Aku berjalan beriringan dengan Is untuk ke bilik displin yang terletak di aras 1 , blok hutan . Memang agak jauh dari kelas aku yang terletak di aras 2 , blok gunung . Jadi kami terpaksa lalu kelas - kelas junior . Apa yang buat aku benci lalu kelas junior adalah ,
"Eh , tu bukan ke TDDG ke ?!,"kata seorang budak perempuan dalam kelas 4 Akaun 2 .
"Cantiknya ! Eh , jap ! Tu bukan Kak G ke ?Woah ! ,"sorak budak lelaki kelas 3 Cahaya .
"Eh , tengok siapa yang lalu tu !! Penolong Ketua Pengawaslah ,"kata budak kelas 2 Bijak.
Akhirnya , kami berdua sampai di bilik displin . Baru saja aku mahu mengetuk pintu bilik displin , aku terdengar suara orang menjerit .
"Ahhhh !!! Ada orang pengsan !,"aku mendengar budak perempuan menjerit .
Kenapa pulak ni ? Iskandar dah berlari ke arah budak lelaki yang pengsan itu . Aduh !! Punyalah jauh sampai bilik displin tapi bila dah sampai bala pula datang ! Tak jadilah nampaknya aku nak jumpa dengan Cikgu Handsome !
Aku pun ikut Iskandar ke bilik rawatan yang terletak di aras 1 , blok pantai . Sedang Iskandar berurusan dengan pihak pejabat tentang budak yang berada di bilik rawatan itu , aku ternampak Cikgu Daniel dengan seorang pelajar perempuan . Nasib aku tak pergi bilik displin tadi sebab dia takde kat situ .
"Cikgu Daniel !!,"panggilku . Cikgu Daniel berpaling ke arahku .
"Eh , Zuzu ! Kenapa kamu panggil saya ? Ada apa - apa ke ?,"tanya Cikgu Daniel . Budak perempuan di sebelahnya memandangku tidak berkelip .
"Abang , ni ke Zuzu yang abang cakap tu ? ,"tanya budak perempuan itu .
Abang ? Siapa pula budak kecik yang comel ni ? Dahlah comel , kecil plus cermin mata besar pula tu . Muka dia macam Mirai from 'Beyond The Boundary'(aku minat anime) , cuma dia pakai tudung .
"Haah , ni Zuhayr Yalina . Zuzu , ni adik saya , Dian Hafizah ,"Cikgu Daniel memperkenalkan adiknya kepadaku .
"Hai , nama saya Dian . Akak ! Akak tahu tak yang akak ni cantik sangat - sangat ,"kata Dian dari belakang abangnya .
"Dian pun apa kurangnya ? Cantik dan comel ! Macam cikgu ,"balasku .
Cikgu Daniel memandangku . Dari riak wajahnya , nampak sangat dia terkejut . Tapi kenapa dia terkejut ? Apa aku cakap tadi ? Takkanlah ?!!! Malunya !!
"Apa kamu cakap ?! Macam cikgu ?! Agak - agaklah kalau nak puji cikgu ni cantik dan comel pun ? Cikgu ni lelaki tau ! Kalau nak puji , pujilah handsome ke , kacak ke , rupawan ke ,"Cikgu Daniel dah membebel plus perasan seorang diri . Redha jelah telinga ..
"Eeee , cikgu ni ! Mana ada saya puji cikgu ,"nafiku .
"Ada . Awak ada puji saya . Macam saya tak dengar "
"Takdelah"
"Ade"
"Takde"
"Ade"
"Fine ! Cikgu menang ! Ok , saya ade puji cikgu ,"aku mengalah . Kalau gaduh dengan cikgu , sampai esok pun tak sudah . Jadi lebih baik mengalah saja ...
"Ok , kalau macam tu cikgu pun nak puji kamu ,"kata Cikgu Daniel .
"Cikgu nak puji saya ?,"tanyaku . Kenapa pula cikgu nak puji aku tiba - tiba ?
"Ya , cikgu nak puji anak murid cikgu yang bijak lagi cantik lagi gorgeous , sebab dah lambat nak masuk kelas ! Bye !,"Cikgu Daniel pun berlari ke arah blok gunung . Aku cepat - cepat tarik Is yang baru keluar dari bilik rawatan .
"Kenapa ni ?,"tanya Is .
"Cikgu Daniel dah nak masuk kelas ! Cepat sebelum kita kena denda !,"balasku dengan nafas yang tak cukup .
"Hati - hati , kau kan asma ,"nasihat Is .
"Cikgu mesti tak marah punya ,"kata dia lagi . Kami sampai ke kelas . Masa kami masuk kelas , Cikgu Daniel dah terpacak depan pintu kelas kami .
"Kenapa lewat ?,"tanya Cikgu Daniel , garang .
"Saya hantar budak ke bilik rawatan , cikgu ,"balas Is .
"Ok , Is . Kamu boleh masuk . Kamu pula , Zuzu ?,"tanyanya kepadaku .
"Saya..,"aku tergagap nak jawab .
"Dia teman saya cikgu ,"balas Is .
"Ye ke ? Kenapa saya nampak dia berkeliaran dekat depan itu tadi ? ,"jerkah Cikgu Daniel .
"Zuzu !! Lari padang 10 - kali ,"marahnya . Aku ketakutan , lalu cepat - cepat aku berlari ke padang yang berada di belakang blok gunung .
Aku berlari tanpa henti . Padang seluas 5000 meter itu , aku pusing sebanyak 4 kali . Sampai kali yang ke 5 , aku terasa dada aku sesak . Pandangan mata aku kabur . Aku akhirnya jatuh dan pandang mataku gelap . Hanya sakit didada yang aku masih rasakan ...
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Teen Fiction(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...