BAB 2

861 20 0
                                    

Ketika Raisya berjalan, dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan barang barangnya terjatuh. "Ma..maaf. Saya tak sengaja." Ujar Raisya memohon maaf sambil membantu mengemaskan barang barang yang bertaburan di lantai. "Takpe. Kau tak salah." ujar orang yang dilanggarnya itu. Raisya mengangkat wajahnya dan memandang pemilik suara yang bercakap dengannya itu. "Err, awak yang sekelas dengan saya kan? Nama awak, Irwan kan?" Soal Raisya. Irwan mengangguk dan tersenyum. "Kau nak pergi mana ni?" Soal Irwan. "Saya nak balik." Jawab Raisya jujur. "Oh, jom aku teman kau balik." Ujar Irwan dengan lembut. "Okay😊" Jawab Raisya.

Dalam perjalanan ke rumah Raisya, mereka isikan dengan perbualan. "Tadi prof Ash cakap apa dengan kau? Dia tengking kau lagi ke?" Soal Irwan. "Taklah, tadi dia minta maaf sebab jerkah saya lepas tu dia kata lepas ni jangan lambat datang kelas dia. Tu je." Jawab Raisya. "Oh, macam tu. So, kau ok tak ni?" Soal Irwan lagi. "Saya okay je. Takde pape pun." Akhirnya, mereka sampai di hadapan rumah Raisya. "Thanks sebab teman saya balik. Erm, awak taknak singgah dulu?" Soal Raisya. "Takpelah. Aku nak balik dah ni. Aku cuma nak pastikan kau selamat sampai rumah je. oklah, bye. Take care."Ujar Irwan dan meninggalkan Raisya. Raisya memandang Irwan yang mula menjauh. Dia tersenyum sendiri.

Well, siapa sangka, lelaki yang pendiam dan tidak berkawan di kelasnya itu, mempunyai nilai keprihatinan yang tinggi.

Irwan pulang ke rumahnya dengan hati yang ceria. Dia tidak menduga Raisya akan berbual dengannya, malahan dia juga boleh menemankan Raisya pulang. Jadi, selepas ini tidak perlulah dia menyorok lagi hingga menyebabkan Raisya ketakutan. Irwan memandang gambar Raisya yang dijadikan sebagai wallpaper handphonenya. 'Suatu masa nanti, kau akan jadi milik aku, Isya.' Tekad Irwan.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now