BAB 6

625 14 0
                                    

Irwan pulang ke rumahnya dengan hati yang ceria. Pembantu rumahnya segera menghampirinya. "Tuan nak makan? Mak Jah dah masak makanan kegemaran tuan, Nasi Ayam." kata Mak Jah. Irwan memandang Mak Jah dengan tenang. "Takpe Mak Jah, nanti je Irwan makan. Irwan dah makan dengan kekasih Irwan tadi." kata Irwan lembut. "Oh, patutlah ceria je dari tadi, jumpa buah hati rupanya." usik Mak Jah. Irwan tersengih. "Hihi, okaylah Mak Jah. Irwan masuk bilik dulu ye." Kata Irwan. Mak Jah mengangguk.

Irwan masuk ke biliknya dan membersihkan dirinya. Telefon Irwan berdering beberapa kali. Irwan terkejut melihat 10 missed call dari Raisya. 'Banyaknya miss call.' desis hati Irwan. Irwan mendail semula nombor Raisya tapi tidak diangkat. Dia mula panik dan segera mencapai kunci keretanya dan memandu ke rumah Raisya. "Assalamualaikum, Isya. Assalamualaikum." Ibu Raisya menemui Irwan. "Ada ape Wan?" Soal ibu Raisya. "Isya ada tak mak cik?" Soal Irwan. "Takde. Isya keluar beli barang." kata ibu Raisya. Irwan semakin panik. Dia meminta izin untuk mencari Raisya.

Irwan berjalan kaki di area kedai kedai sederet dan melalui lorong yang sepi. Dia melihat Raisya di salah sebuah lorong yang sepi itu. Irwan segera berlari mendapatkan Raisya. "Sayang!" Panggil Irwan. Raisya yang melihat Irwan mendekatinya lantas menjauhinya. "Sayang!" panggil Irwan lagi. Dia menyaingi langkah Raisya dan memeluknya dari belakang. "Sayang." Panggil Irwan. "Lepas! Pergi! Tak payah dekat dengan saya!" marah Raisya. "Sayang, kenapa ni?" Soal Irwan. Dia mengetatkan pelukannya. "Ahh!" Raisya merasa sakit. Irwan segera merenggangkan pelukannya. Dia melihat ada darah di lengan Raisya. "Sayang, bagitau B. Ape jadi?" Soal Irwan dengan tegas. "Awak tak perlu tau ape dah jadi pada saya. Saya tak perlukan awak." kata Raisya. Dia menjauhi Irwan. "Maafkan B sebab tak angkat call sayang tadi. B kat bilik mandi." pujuk Irwan. Raisya menahan pedih di lengannya. Dia terus berjalan menjauhi Irwan. Lukanya perlu diubati. "Sayang nak pergi mana?" Soal Irwan. Raisya menahan geram. "Nak pergi klinik lah. Sakit." Kata Raisya. "B hantar sayang." kata Irwan. Mereka menuju ke klinik berdekatan.

Irwan membawa Raisya keluar makan selepas mendapat rawatan di klinik. "Sayang marahkan B lagi?" Soal Irwan. Raisya menggeleng namun hanya berdiam diri. "Boleh ceritakan kat B ape yang jadi pada sayang?" Soal Irwan lagi. Tiba tiba Raisya bangun. "Isya nak balik. Assalamualaikum." kata Raisya perlahan. Irwan segera membayar harga makanan mereka dan mengejar langkah Raisya. "Ape masalah sayang ni?! Daripada tadi asyik marahkan B?! Bila B tanya sayang taknak jawab, berangin tak tentu pasal!" Marah Irwan. Dia menarik Raisya masuk ke dalam keretanya. "Duduk dalam ni! Biar B hantar sayang balik!" kata Irwan dengan marah. Perjalanan mereka diisi dengan kesepian.

Setelah beberapa ketika, mereka telah pun sampai di hadapan rumah Raisya. Raisya hanya berlalu tanpa kata. Barangnya juga hanya ditinggalkan di kereta Irwan. Sesaat pun dia tidak melihat Irwan, tidak seperti kebiasaannya.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now