Bab 20

3.8K 130 1
                                    

Majlis perkahwinan pagi tadi berjalan lancar . Zuhayr yang kepenatan berbaring di atas katil yang dihiasi dengan cadar biru daripada kain satin . Biasalah , bilik pengantin . Zuhayr masih lagi memakai baju pengantin yang berwarna biru . Dia amat penat sekarang sehingga nak tukar baju pun tak larat . Akhirnya , Zuhayr tertidur dengan baju pengantin di atas katil . 

Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu terkejut melihat isterinya . Dia mengelengkan kepalanya . Terbit rasa kesian terhadap Zuhayr yang kepenatan sehingga salin baju pun tak sempat . Daniel mengerling jam di dinding . Pukul 5. 30 petang , Zuhayr belum solat Asar lagi .

"Zu , bangun . Solat tak lagi ni ?,"tanya Daniel dengan lembut . Zuhayr membuka matanya perlahan - lahan . Wajah kacak Daniel dilihatnya .

"Belum cikgu . Tadi saya ingat nak baring sekejap tapi tertidur pula ,"balas Zuhayr sambil mengeliat kecil . Daniel memandang Zuhayr dengan riak wajah tak puas hati . Zuhayr memandang Daniel yang sedari tadi memandangnya .

"Kenapa cikgu ? Saya ada buat salah ke ?,"tanya Zuhayr dengan riak wajah yang kerisauan .

"Cikgu lagi ! Zu , berapa kali dah abang cakap ? Panggil abang ! bukan cikgu ,"kata Daniel dengan tegas . Zuhayr hanya tersengih . 

"Sorry cik- eh .. abang . Dah terbiasa ,"kata Zuhayr sambil menggaru belakang telinga yang terasa melekit sebab tak mandi . 

"Takpelah kalau macam itu pergi mandi pastu solat . Abang nak pergi tolong orang kat bawah ,"kata Daniel lantas bangun dari birai katil . 

"Eh , abang dah solat ke ?!,"tanya Zuhayr . 

"Dah kat surau tadi dengan papa . Dah - dah , pergi mandi . Busuk dah sayang abang ni ," kata Daniel lantas menarik tangan Zuhayr untuk turun dari katil . Tuala dicapai dan diletakan di atas bahu Zuhayr . Belakang badan Zuhayr ditolak masuk ke dalam bilik air . Zuhayr hanya mampu tersengih . 

Daniel pun keluar dari bilik dan turun ke bawah . Tiba - tiba , matanya tertangkap adiknya dan adik sepupu isterinya sedang berbual . Hari ini baru dia tahu yang anak muridnya yang juga turut menjadi pengapitnya , Azrul ialah adik sepupu kepada isterinya begitu juga dengan Orked dan abangnya Luqfi yang juga sepupu kepada Zuhayr . Tetapi yang membezakan mereka adalah Azrul sepupu belah papa , manakala Luqfi dan Orked sepupu belah mama . 

Daniel mendekati Dian dan Azrul yang rancak berbual . 

"Adik , Arul ! Tengah cakap pasal apa tu ? Rancak semacam je nampak abang tengok ,"tanya Daniel . Adiknya dan Azrul berpaling . Kedua - duanya menghadiahkan Daniel senyuman lebar . 

"Tak ada apalah , bang . Arul ni cakap kalau kami berdua yang jadi pengapit masa abang kahwin jadi abang dengan Kak Zu kena jadi pengapit masa dia dan adik kahwin ,"kata Dian .

"Betullah apa yang Rul cakap , bukan senang nak ada pengapit yang hensem macam abang dan Kak Zu ,"balas Azrul dengan senyuman yang menyimpan pelbagai rahsia .

"Abang ok je tapi dengan syarat kamu berdua kahwin berdua baru abang setuju nak jadi pengapit kamu tu pun kalau abang ni hensem lagi masa tu dan Kak Zu kamu tu cantik dan kurus lagi . Kalau dah gemuk , nak pakai baju pengapit pun tak muat ,"kata Daniel selamba . 

"Auchhh! Sakitlah ,"kata Daniel sambil memandang Zuhayr yang mencubit pipinya .

"Padam muka! Siapa suruh mengata Zu lagi inilah balasannya ,"kata Zuhayr . 

Daniel hanya senyum . Hehehe .

Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now