Bab 14

3.8K 133 4
                                    

Kini sudah tiba masanya , hari bersejarah dalam hidup aku , hari pertama SPM . Aku memasuki dewan peperiksaan dengan penuh debaran . Segala yang telah aku pelajari selama ini , aku perahkan semula . Aku akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan straight A + ! Demi mama , papa dan Cikgu Daniel (?) ! Alah , sebenar cikgu dah janji kalau aku dapat straight A + ,  dia akan beri aku hadiah . Hadiah apa ? Aku pun tak tahu . 

Dengan lafaz bismillah serta bacaan doa , aku menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1 . Selepas dua jam duduk di dalam dewan peperiksaan , akhirnya tiba masa untuk bertawakal dan hanya mampu doakan yang terbaik untuk soalan yang telah dijawab tadi . 

Aku keluar dari dewan dengan perasaan yang bercampur baur . Sebaik sahaja keluar dari dewan , aku melihat wajah Cikgu Daniel . Cikgu Daniel hanya tersenyum ke arahku . 

"Macam mana ? Susah ? Boleh jawab tak ?,"tanya Cikgu Daniel kepadaku . Senyuman paling manis dihadiahkan olehnya .

"Ok je . Susahlah juga tapi boleh jawab je . Hehe,"aku tersengih memandang cikgu . Cikgu Daniel hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya .

"Macam - macamlah kamu ni ,"kata cikgu lagi . Senyumannya tak lekang di bibir .

"Oh , cikgu !,"aku teringat sesuatu .

"Apa?,"Cikgu Daniel agak terkejut dengan sergahanku .

"Kenapa cikgu ada kat sini ? Ni paper BM , bukan add math ,"kataku kepadanya .

"Saja . Nak tengok Zuzu  ,"balas Cikgu Daniel perlahan . Oh , please ! Aku dah cair secair - cairnya ! CIKGU !!!

"Cikgu !!! Jangan buat ayat macam tu boleh ? Tak sukalah ,"kataku lalu mencebik sedikit . Kata je macam tu , tapi dalam hati bak bunga sakura di musim bunga . Berbunga lebat ! Inilah orang panggil 'tsundere' . Tak minat anime ? Sorry .

"Yelah tu , sebenarnya sukakan ? Ok lah , saya pergi dulu . Ada kelas . Kamu jangan lupa study ! Add math tu , buat latihan ! Bye ,"pamit cikgu sebelum pergi .

"Bye , Cikgu Daniel !,"kataku sebelum berjalan menuju ke arah rakan - rakanku yang lain . 

Di pertengahan jalan , aku dipanggil oleh seseorang dari belakang . Aku menoleh . Kelihatan Auntie Sal sedang berdiri sambil berpeluk tubuh . Aku pun berjalan ke arah Auntie Sal .

"Ya , auntie nak apa ?,"tanyaku perlahan , malas mencari gaduh . Dahlah tengah SPM , nanti kalau cari gaduh nati tak berkat pula ilmu berlajar selama ni .

"Kau jangan nak rapat dengan Daniel sangat boleh tak ?,"marah Auntie Sal kepadaku . Aku hanya berdiam diri dan membuka langkah untuk pergi . Tiba - tiba , lenganku ditarik kasar .

"Heh , budak ! Kau dengar tak aku cakap apa ?,"tempelak Auntie Sal kepadaku . Aku masih mengekalkan riak wajah selamba .

"Macam mana Zu tak rapat dengan dia kalau dia sendiri yang nak rapat dengan Zu ? Lagipun , biasalah kalau cikgu displin rapat dengan penolong ketua pengawas ,"balasku lalu merentap lenganku dari pergelangan tangannya . 

Aku mengangkat kaki dan pergi dari situ . Malas aku melayan orang gila macam Auntie Sal tu . Dah orang tak nak kat dia , dia pergi juga tergedik - gedik nak kejar orang tu buat apa ? Dasar tak sedar diri ! Sedarlah Cikgu Daniel tu tak nak kat dia . Pergilah cari orang lain . Geram aku dibuatnya . 

Baik aku pergi study ! 

Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now