Aku masuk ke dalam kelas 5 Sains 1 . Sekarang waktu add math , waktu 'kegemaran' semua ! or maybe not ..
"Cikgu !,"Johana mengangkat tangan memanggilku .
"Ya , Hana?"
"Ini nak jawab macam mana ?,"tanya Johana sambil mengaru kepalanya .
"Oh , yang.."
"Cikgu !,"kata- kataku terhenti apabila Johani , kembar Johana pula yang memanggilku .
"Sabar , Hani . Cikgu tengah ajar kakak kamu ni ,"balasku .
"Tapi cikgu..."kata - kata Johani disekat oleh Johana .
"Diam ah kau ! Nampak tak yang cikgu tengah ngajar aku ni !,"kata Johana dengan nada yang tinggi .
"Kau tu diam !,"balas Johani pula .
Pergaduhan antara kembar tu pu berlaku .
"Issh , korang boleh diam tak ?! Aku nak jawab soalan ni pun susah !,"tempelak Iskandar pula .
Suasana kelas 5 Sains 1 semakin bising . Tiba - tiba , suasana reda apabila Zuhayr dan Luqfi membuka mulut .
"Senyaplah woiii !! Hormat sikit cikgu ada kat depan tu !,"marah Zuhayr .
"Betul tu ! Kata budak bijak , perangai macam takde akal !,"sokong Luqfi .
Semua orang menundukkan kepala kerana rasa bersalah . Aku hanya terdiam sebentar sebelum membuka mulut .
"Korang ni apa gaduh - gaduh ? Dah form 5 kan ? Tiga minggu lagi SPM ,"ucapku dengan nada sayu . Mesti sedih bila diorang dah habis belajar . Walaupun tak sampai satu tahun aku kenal diorang tapi pelajar kelas 5 Sains 1 lah pelajar yang paling aku rapat selain dari pelajar kelas 2 Amanah .
"Cikgu ~,"kata pelajar kelas 5 Sains 1 serentak . Bagai mereka turut berasa pilu atas perpisahan yang bakal terjadi nanti .
"Takpe cikgu ! Lepas tamat sekolah , kita semua still boleh berjumpa ,"kata Iskandar memberikan semangat . Semua pelajar kelas itu mengiyakan kata - kata Iskandar .
"Betul kata Is , cikgu!"
"Sokong"
"Betul , betul , betul !!"
"Ya , cikgu !"
Aku berasa terharu . Zuhayr yang berada di bahagian paling belakang di dalam kelas hanya tersenyum manis ke arahku . Yea , I 'm really happy right now !
"Cikgu pasti akan rindukan kamu semua ,"terutamanya Zuhayr , sambungku dalam hati . Dengan hati yang agak sayu memikirkan SPM yang hampir tiba , aku meneruskan sesi pembelajaran yang tertangguh sebentar tadi .
YOU ARE READING
Bila Murid Aku Gorgeous (D's #2)
Teen Fiction(siri 2) Daniel Haziq , seorang cikgu yang baru berpindah telah dilantik sebagai cikgu displin . Tapi yang jadi masalahnya ialah anak muridnya , penolong ketua pengawas sekolah itu seorang yang sangat cantik . Drop dead gorgeous , Zuhayr Yalina . A...