BAB 38

472 7 0
                                    

"Sial kau, cuba nak main kotor ye dengan aku." kata Qira dengan marah. "So what?! kau yang main tipu an? Apa masalah kau sampai nak culik kakak Aku?!" Marah Riana. Mereka berbalas tembakan manakala Ash dan Irwan berusaha melepaskan Raisya yang sedang terbaring namun diikat di sebuah katil. Qira tersenyum sinis dan memandang Raisya yang sedang dibebaskan oleh Irwan dan Ash.

Riana dapat membaca pergerakan mata Qira lantas cuba menghalang kakaknya dari ditembak.

BANG!
BANG!
BANG!
BANG!

Sedas peluru ditujukan kepada Raisya dan Riana membalas dengan 3 das tembakan. Raisya tidak cedera berikutan kerana Riana menghalang peluru tersebut dengan tubuhnya. Qira jatuh ke lantai dengan darah membasahi lantai gudang tersebut.

"Ana!"
"Adik!"
"Riana!"

Jeritan dari Ash, Raisya dan Irwan. Mereka segera menerpa ke arah Riana yang sudah cedera. Ash meriba kepala Riana. Dia menangis. "Ana, jangan tinggalkan abang. Abang janji abang takkan marah Ana lagi. Ana pun dah janji kan takkan tinggalkan abang? Semua janji Ana pada abang, Ana mungkiri, takkan janji ni pun Ana nak mungkir." Tangis Ash. "Adik, maafkan kakak. Ini semua salah kakak." ujar Raisya pula. "Maafkan aku Juga, Ana. Aku gagal jaga Isya dengan baik. Semua ni takkan jadi kalau aku jaga dia betul betul." ujar Irwan pula.

"Ana..tak..mungkir janji.. Ana tak tinggalkan abang kan?.. tengok..Ana bawa abang sekali ikut Ana. A..Ana..baik..kan?..Urgh.." ujar Riana tersekat sekat. Dia memandang kakaknya. Lantas di lap air mata di pipi kakaknya. "I..n..i..bu..kan..salah..kakak..Ada..hik..mah di sebaliknya." pujuk Riana. Kini dia memandang Irwan pula. "Ja..ga..kakak..Ana..se..baik..mung..kin..urgh..ja..ngan..sakitkan..dia.." pesan Riana. Nafasnya mulai lemah. "No! Ana jangan tidur!" ujar Ash. Dia mencempung tubuh Riana dan segera memasuki keretanya. Irwan dan Raisya segera mengikuti langkah Ash.

Irwan duduk di sebelah pemandu dan Raisya meriba Riana. "Ana please! jangan tidur! Kita akan sampai hospital kejap lagi!" ujar Ash. Raisya menepuk nepuk pipi adiknya supaya dia tidak menutup matanya. "Ana nampak kita main lari lari masa kecik dulu, kak." ujar Riana. Raisya asyik menepuk pipi Riana, darah tidak henti mengalir dari perutnya. Wajah Riana berubah pucat. "Ash, cepat!" jerit Raisya. Dada Riana berombak deras. "Maafkan Ana. A..na..ba..nyak...do..sa..dengan..semua.." ujar Riana. Dia tersenyum lemah.

"Ana, bertahan! sekejap je lagi kita nak sampai!" pujuk Raisya. Namun, Riana seolah mula berada di awangan. Sesampainya mereka di hospital, Riana segera dimasukkan ke bilik pembedahan, manakala Raisya dimasukkan ke bilik rawatannya. Irwan, Ash dan keluarga mereka berdoa agar Riana selamat.

Seketika kemudian, mereka melihat Raisya dibawa laju ke bilik pembedahan. Mereka segera menghampiri Dr John. "Doktor, kenapa dengan Isya?" Soal Irwan. "Kanser puan Raisya menyerang lagi. Mungkin sebentar tadi dia terdedah dengan habuk, jadi kanser tersebut menyerangnya dengan pantas. Jangan risau, kami akan buat yang terbaik." ujar Doktor John. Wajah masing masing beriak risau.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now