Bab 5

5.8K 199 1
                                    

Aku memandang Zuhary yang sedang berada di atas katil hospital . Wajahnya yang mulus dan cantik , aku renung . Rasa bersalah dalam diri aku makin menebal . Aku rasa bersalah sangat sebab marah dia tadi . Walaupun sebenarnya aku bergurau , tak sangka dia benar - benar akan mengikuti kataku . 

Tiba - tiba , pintu wad itu dibuka perlahan . Seorang wanita lingkungan lewat 30-an masuk ke dalam wad . Wanita itu datang ke arah katil Zuhary . Aku memandangnya . Siapa ni ?

"Puan , puan ni kakak Zuhayr Yalina ke?,"tanyaku lembut .

"Eh , taklah ! Saya ibu kepada Zuhayr , Sarah Melyna . Panggil je Aunty Mel , saya dah tua .  Kamu ni cikgu dia ke ?,"tanya wanita itu dengan senyuman manis .

"Ya , saya cikgu dia . Nama saya Daniel Haziq ,"aku memperkenalkan diriku kepada Aunty Mel .

"Oh jadi kamulah Cikgu Daniel yang Zuhayr selalu cerita tu . Saya nak tanya kamu , kamu jangan marah ye ?"

"Tanyalah aunty ,"aku membenarkan Aunty Mel meneruskan soalan yang ingin diajukan .

"Kamu dengan Zuhary ada hubungan apa - apa ke ?,"tanya Aunty Mel dengan riak wajah yang agak curiga . Takkanlah Aunty Mel marah kot aku rapat dengan anak dara dia ? 

"Kami takde apa - apa hubungan selain guru dan anak murid , tapi tak dinafikan saya agak rapat dengannya sebab saya guru displin dan dia ialah penolong ketua pengawas . Kenapa aunty tanya saya macam tu ?,"tanyaku kepada Aunty Mel yang berada di depanku . 

"Tak , bukan apa . Saya cuma risau pasal anak saya . Dia ni cantik , ramai lelaki suka kat dia . Tapi disebabkan itu dia tak ada kawan , yang sudi berkawan dengan dia hanyalah Iskandar dan Luqfi . Yang perempuan taknak kawan dengan dia sebab cemburu , yang lelaki pula macam tulah ,"Aunty Mel mengeluh mengenangkan nasihat anaknya yang dipulaukan hanya kerana kecantikkan yang dia miliki .

Aku turut bersimpat terhadap Zuhayr , gadis yang amat cantik dan berani di mataku . Gadis yang amat istimewa di hatiku . Dia , The Drop Dead Gorgeous , Zuhayr Yalina .

Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now