar.
Aku berlari kearah Jungkook dan cepat aku tarik lengannya agar dia berhenti. Aku tahu Jungkook kurang senang dengan kejadian tadi.
"Tunggu jap Jungkook. Pedulikan kapel tadi tu. "
Jungkook menoleh kearah aku sekilas kemudian dia memaling kearah lain.
"Kau... Adakah normal buat begitu? " soal Jungkook.
"Tak normal la camtu. Tu gatal sangat! " balas aku dengan tegas.
"Betul ke?! "
Aku tundukkan kepala.
YOU ARE READING
[C]BENTO
Romance+seorang gadis perwatakan ceria yang telah jatuh cinta dengan boyfren nya sendiri. Idea; komik