BAB 29

457 8 0
                                    

Raisya dan Riana saling berpandangan. "Dok..doktor tipu kan? Ni, ni prank je kan?" Soal Raisya. Baru sebentar tadi, dia mendapat berita gembira, namun kali ini, berita yang dia dapat tersangat menghancurkan hatinya. Riana mengusap bahu Raisya untuk menenangkannya. "Kakak sabar ye." ujar Riana. Raisya menarik nafas panjang dan menghembuskannya. "Hmm, kakak okay. Terima kasih doktor." ujar Raisya. Mereka keluar dari bilik rawatan tersebut.

Riana membawa kakaknya makan di kedai makan berdekatan, namun Raisya seolah terlihat sesuatu. Riana pantas melihat apa yang dilihat kakaknya. Alangkah terkejutnya dia melihat suami kakaknya sedang makan bersuapan dengan seorang wanita. "Kakak?" Panggil Riana. Raisya menoleh kearahnya. "Kakak rasa tak kuat sangat. Kakak..sakit sangat. Apa salah kakak sampaikan Irwan buat kakak macam ni?" Tangis Raisya. Riana memegang kakaknya untuk menyalurkan sedikit kekuatan buatnya. "Kakak, perempuan yang makan dengan suami kau tu, Qira ke?" Soal Riana. Raisya mengangguk. "Dari mana Ana tau nama Dia, Qira?" Soal Raisya pelik. "Come on lah kak. Club mana yang Ana tak pernah pergi? Haha, dia selalu lepak dekat Zouk. Ana pun selalu lepak kat situ. Tapi biasa Qira ni layan datuk datuk je." Jawab Riana. Raisya hanya menggelengkan kepala mendengar jawapan Riana. Seperti yang dia maklum, Riana agak bebas orangnya.

"Habis, kakak nak buat ape, sekarang?" Soal Riana. "Kakak pun tak tau. Kakak buntu sangat. Hati kakak sakit bila Irwan buat kakak macam ni." ujar Raisya. Riana mengeluh. Mereka menghabiskan makanan mereka dan beransur pulang.

Malam itu, Raisya menunggu kepulangan suaminya. Irwan pulang dengan wajah yang serabut. "B, we need to talk." ujar Raisya lembut. "Aku penatlah." Jawab Irwan dingin. "Apa salah sayang pada B? Kenapa B buat sayang macam ni?" Soal Raisya. Dia cuba menahan air matanya, namun tidak berhasil. Empangan air matanya pecah jua. "Aku takde buat ape pun kat kau. Kecohlah kau ni. Dah, tepilah! Aku nak naik!" marah Irwan sambil menolak tubuh Raisya. Raisya jatuh dan terduduk di bucu tangga, namun Irwan hanya membiarkan. Raisya melihat darah mengalir keluar dari kainnya. Dia panik. "B.." panggil Raisya. Irwan tidak mengendahkannya. Raisya mencapai telefonnya dan dengan lemah dia menelefon Riana memintanya untuk membawanya ke hospital. Terdengar sahaja bunyi kereta Riana, dengan lemah Raisya bangun dan menuju keluar untuk mendapatkan Riana. "Kakak, kenapa berdarah ni?" Soal Riana. Raisya yang sudah semakin lemah pengsan di pelukan adiknya. Riana pantas membawa Raisya ke hospital. Namun, dia sempat menelefon buah hatinya. "Abang, Ana otw pergi hospital ni, abang tunggu Ana kat sana ye." Ujar Riana.

Sesampainya di hospital, Raisya terus dimasukkan ke bilik rawatan. Riana menyuruh buah hatinya menelefon keluarga Raisya dan Irwan. Mereka segera datang ke hospital setelah menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital. Namun, tiada sesiapa yang menunggu.

Keluarga Raisya Dan Irwan tertanya tanya benarkah Raisya masuk ke hospital. Mereka yang mula membuat keputusan hendak pulang tiba tiba didatangi seseorang. "A..Ash?" ujar ibu Raisya. Ash mengangguk. "Saya yang telefon pihak tuan dan puan." ujar Ash. "Betul ke Raisya masuk hospital? Kamu jangan nak menipu, Ash. Sedangkan Irwan pun takde nak maklumkan apa apa pada kami." Ujar Ibu Raisya dengan marah. Ash mengangguk. "Irwan? Suami yang tak bertanggungjawab tu? Lelaki dayus yang sanggup tolak isteri dia yang sedang mengandung?" Soal Ash. "Kamu jangan nak menipu, Ash. Mana buktinya kamu nak tuduh Irwan macam tu? Irwan tu sangat sayangkan Isya, kamu tahu tak?!" Marah mama Irwan pula. Sakit hatinya mendengar anaknya dipanggil dayus.

"Fine, kalau korang tak percaya. Tengok kat bilik tu, siapa yang ada kat dalam tu?" Arah Ash. Walaupun curiga, namun mereka menurutinya. Alangkah terkejutnya mereka melihat Raisya di bilik tersebut. "Haa, Raisya dekat hospital. So, mana Irwan? Bukan patutnya dia ada di sisi isteri dia ke?" Soal Ash lagi. "Mmung..kin Irwan kerja? Haa, kita tak tahu kan." Bidas papa Irwan pula. "Okay, kalau pakcik dah cakap macam tu. Telefon Irwan sekarang, tanya dia kat mana? Dan tanya dia, Mana isteri dia?" Arah Ash lagi.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now