Zuhayr memandang ke luar tingkap . Hujan yang turun di luar selebat hujan yang turun dalam hatinya . Selepas mendapat keizinan daripada suaminya , Zuhayr ke sini , Han's Cafe .
Han's Cafe ni adalah kafe milik Johana dan Johani , kawan sekelasnya semasa di sekolah dulu . Kini mereka telah menjadi usahawan yang berjaya . Suasana kafe yang ini agak sunyi , mungkn sebab hujan yang sedang bercucuran di luar .
Tiba - tiba , dia terlihat sepasang kekasih atau mungkin adik dan abang merentas hujan . Si lelaki memegang jaket miliknya atas kepala si budak perempuan itu . Fikiran Zuhayr terbang ke peristiwa 7 tahun lalu .
7 tahun lalu...
"Zuhayr !"Zuhayr berpaling apabila nama dipanggil lantang .
Kelihatan Daniel berlari anak ke arahnya .
"Eh , cikgu ! Kenapa ni ?,"tanya Zuhayr . Kenapa cikgu kesayangannya ini memanggilnya secara tiba - tiba ? Ada benda penting ke ? Atau dia tak hantar kerja sekolah yang cikgu beri ? Tapi dia hantar , dah itu apa ? Pelbagai persoalan bermain di fikiran .
"Eh , tak ada apa - apalah ! Cuma saya nak kata yang mama Zu suruh Zu balik dengan saya ," terang Daniel .
Zuhayr tersenyum . Segala kerisauannya tadi hilang . Ingatkan apa , rupanya cikgu cuma nak beritahu mamanya menyuruhnya balik dengan Cikgu Daniel sahaja .
"Mmmh , cikgu ,"panggil Zuhayr . Dia sekarang berada dibahagian sebelah pemandu . Daniel yang sedang memandu dikerlingnya . Sesekali pandangan Zuhayr ke arah luar tingkap . Di luar sana , hujan sedang turun dengan lebat .
"Ya , kenapa Zu,"balas Daniel . Matanya masih fokus pada jalan raya .
"Sebenarnya cikgu nak bawa Zu ke mana ? Ini bukan jalan pergi rumah Zu ,"tanya Zuhyar perlahan .
"Alah , Zuhayr perasan ke ? Baru nak buat surpise . Takpelah . Sebenar saya nak bawak awak ke cafe kegemaran saya ,"balas cikgu dengan senyuman yang manis .
"Cafe kegemaran cikgu ?,"tanya Zuhayr . Bagai tak percaya pula cikgu mengajaknya ke kafe kegemaran dia .
"Zuhayr , kita dah sampai . Tunggu sekejap ye ,"Daniel keluar dari kereta . Kot di badannya ditanggalkan . Dia cepat - cepat ke pintu sebelah pemandu . Kotnya diletakan di atas kepala Zuhayr supaya Zuhayr tidak terkena hujan .
Zuhayr tergamam . Cikgu kesayangannya dipandang . Sanggup cikgu berbasah deminya . Zuhayr tersenyum kecil . Lantas mereka berlari ke kafe yang terdapat di seberang jalan .
"Woi! Zuhayr Yalina Binti Ziyad !"jeritan Johana menyedarkan Zuhayr daripada peristiwa lama yang mengibaur di minda .
"Jauh termenung ! Baru tak jumpa suami sekejap , dah angau sampai ke bulan ,"Johani pula menyekat rakan lamanya .
Johana dan Johani perasan wajah rakannya ini tidak seceria selalu . Zuhayr yang mereka kenal ialah seorang yang periang dan mulut murai , kalau bertemu pasti saja ada perkara yang ingin dibualkan tapi Zuhayr yang berada di hadapan mereka sekarang ini pendiam dan lebih banyak termenung bagai diri mereka berdua tidak wujud .
"Zuzu , kau kenapa sebenarnya ? Asyik diam je dari tadi . Risau pula aku tengok ,"tegur Johana lembut .
"Yelah , kau ada masalah ke ? Beritahulah kitorang kalau kau ada masalah . Kitorang sudi mendengar ,"tambah Johani pula .
Zuhayr mengukir senyuman paksa . Dia tak mahu rakan baiknya risau akannya . Kalau dia menceritakan masalahnya , dia takut rakannya itu menjadi risau pula padahal mereka ke sini untuk bergembira .
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Teen Fiction(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...