Bunyi tangisan bayi yang bergema membuat Zuhayr tersenyum bahagia . Terasa hilang segala lelahnya tadi . Wajah Daniel yang tersenyum di sebelahnya dikerling . Wajahnya yang berpeluh dilap lembut oleh Daniel .
"Encik , ini bayi encik . Bayi kembar , perempuan ,"kata jururawat yang menyerahkan bayi perempuan kepada Daniel manakala seorang lagi kepada Zuhayr . Daniel mengiqamah kedua - dua bayi perempuannya . Zuhayr menilik wajah bayinya .
Tiba - tiba pintu diketuk dari luar . Zuhayr tersenyum melihat mama dan papanya bersama anak - anaknya memasuki bilik wad itu .
"Abah nak tengok adik ,"kata Danish sambil melompat - lompat .
"Nak tengok ke ? Sini Uncle dukung ,"kata Iskandar yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu bersama Johana .
"Is ? Hana ?,"terkejut Zuhayr apabila kawan baiknya berada di dalam wad itu .
"Yo , ibu Zuzu ,"kata Iskandar yang sedang mendukung Danish .
"Uncle Is , Uncle Is , tengok adik Nish ni . Comelkan ?,"tanya Danish manja .
Danish dengan Iskandar memang akrab , macam ayah dengan anak tambah - tambah lagi bila Azrul Hakim , adik angkat Iskandar berkahwin dengan Dian . Sekarang , Dian sedang mengandung 2 bulan . Bertambahlah cicik nenek Daniel .
Selepas Johana dan Iskandar balik , Dian dan suami datang melawat . Dian mengucapkan tahniah kepada kakak iparnya kerana berjaya melahirkan bayi kembar dengan selamat . Zuhayr hanya membalas ucapan tahniah itu dengan senyuman nipis .Wajah Zuhayr jelas kepenatan .
Daniel memandang wajah isterinya yang lesu . Dibetulkan bantal di kepala sang isteri tercinta . Dibisik di telinga si isteri lembut ,"terima kasih , sayang ."Bersama senyuman lebar , Daniel mengucup dahi sang isteri lembut . Disuruhnya sang isteri berehat , tidur kerana dia tahu sang isteri sedang kepenatan melawan rasa separuh kematian , kesakitan yang ditempuhi tiada bandingnya .
Sang isteri menutup mata . Membiarkan diri diulit lena kerana diri sudah keletihan ,sudah kepenatan . Daniel memandang wajah isterinya yang tersenyum bahagia . Dia berharap bahagia ini berpanjangan hingga ke akhir hayatnya .
Walaupun apa terjadi , dia harap dia sentiasa mempunyai Zuhayr di sampingnya untuk bersama membimbing dan mendidik anak - anaknya menjadi insan yang berguna dan berjaya . Itulah doa Daniel , diharap doanya dimakhburkan oleh Sang Pencipta Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Amin .
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Jugendliteratur(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...