BAB 1

1.3K 26 0
                                    

Raisya berjalan di sebuah lorong kedai untuk pulang ke rumahnya. Terbit rasa menyesal di hatinya kerana pulang di waktu malam. Jika dia tidak mengikut kata hatinya untuk pergi ke rumah temannya, pasti dia tidak akan merasa ketakutan sebegini. Sudahlah, sejak kebelakangan ini dia merasa seolah diekori oleh seseorang.

Tiba tiba dia mendengar bunyi derap kaki seseorang di belakangnya. Dia memberanikan dirinya untuk berpaling ke belakang, namun seperti yang dijangka, tiada sesiapa di belakangnya. Raisya mengusap perlahan tengkuknya. 'Ya Allah, peliharakanlah keselamatan aku dari segala ancaman bahaya.' doanya di dalam hati. Walaupun ketakutan semakin menguasai dirinya, Raisya menguatkan dirinya untuk segera sampai ke rumahnya.

Tiba sahaja di rumahnya, Raisya segera membuka pintu rumahnya dan masuk ke dalam tergesa gesa. Perbuatannya yang kalut itu ditegur ibunya. "Isya, kamu ni dah kenapa? Macam baru lepas nampak hantu je." Soal ibunya. "Eh ma, takdelah. Isya saja je. Hihihi. Erm, Isya masuk bilik dulu ye ma." Ujar Raisya meminta izin. Sejujurnya dia tidak mahu membimbangkan ibunya dengan memberitahu apa yang terjadi.

Raisya masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu. Dia terus duduk dikatilnya. 'Siapa agaknya yang ikut aku tadi? Makin lama makin kerap dia ikut aku. Janganlah ape ape jadi.' Desis hati Raisya. Dia ingin membuang memori atas apa yang telah terjadi sebentar tadi dengan membersihkan dirinya. Selesai sahaja membersihkan diri, Raisya terdengar ketukan di pintu biliknya.

tօҡ! tօҡ!

"Isya, Jom makan." Panggil ibunya dari luar biliknya. "Takpelah ma. Isya dah penat. Isya nak tidur." Ujar Raisya dari dalam biliknya. "Hmm, yelah." balas ibunya dan serentak itu terdengar bunyi derapan kaki ibunya semakin jauh. Raisya memandang syiling biliknya dan akhirnya dia terlelap.

Keesokkan paginya, Raisya bangun lewat dari yang sepatutnya. "Isya, bangun. Kamu tak ke kolej ke hari ni?" Soal ibunya. "Erm, dah pukul berapa ma?" Soal Raisya semula. "Dah pukul 8.30 pagi dah ni." Jawab ibunya. "Oh, 8.30." Raisya berura ura mahu menyambung tidurnya. "Haa?! 8.30! Dah lambat! Kelas Prof Ash pukul 9.00" Raisya bingkas bangun dan terkocoh kacah membersihkan dirinya dan bersiap. Mulutnya pula tidak berhenti mengomel menyalahkan dirinya.

"Isya? tak makan dulu?" soal ibunya. "Erm, tak sempat ma. Dah lambat ni. Isya pergi dulu ye." Ujar Raisya dan segera menyalam tangan ibunya. Dia bergegas ke kolejnya. Sebenarnya, jarak rumah dengan kolejnya tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki.

Raisya segera masuk ke dewan kuliahnya apabila menyedari yang dia sudah terlalu lambat. Raisya mengetuk pintu dewan tersebut dan memohon maaf atas kelewatannya. "Assalamualaikum, maaf prof. Saya terlambat." ujar Raisya dan membuat muka bersalah. "Awak lambat 5 minit! Saya nak habis kelas ni, awak tunggu dlu, Faham!" Jerkah prof Ash. "Ba..baik prof." Jawab Raisya. Dia menahan air matanya dari jatuh. "Dah, pergi duduk tempat awak!" Arah prof Ash.

Raisya berjalan menuju ke tempat duduknya sambil menundukkan wajahnya. Dia malu dijerkah sebegitu dihadapan kawan kuliahnya. Air matanya tumpah jua namun Raisya menahan tangisnya. Dari jauh, ada sepasang mata yang memerhatikan perlakuan Raisya. Hatinya sakit melihat air mata Raisya tumpah. 'Aku takkan benarkan sesiapa pun sakitkan kau, Isya. Aku akan balas apa yang prof tu buat pada kau.' Tekad sepasang mata itu. Pembelajaran mulai disambung.

ҚŘĨŇĜ!

Waktu Prof Ash telah pun tamat. Para siswi dan siswa mulai bersurai kecuali Raisya. Raisya segera mendekati prof Ash dan menundukkan wajahnya. "Isya." Panggil Prof Ash dengan lembut. "Ye Prof." Jawab Raisya. "Saya minta maaf sebab jerkah awak macam tu tadi. Awak tahu kan, saya tak suka sesiapa pun lambat masuk kelas saya?" Soal Prof Ash. Raisya mengangkat wajahnya dan memandang Prof Ash. "Sa..saya tahu prof. Maafkan saya. Saya takkan buat lagi." Ujar Raisya. "Hmm. Bagus. Okaylah. Awak boleh pergi sekarang." Ujar prof Ash. Raisya mengangguk dan berlalu pergi.

Prof Ash memandang Raisya dari jauh. 'Saya tak tahu kenapa bila saya pandang awak, jantung saya berdetak laju. Tapi, saya tetap suka tengok awak.' desis hati prof Ash. Sebenarnya, Prof Ash tidaklah terlalu tua. Dia baru berumur 25 tahun dan masih lagi membujang.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now