Aku Zuhayr Yalina Binti Ziyad . Orang panggil aku Zuzu atau lebih dikenali dengan panggilan The Drop Died Gorgeous . Kenapa orang panggil aku macam tu ? Nanti korang tahulah kenapa . Tinggi aku 170 cm . Tinggikan ? Berat 49 . Untuk pengetahuan korang , aku underweight . Ringan sangat .
"Cikgu , kenapa cakap macam tu ?,"kataku masih memcebik .
"Cikgu gurau je . Sorry kalau terasa ,"kata Cikgu Daniel lalu mengalihkan pandangannya ke arah pengawas - pengawas lain yang berada di hadapan kami .
"Dah takde soalan ? Ok , sekarang cikgu nak kenal dengan ahli jawatankuasa pengawas . Mana Ketua Pelajar korang ?,"tanya Cikgu Daniel .
Bagi aku , Cikgu Daniel ni sangat hensem orangnya . Dahlah ramah je orangnya . Kalau buat laki pun best ni . Hehe , sempat juga aku mengatal .
"Cikgu , saya Luqfi Aman Bin Afsar . Cikgu panggil je Luq atau Luqfi . Ke cikgu nak panggil saya Lulu ?," tanya Luqfi dengan nada bergurau .
"Ok , kamulah yang tunjukkan saya jalan tadikan . Terima kasih yer Lulu , kalau Lulu tak tolong mesti cikgu dah sesat ,"kata Cikgu Daniel dengan selamba . Yang lain semua dah menahan tawa apabila Cikgu Daniel panggil Luqfi , Lulu .
"Oh , Lulu pun tak kisah cikgu . Memang kerja Lulu,"Luqfi membahasakan dirinya Lulu . Aku akhirnya tergelak macam orang gila . Hahaha ! Begitu juga dengan yang lain , sampai ada yang jadi langsuir pun ada .
"Alamak , Luqfi ! Lawak kita menjadilah pulak ,"kata Cikgu Daniel , pura - pura terkejut .
"Yelah , cikgu . Dah ramai pulak langsuir dan orang gila dalam ni ,"kata Luqfi yang jugak dengan muka terkejutnya . Akhirnya mereka pun jadi orang gila jugak .
"Ok , dah -dahlah ketawa . Kita sambung lepas sekolah nanti . Semua masuk kelas ,"arahku . Daripada tengok lawak tak berbayar ni , belajar lagi bagus . Aku pun berjalan ke kelasku iaitu kelas 5 Sains 1 yang terletak di tingkat 2 , Blok Gunung.
Semasa aku berjalan , ada mata - mata yang memandangku . Aku sempat juga menangkap beberapa suara yang bercakap tentangku .
"Eh , tu bukan TDDG?,"kata Si A .
"TDDG ?! The Drop Dead Gorgeous ?! Serious kau ! Cantik gila !,"kata Si B pula .
"Betul ke tu dia ? Kenapa dia macam happy semacam je , bukan ke TDDG tu menyeramkan orangnya ,"kata Si C pula .
"Kau ni aku tahulah yang tulah Si Gorgeous sebab , kau nampak tag pengawas dia ? PKP ? Betullah tu dia ,"jawab Si A ."
Aku dalam hati nak je pergi kat diorang pastu cakap ,' Ya , akulah TDDG . Kenapa ?!,' dengan muka garang . Bila kecut perut belaka . Hahaha .
"Eh , aku dengar ada budak baru pindah hari ni . Dia gila comel ! Orang kata budak itu comel gila ,"kata Si C .
"Budak comel,"gumamku sendiri .
Masuk kelas je , terus aku serang meja Iskandar .
"Hey , Is . Jom gi kantin ,"kataku kepada Iskandar , BFFku .
Aku cuma berkawan dengan Si Is je sebab takde orang nak kawan dengan aku sebab aku ni terlampau cantik . Pelikkan ? Selalunya orang suka berkawan dengan orang cantik tapi sekolah ni , tak .
"Kau ni , dahlah masuk lewat . Pastu nak merayap , baik kau study . Kan dah nak SPM ,"balas Is .
"Kau ni tak sportinglah . Aku lapar , dahlah aku tak sarapan tadi . Ke kau nak aku pengsan ? Pasal SPM tu , kan kau ni genius ... Mesti boleh jawab punya !,"kataku . Mencucuk jarum . Hahaha , lagipun cikgu takde lagi dalam kelas .
"Oklah , aku teman ,"baru saja Is bangun dari tempat duduknya , cikgu dah masuk . Aku pun cepat - cepat ke tempat dudukku yang hanya disebelah Is .
"Assalamualaikum cikgu ,"El Amin Afham , ketua kelas aku memberi salam kepada Cikgu Dani.. Cikgu Daniel ?!! Kenapa Cikgu Daniel masuk kelas ni ?!
"Waalaikumussalam , semua boleh duduk . Ok , nama cikgu Daniel Haziq bin Ahmad . Cikgu akan mengajar kamu semua subjek add math ,"kata Cikgu Daniel .
What ?! Cikgu Daniel ngajar kelas add math ?!! Yeah !!!
"Sukalah tu ,"Is ditepi aku berbisik . Aku hanya tersengih dan memandang Cikgu Daniel .
Tiba - tiba ...
Mata kami bertaut . Aku pandang dia , dia pandang aku . Aku cepat - cepat mengalihkan pandang ke Iskandar . Iskandar hanya pandang aku hambar lalu fokus terhadap apa yang cikgu ajar .
Aku pun fokus semua terhadap apa yang di ajar oleh Cikgu Daniel . Tapi satu perkara masih bermain difikiranku . Budak comel ? Siapa ?
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Teen Fiction(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...