Bab 19

3.3K 124 1
                                    

Hari ini hari bersejarah , hari dimana Zuhayr dan Cikgu Daniel akan disatukan . Zuhayr memandang dirinya yang lengkap berbaju kurung moden berwarna putih dengan tudung bawal crepe berwarna krim .  Tangannya yang putih itu telah dihiasi dengan kemerahan inai pokok yang dipakaikkan oleh nenek Cikgu Daniel yang lebih mesra dipanggil nenek .

Zuhayr melihat Dian yang dari semalam membantunya . Gadis ayu ini bakal menjadi pengapitnya pada hari ini . Bukan dia tak ada sepupu atau kawan - kawan perempuan yang cantik , Orked , adik Luqfi juga adik sepupunya belah mamanya itu sangat cantik orangnya tapi malangnya dia lebih berkenan dengan Dian yang ayu dan sopan berbanding Orked yang agak liar dan kurang beradab itu . 

"Dian ,"panggil Zuhayr . Dian berpaling lalu tersenyum manis ke arahnya . 

"Ya , Kak Zu . Ada apa yang Dian boleh bantu ?,"soal gadis itu lemah - lembut . Zuhayr hanya membalas senyuman Dian dengan senyuman manis .

"Taklah , kak cuma nak suruh Dian tukar baju , sekejap lagi majlis dah nak mula . Ini baju pengapit yang kita dah tempah hari tu ," baju kurung biru sudah bertukar tangan . Dari tangan Zuhayr ke tangan Dian . 

Dian menukar bajunya . Baju biru muda itu dikenakan dengan tudung biru gelap . Amat ringkas namun sangat menawan mata yang memandang . Bagi dirinya , Dian seorang yang mempunyai tarikannya tersendiri disebalik kaca matanya yang nerd itu . 

Puas menilik wajah bakal adik iparnya , sekarang dirinya pula ditilik oleh Dian .

'Wajahnya yang putih bersama sedikit solekan tipis , badan ramping dan tinggi bak model , baju kurung moden dan bertudung bawa dada , sopan ,'hati Dian menilai gadis dihadapannya . 

"Kakak  ni cantiklah , sebab tu abang berkenan . Bak kata abang gorgeous ,"kata Dian dengan senyuman nipis .

Kulit putih milik Zuhayr membahang . Malu rasanya apabila dipuji oleh Dian . Bukan tidak biasa dipuji tapi jarang seseorang sejelita Dian memujinya membuatkan dia berasa malu . 

"Terima kasih  . Dian pun apa kurangnya , cantik sangat ,"balas Zuhayr dengan senyuman .

Tiba - tiba pintu bilik Zuhayr diketuk . 

"Rombongan pengantin lelaki dah sampai ,"kata Luqfi yang berada dihadapan pintu . Zuhayr keluar diiringi Dian ke kelompok manusia yang memenuhi ruang tamu . Dia duduk di tempat yang disediakan untuknya . Dian mengambil tempat disebelah kanan Zuhayr manakala disebelah kiri mama sedang memegang tangan Zuhayr memberi kekuatan kepada dirinya . 

Saat lafaz ijab kabul kedengaran , hati Zuhayr dijentik sebak .  Air mata menitis . Dia sendiri tidak tahu air mata apakah ni .. Adakah air mata sedih kerana zaman anak daranya telah tamat ? Atau gembira kerana telah bernikah dengan sang pujaan hati ? Zuhayr pun tak tahu , yang pasti air mata ni telah membasahi pipi putih miliknya . 

Sedang kepalanya menunduk menatap lantai , tiba - tiba terasa ada jari yang memegang dagunya . Zuhayr mengangkat wajahnya lalu memandang lelaki yang telah bergelar suami itu . Jari Daniel lembut menyapu air mata yang membasahi pipi putih milik Zuhayr . Matanya tak lekang daripada melihat gadis yang telah menjadi suri di hatinya . 

Tangan si gadis dicapai dan disarungkan cincin emas putih yang bertatahkan berlian . Zuhayr menyalami tangan milik Daniel penuh sopan . Apabila wajahnya diangkat , sebuah kucupan jatuh di dahinya . Wajah Zuhayr merah padam . Dia memandang Daniel . Daniel hanya tersenyum memandang wajah Zuhayr yang merah . So cute !

Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now