Bab 24

2.9K 107 7
                                    

"Encik Daniel , berdasarkan pemeriksaan yang kami jalani , encik telah disahkan menghadapi barah otak . Ini disebabkan kesan hentakan semasa kemalangan yang menimpa encik 3 bulan lepas . Barah encik telah mencapai tahap kronik dan mungkin tidak dapat dipulihkan lagi . Tempoh untuk encik terus hidup mungkin kurang daripada 2 bulan," kata Doktor Zain . Beliau menerangkan kepada Daniel keadaan Daniel sekarang . 

Daniel terkejut mendengar kata - kata Doktor Zain . Dia bagai tidak dapat menerima hakikat tersebut .

"Apa doktor cakap ? Barah otak ? Stage 4 ? Kurang daripada 2 bulan ?,"soal Daniel dengan nada yang lemah .

Fikiran Daniel terbang ke isterinya . Isterinya yang sedang mengandung itu bakal bersalin tak lama lagi . Mungkin lama sebulan lagi . Dia tak sanggup meninggalkan sang isteri yang masih lemah tak berdaya namun jika itulah yang telah tersurat buatnya dia redha atas ketentuan-Nya . 

"Doktor , tak ada apa - apa ke yang dapat saya lakukan ?,"soal Daniel .

"Ada namun peluang untuk sembuh itu amat nipis . Kalau Encik Daniel nak , kita boleh lakukan pembedahan namun saya tak yakin yang ianya akan berjaya ,"kata Doktor Zain lalu menundukkan wajahnya . Doktor Zain rasa dialah doktor paling tak berguna dalam dunia ni sebab tak dapat rawat pesakitnya . Dia tak mampu buat apa - apa untuk menyembuhkan Daniel . 

"Kalau macam itu , saya nak buat pembedahan itu walaupun hasilnya tak memberansangkan , saya tetap mahu mencuba ,"kata Daniel . Dia tak boleh mengalah . Dia masih ada insan yang dia dampingi . 

Zuhayr . Isterinya telah berkorban banyak perkara untuk bersamanya . Masa remajanya , peluang untuk menyambung pelajaran dan isterinya juga telah menjadi ibu kepada anak - anaknya pada usia yang amat muda . Dan sekarang semua pergorbanan isterinya akan menjadi sia - sia bila dia mati nanti .

Daniel sedar hakikat itu . Namun hakikat itu terlalu pahit untuk diterima . Daniel redha dengan ketentuan Illahi jika itulah yang tersurat buatnya . Namun , Daniel sering berdoa , memohon kepada-Nya agar membantu dan melindungi keluarganya saat dia tidak mampu untuk membuat demikian . 

"Jadi Encik Daniel  , nanti saya akan hantar tarikh pembedahan itu kepada Encik Daniel ," kata Doktor Zain . 

"Baiklah kalau macam itu . Doktor , terima kasih ,"kata Daniel . Dia berjabat tangan dengan Doktor Zain dan berjalan keluar . Tiba - tiba , Daniel berhenti melangkah .

"Satu lagi , doktor . Jangan beritahu sesiapa tentang perkara ni , biarlah rahsia ,"kata Daniel sebelum meneruskan langkahnya .

Mesti korang pelikkan , Daniel ni dapat tahu dia ada barah otak , stage 4 , kurang 2 bulan lagi dia hidup tapi takde mental breakdown pun .. Daniel mempunyai minda yang kuat jadi dia senang nak terima kenyataan gila itu kurang dari 1 jam . Aku pun musykil juga , Daniel ni manusia ke iron mind ? hahaha..

Balik pada cerita ..

Daniel pun pulang ke rumah . Tiba di rumah , Daniel disambut oleh isteri tercinta , Zuhayr Yalina . Zuhayr menyambut Daniel dengan senyuman manis , tidak sedar bahawa suaminya dalam situasi yang menyakitkan fizikal dan mental . 

Melihat senyuman itu membuatkan Daniel lebih bersalah untuk meninggalkan Zuhayr . Senyuman manis yang dulunya mencuri hatinya sehingga dia tergila - gilakan penolong ketua pengawas itu ! Senyuman manis yang sentiasa dia semat dalam hatinya ...

"Sayang , maafkan abang ya ,"bisik Daniel . Wajah cantik isterinya dipandang . Senyuman manis terukir di wajah pucat milik Daniel . 

'Sayang , abang sayang sayang sangat - sangat ,'bisik hati Daniel .

 Kadang - kadang , kita tak tahu yang senyuman itu sebenarnya hanya satu muslihat untuk menutup keperitan , kesedihan dan tangisan seseorang . Namun jika kita tahu senyuman itu muslihat , janganlah kita pertikaikan perbuatannya kerana muslihat yang dibuatnya ialah untuk kita . Bukan untuk orang lain tapi hanya kita , insan yang dia sayang . 




Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)Where stories live. Discover now