BAB 41

587 8 0
                                    

Ash menggelengkan kepalanya. 'Tak! Ana tak boleh kahwin dengan orang lain! Takde siapa yang layak kahwin dengan Ana kecuali aku!' Desis hati Ash. Dia mengejar langkah papa Riana dan memaut kaki papa Riana. "Ash sanggup melutut di kaki uncle asalkan uncle izinkan Ash nikah dengan Riana. Ash taknak Ana tinggalkan Ash lagi. Ash betul betul cintakan Ana. Bagilah peluang pada Ash, uncle. Ash janji Ash takkan sakitkan Ana. Ash akan jaga Ana sebaik mungkin." rayu Ash di kaki papa Riana. Riana memandang papanya dan tersenyum. Papa Riana menarik Ash dan mendakapnya. "Uncle terima Ash jadi menantu uncle. Jaga anak uncle baik baik." ujar papa Riana sambil tersenyum. "Ash janji, uncle." ujar Ash pula. Dia tersenyum bahagia kerana sudah berjaya memiliki Riana.

5 bulan kemudian...

Riana masuk ke wad Raisya. "Kakak, today is the day." ujar Riana perlahan. Dia melihat Irwan tidak pernah berenggang sedikit pun dengan Raisya. Raisya memandang Irwan di sebelahnya. "B, I've to go now. Kalau ada apa apa jadi pada sayang, B jaga anak kita ye." Pesan Raisya. Irwan mengangguk. "B cintakan sayang." ujar Irwan "Sayang pun cintakan B. Jangan risau." ujar Raisya sambil tersenyum.

Mereka menghantar Raisya masuk ke bilik pembedahan. "John, do the best for my sister, okay. I trust you." pesan Riana. Doktor tersebut mengangguk. Riana memandang Ash dan Irwan. Kelihatannya Ash menyalurkan kekuatan buat Irwan yang kelihatan sangat lemah. Dia memandang ibu dan papanya yang sedang duduk di kerusi menunggu. Semuanya beriak risau. Dia juga amat risaukan kakaknya, namun ada benda lain yang membuatkan dia lebih risau. Kebahagiaan kakaknya. Dia menelefon seseorang.

Riana: Hello, macammana dengan dia?
Xx: Dia masih tak sedarkan diri lagi, boss.
Riana: Aku tak peduli dia sedar atau tak. Aku nak dia dimasukkan ke penjara. Kalau boleh seumur hidup. Aku tak nak dia kacau kakak aku lagi.
Xx: Baik boss. Anggap je semua dah settle.

Ash memandang gadis kesayangannya. "Ana, kenapa?" Soal Ash dengan lembut. "Err, takde ape." ujar Riana. "Ana nak tipu abang ke?" Soal Ash. "Please abang. Sekali ni je." ujar Riana. "Hmm, yelah sayang. Abang tak tanya lagi." ujar Ash. Suaranya seakan mahu merajuk. Riana memandang Ash. "Abang nak merajuk dengan Ana ke?" Soal Riana perlahan. Ash mendiamkan diri. "Hmm, sukatilah kalau abang nak merajuk. Ana tak nak cakap dengan abang lagi. Nak merajuk sangat kan? sukati." ujar Riana. Dia bangun dari tempat duduknya, namun Ash terus menarik tangan Riana menghalangnya dari bangun. "I'm sorry sayang. Abang janji abang tak merajuk lagi." ujar Ash. Kini Riana pula yang mendiamkan diri. "Ana, abang.." Kata kata Ash dipotong oleh Riana. "Dahlah abang. Ana..hmm" Riana memegang kepalanya. Migrainnya mula menyerang. "A..Ana..kenapa ni?" Soal Ash. Diana memegang kepalanya. Papa Diana segera menghampirinya. "Ana migrain Lagi? Ada bawak ubat tak?" Soal papa Riana. Riana menggeleng. "Takpe pa. Ana okay.." ujar Riana. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Ash.

"Ana fikirkan apa? Biasa Ana migrain kalau terlalu banyak fikir je. Ana risaukan kakak sangat ke?" Soal papa Riana. "Ana..err..Ana tak tau pa. Ana nak rest dulu." ujar Riana. Ash hanya berdiam diri namun dia bertindak bijak dengan membantu memicitkan kepala Riana. Riana memeluk lengan Ash seeratnya. 'Ana sayang abang.' Desis hati Riana. Ash memandang Riana yang memegang erat lengannya. Dia tersenyum. 'Abang pun sayangkan Ana.'

-------------------------------------------------------------
Setelah beberapa jam menunggu, doktor keluar dari bilik pembedahan. Mereka segera menghampiri doktor John. "Macammana keadaan wife saya, doktor?" Soal Irwan. "Tahniah, awak mendapat anak lelaki." ujar Doktor John. Mereka menadah tangan mengucapkan syukur. Riana melihat John serba salah untuk meneruskan kata katanya. "Isya macammana?" Soal Riana. "Err..Puan Raisya kritikal sekarang keadaan jantungnya lemah untuk meneruskan pembedahan. Dia mungkin tidak dapat bertahan lama, namun kami hanya mengandaikan, hanya mampu berserah pada tuhan." ujar Doktor John. Irwan jatuh terjelepuk. 'Sayang.' Desis hati Irwan. Ibu bapanya segera memeluk Irwan. "Sabar nak. Doakan yang terbaik buat Isya." pujuk mama dan papa Irwan. Air mata Irwan luruh tanpa henti.

Riana hampir pitam mendengar berita tersebut, kakinya seolah lemah untuk memijak lantai, mujur Ash sempat memegang Riana. "No! Abang, John tipu kan. Kakak okay kan? Kakak okay." Tangis Raisya. Ash menarik Riana dan mendakapnya. "Sabar sayang. Abang yakin Isya kuat. Sayang pun kena kuatkan semangat." pujuk Ash lembut. Manakala mama dan papa mereka cuba menenangkan diri masing masing. Papa Irwan membawa mereka ke surau hospital untuk sama sama menunaikan solat hajat bagi kekuatan Raisya.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now