10 tahun kemudian...
Danish memandang telefon bimbitnya . Mesej daripada Aiman tak henti - henti masuk . Bertanya dia sudah siap atau belum ? Bertolak tak lagi ? Dan macam - macam soalan lagilah yang diterima oleh kawan baiknya itu .
Danish memandang ibunya yang sedang bersiap cantik . Walaupun sudah berusia 34 tahun , namun wajah ibu tetap cantik tak ubah seperti pelajar kolej . Danish memandang pula abahnya yang siap berkemeja . Segak dan bergaya tak ubah seperti 10 tahun dulu , masih kelihatan hensem walaupun usia sudah berganjak ke umur 42 .
Hari ini Danish bakal mengambil result PT3 . Haraplah dia berjaya dengan cemerlang dan dapat mengalahkan Aiman dan Shahrul .
"Along dah siap ? Jom ,"ajak ibunya , Zuhayr . Abahnya , Daniel telah keluar dari rumah untuk memanaskan enjin kereta . Danish hanya menurut . Langkah ibunya diikuti .
"Berdebar ?,"soal Daniel sepatah sebaik sahaja Danish masuk kedalam kereta . Danish hanya tersenyum kepada ayahnya . Sekolah dia jauh juga . Lebih kurang 35 km.
"Takpe , mesti cemerlang punya . Kan along dah buat yang terbaik dan berdoa . Dah ikhtiar dan bertawal ,"kata ibunya pula . Senyuman tipis dihadiahkan kepada anak sulungnya .
"Lagipun , Danishkan anak yang baik , abang yang bertanggungjawab ,"sambung Zuhayr lagi .
"Ya , betul kata ibu itu along . Kamu anak dan abang yang baik . Nanti kalau ditakdir abah dengan ibu pergi , alonglah harapan abah menjaga adik - adik . Ingat amanat abah tu ,"kata abahnya sambil sengih .
Perjalanan yang mengambil masa itu sampai ke penghujungnya . Danish berada di hadapan Dewan Gemilang , dewan sekolahnya . Kelihatan rakan - rakannya yang lain telah berada di depan dewan . Semua pelajar dan ibu bapa masuk apabila cikgu memanggil .
Danish duduk di kerusi yang disediakan . Satu - satu nama rakannya di sebut namun namanya tetap jua tidak disebut . Ada orang dapat 5 A , 6 A , 7 A , 8 A dan 9 A . Setakat ni tiada lagi nama orang yang mendapat straight A disebut .
Tak lama kemudian , nama Danish turut disebut .
"Danish Haikal Bin Daniel Haziq , 10 A ."
Danish bersyukur . Dia naik ke atas pentas dengan senyuman lebar . Turun dari pentas , ibu dan abahnya menyambutnya dengan senyuman manis .
"Tahniah ,"kata Daniel sepatah .
"Tahniah , along . Inilah hasil usaha dan balasan along keranajadi orang yang baik dan mulia ," kata ibunya , Zuhayr . Senyuman lebar dihadiahkan .
"Tahniah , Nish ,"kata Aiman .
"Tahniah juga , Aiman ,"kata Danish menuju ke arah kereta . Ibu dan abahnya sedang menunggu . Dalam perjalanan , hujan turun dengan lebat.
“Abang , Zu rasa bahayalahthe memandu hujan - hujan macam ni . Kita berhenti dulu nak? ,”soal Zuhayr kepada suaminya.
Daniel mengangguk. Setuju dengan kata sang isteri. Tapi hujan semakin lebat. Mereka sekeluarga masih mencari tempat berteduh.
Tiba - tiba, dalam kegelapan langit dan hujan lebat kelihatan cahaya terang menyinari mata mereka menyebabkan mata mereka silau. Daniel terkejut apabila sebuah lori merempuh mereka. Hati mereka berserah kepada takdir.
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Ficção Adolescente(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...