BAB 16

536 12 1
                                    

Raisya pulang ke rumahnya. "Eh, bukan kamu kata nak duduk rumah Irwan beberapa hari?" Soal ibunya. Raisya menggeleng. Dia berdiam diri dan masuk ke biliknya. Raisya mahu meninggalkan Irwan buat sementara waktu. Dia mengemaskan pakaiannya ke dalam beg dan keluar dari bilik tersebut. Dilihat ibunya sedang menonton tv di sofa. "Ma.." Panggil Raisya. Ibunya menoleh dan terkejut apabila melihat Raisya bersama sebuah beg besar. "I..Isya nak pergi mana ni?" Soal ibunya. "Isya nak tenangkan diri Isya, ma. Isya nak balik kampung. Ma jaga diri ye. Isya sayang mama." ujar Raisya sambil memeluk mamanya. Dia menuju ke arah teksi yang sedang menunggunya.

'Maafkan Isya, Irwan. Mungkin ini yang terbaik buat kita.'

Raisya menangis apabila mengingatkan kenangannya bersama Irwan. Walaupun dia sangat mencintai lelaki itu, namun apa yang dia benar benar mahukan adalah lelaki yang boleh membimbing dia ke syurga. Raisya melihat henfonnya, tertera nama 💟Irwan💖 sebagai pemanggil, namun Raisya hanya menyepikan diri. Terdengar bunyi notification masuk

Ting!

Raisya membuka whatsapp. 4 unread message from Irwan.

💟IRWAN💖:

-Sayang..
-Angkatlah call B
-Maafkan B tentang hal tadi
-Sayang kat mana?😭😭😭

Raisya tidak membalas walau 1 pun chat dari Irwan. Hanya meninggalkan bluetick ✔✔ sahaja. 'Maafkan Isya sebab terpaksa sakitkan Irwan sampai macam ni. Isya sayangkan Irwan sangat sangat, tapi Isya tak suka tengok Irwan kurang ajar dengan family Irwan.' desis hati Raisya. Tidak lama kemudian teksi tersebut berhenti di perhentian bas. Raisya turun dari teksi tersebut dan menaiki bas ke johor.

Setelah 2 jam perjalanan, dia telah pun sampai ke kampung halamannya. "Assalamualaikum, nek oo nek. Isya balik ni." Ujar Raisya memberi salam. "Waalaikumsalam, Laa, Isya. Masuklah. Rindunya nenek dengan kamu." Ujar nenek Raisya sambil memeluk Raisya. Raisya juga memeluk neneknya dengan erat. "Maafkan Isya nek sebab dah lama tak balik kampung. Buzy dengan belajar." ujar Raisya. Neneknya hanya tersengih . "Takpelah, nenek tak ambik hati pun. Ni kamu dah makan ke belum?" Soal Nenek Raisya. Raisya menggelengkan kepalanya. "Ala, kesiannya cucu nenek. Jom pergi dapur. Nenek masak sedap hari ni." ujar nenek Raisya. "Waa, nenek masak ape? Lama Isya tak makan masakan nenek. Rindunya." kata Raisya pula. "Ala, cuma ada nasi putih, kangkung goreng belacan dengan ayam goreng sikit." kata nenek Raisya. "Sedapnya😍😍😍." ujar Raisya.

Setelah selesai makan, Raisya memeriksa telefonnya. Terdapat 50 missed call dari 💟Irwan💖. Raisya menghela nafas berat. Dia membuka pula aplikasi whatsapp.

💟IRWAN💖

-Kenapa B call sayang tak angkat?
-Sayang marahkan B lagi?
-Maafkan B😢😢😢
-Sayang pergi mana?🙅🙅
-B akan cari sayang sampai dapat. Ingat sayang, sayang hak B selamanya.

Raisya tidak membalas chat dari Irwan. Tiba tiba telefonnya berdering sekali lagi. Kini Raisya terpaksa menjawabnya.

IRWAN : Hello sayang.
RAISYA : Ye.
IRWAN : Sayang kat mana? Kenapa B call, chat, sayang tak angkat? Sayang nak larikan diri dari B ke?
RAISYA : Kenapa awak nak tau? Awak nak cari saya hanya sebab nak marahkan saya je kan. Bila saya ada dengan awak, awak cuma marahkan saya je. Saya bukan patung, Irwan untuk telan semuanya. Awak kata awak sayangkan saya, tapi bila saya nasihatkan awak, awak melenting. Awak tengking saya bila saya suruh awak hormat parents awak. Sekarang, awak sendiri buat keputusan. Saya tak kisah andainya awak nak tinggalkan saya. Ya, mungkin awak tak bahagia dengan saya. Takpelah. Awak tentukan masa depan awak sendiri. Assalamualaikum. ( Raisya terus mematikan panggilan tersebut setelah meluahkan isi hatinya.)

Raisya terduduk di pangkin bawah pokok setelah menutup telefonnya. Dia menangis teresak esak. Jujur, dia sendiri tak sanggup kehilangan Irwan. Namun, apakan daya. Hatinya semakin terluka.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now