Danish membuka matanya. Badannya sakit. Tubuhnya berlumuran dengan darah. Matanya menyilau mencari bayangan ibu dan abahnya. Lantas dia ternampak jasad ibunya yang terbaring berlumuran darah. Abahnya pula berada disisi ibunya namun itu hanya jasad kosong tak bernyawa. Dikesotkan badannya ke arah ibunya.
Dengan lemah, tangannya menyentuh pipi ibunya. Ibunya mencelikkan matanya. Tangan anaknya disentuh lembut. Zuhayr mengucap kata - kata terakhirnya sebelum memejamkan matanya buat selamanya. Namun senyuman itu kekal di bibirnya.
Danish menangis semahunya.
“Ibu!”
“Abah!”
Jerit Danish sekuat hati walaupun jasadnya telah tidak bermaya . Akhirnya , dia turut jatuh. Pandangannya gelap. Terlintas difikirannya adakah dia turut pergi atau dia masih hidup? Kalau dia masih hidup , bagaimana kehidupannya selepas ni? Siapakah yang akan menjaga dia dan adik - adiknya ?
Adakah dia akan kekal menjadi Danish? Atau sebaliknya?
Ikuti Danish , dalam Dia, Pemutar Belit Fakta.
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Fiksi Remaja(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...