BAB 18

487 8 0
                                    

"Isya, boleh tolong nenek?" Soal nenek Raisya. "Apa dia, nek?" jawab Raisya lembut. "Tolong nenek, pergi kedai kat depan tu. Belikan gula. Gula dah habis ni." ujar nenek Raisya. Raisya mengangguk patuh dan segera ke kedai untuk membeli barang yang dipesan. Ketika sedang leka memilih barang, Raisya terlanggar seseorang.

"Auch, maaf." ujar Raisya.
"No, It's okay miss." jawab suara tersebut.

Raisya merasakan seolah pernah mendengar suara tersebut dan memandangnya untuk memastikan suara tersebut.

"Isya!"
"Ash!"

Wajah keduanya menjadi teruja. "Apa awak buat kat johor? oops, I mean kampung ni?" Soal Prof Ash. "Saya stay kat rumah nenek saya. Bercuti. Ash pula?" Soal Raisya. "Saya stay kat sini. Saja nak rasa suasana kampung." jawab Prof Ash pula. "Lepas ni Ash nak pergi mana?" Soal Raisya. "Takde pergi mana pun. Jom lah Ash hantar Isya balik. Tak elok anak dara berjalan sorang." jawab prof Ash. Raisya tersenyum dan mengangguk.

Mereka berjalan beriringan dan sekejap sahaja telah sampai ke rumah nenek Raisya. Raisya dan neneknya menjemput Ash untuk makan tengahhari bersama mereka dan Ash bersetuju. Petang itu, Ash menghabiskan seharian waktunya bersama Raisya.

Mereka duduk di atas pangkin menikmati buah jambu air. "Isya, boleh saya tahu apa jadi antara awak dengan Irwan. Saya tahu ianya perkara personal awak, tapi saya sebagai kawan awak, kalau boleh tak nak tengok awak terluka lagi " ujar Prof Ash. Raisya menarik nafas panjang dan menceritakan apa yang telah terjadi. "So, that mean dia dah melamar awak?" Soal Prof Ash. Raisya mengangguk. "Awak terima?" Soalnya lagi. Sekali lagi Raisya mengangguk. Dada Prof Ash merasa sangat sakit. Cemburu. Ya, dia cemburu kerana Irwan berjaya memiliki Raisya dan dia takkan benarkan ianya terjadi. Dia juga turut mencintai Raisya. "Erm, Isya. Kat sini ada air terjun tak?" Soal Prof Ash. "Ada. Kenapa? Awak nak pergi ke?" Soal Raisya. "Haah. Biasanya kalau seseorang tu stress, duduk kat air terjun boleh legakan stress tersebut sebab nyaman je. Jom pergi esok? Nak?" ujar Prof Ash. "Boleh jugak." Raisya memberi persetujuan. Prof Ash tersenyum. Otaknya mula merangka sebuah rancangan. Walau apapun, dia akan mendapatkan Raisya.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now