Iskandar 's POV
Hati aku berasa sakit tiba - tiba apabila mendengar kata - kata Zuhayr . Sebenarnya dah lama aku perasan yang cikgu minat kat Zuhayr . Zuhayr pun selalu juga cerita kat aku pasal Cikgu Daniel hensemlah , gentlemanlah , baiklah tapi aku tak tahu kenapa setiap kali itu jugalah hati aku ni sakit sangat . Selalunya aku akan mengiyakan sahaja kata - kata Zuhayr , tapi malam ni aku dah tak boleh tahan lagi !
Kenapa dengan aku ni ?! Kenapa aku benci sangat bila Zuhayr rapat dengan lelaki lain selain aku , Kim dan Luqfi ?!
Aku tutup buku kimia yang sudah dua jam aku hadap . Bilik Hakim aku tuju .
"Kim ! Abang Is ni ,"aku mengetuk pintu bilik Hakim .
Hakim membuka pintu biliknya . Wajah kacak milik Hakim muncul di hadapan pintu .
"Ya , Abang Is . Kenapa ketuk pintu bilik Kim malam - malam buta macam ni ?,"tanya Hakim dengan muka hairan .
"Kim , boleh Abang masuk ?,"aku meminta izin dengan Hakim .
Aku dengan Hakim ni dah macam adik - beradik tapi aku ni cuma anak orang gaji dalam rumah ni juga driver Si Kim ni ke sekolah namun aku dan Ummi aku dilayan tak ubah seperti keluarga sendiri . Mama dan papa Hakim sangat baik , diorang dah anggap macam aku ni anak diorang lagipun Hakim ni anak tunggal jadi dia ibarat adik yang tak pernah aku ada .
"Masuklah ,"Hakim membuka pintu biliknya dengan lebih luas agar aku dapat memasuki biliknya .
Bilik Hakim yang lengkap dengan katil saiz king , aircond , meja belajar juga tv dan sofa itu amat kemas . Inilah seronoknya jadi anak tunggal kepada jutawan , dimanjai . Semua yang dia nak , dia dapat tapi cuma satu saja yang sukar dia dapat , waktu dengan mama dan papanya .
Aku duduk di sofa sky blue yang menghadap tv . Hakim mengambil tempat disebelahku .
"Abang Is ada masalah ke ? ,"tanya Hakim prihatin . Hakim tahu kalau aku pergi bilik dia malam - malam macam ni means aku ada masalah .
"Hakim"
"Ya , bang"
"Kenapa bila Zuhayr rapat dengan Cikgu Daniel hati abang sakit ?,"tanyaku , agak keliru dengan perasaan sendiri . Aku rasa Hakim mesti tahu jawapan sebab dulu dia kan buaya sebelum dia tetapkan hati dia dekat Dian , budak batch dia juga . Dian tu memang lawa pun , sampaikan Si Luqfi pun pernah luahkan perasaan dekat Dian tapi macam tulah , kena tolak mentah - mentah !
Hakim tersenyum mendengar soalan yang baru sahaja aku lontar tadi . Aku dapat rasakan segala persoalan aku sudah dijawab oleh Hakim melalui senyumannya .
"Abang sebenar.."kata- kata Hakim tergantung bersama senyuman lebar miliknya .
"Sebenarnya apa ? ,"tanyaku , tak mampu bersabar lagi dengan Hakim yang masih lagi tersenyum .
"Sebenarnyakan .. Abang Is cemburu dengan Cikgu Daniel sebab rapat dengan Kak Zuzu ," terang Hakim . Dia muka kacaknya terpampang sengihan yang menyakitkan hati .
Aku tercengang mendengar penerangan Hakim . Aku suka Zuhayr Yalina ?!!!
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Teen Fiction(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...