BAB 36

563 8 0
                                    

"Ana nak pergi mana?" Soal Ash apabila terserempak dengan Riana di luar hospital. Riana diam tidak menjawab. Dia hanya meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Ash. "Ana nak tinggalkan abang lagi? No! Abang tak benarkan!" ujar Ash. Dia menyaingi langkah Riana. Ash memegang bahu Riana untuk menghentikannya. Riana hanya menundukkan wajahnya. Ash mengusap pipi Riana yang ditamparnya. "Maafkan abang sebab tampar Ana malam tadi. Abang cuma marah sebab Ana mungkir janji. Maafkan abang, Ana. Abang tak nak berpisah dengan Ana lagi. Jangan seksa abang lagi, Ana." ujar Ash. Riana menolak Ash dan berlalu ke keretanya.

Ash masuk ke kereta Riana dan menolaknya ke tempat penumpang. "Keluarlah! Kau nak apa lagi!" Marah Riana. Dia memukul lengan Ash yang sedang memandu. Ash membawa dengan laju menuju ke suatu tempat. Setelah sampai di sebuah pantai, Ash membawa Riana keluar dari kereta tersebut. "Ana, abang tau Ana sukakan pantai bila Ana sedih. Abang minta maaf sebab sakitkan Ana. Abang betul betul minta maaf." ujar Ash. Riana berpeluk tubuh. "Kau dah tampar aku, kau tak faham perasaan aku. Buat ape kau nak ambik tau tentang aku lagi, antara kita dah takde apa apa hubungan. Kita dah putus kan malam tadi." ujar Riana. Dia berjalan di persisiran pantai itu. Dia benci dengan dirinya yang tidak mampu memaafkan ibunya, dia benci dengan dirinya yang terlalu keras, dan dia juga bencikan dirinya yang terlalu menyayangi Ash. Dia tidak mahu menjadi seperti kakaknya yang buta menilai cinta dam sanggup menderita hanya disebabkan cinta. Riana menjerit di pantai itu untuk melepaskan tekanannya.

Aaaaaaarghhhhhhhhhh!!!!!!!

Ash mendengar jeritan Riana lantas berlari mendapatkannya. "Ana, kenapa? Ada sesiapa kacau Ana? or Ana terpijak apa apa?" Soal Ash prihatin. Dia memeriksa Riana untuk memastikannya. Riana memandang Ash sayu. "Ana, kenapa?" Soal Ash risau. Riana terus memeluk Ash dengan erat. "I love you, abang. Love you so much." ujar Riana. "Abang love Ana jugak. Jangan tinggalkan abang lagi, sayang. Abang tak boleh hidup tanpa Ana." ujar Ash."Abang janji abang takkan sakitkan Ana lagi. Kalau Ana tak nak dengar cakap abang, abang dukung je Ana." Ash berjanji. Riana tersenyum manis. "Ana minta maaf ye sebab asyik nak tinggalkan abang je. Ana tau abang cintakan Ana. Ana tau abang marahkan Ana sebab abang tak nak Ana minum air haram tu. Ana stress sangat. Maafkan Ana. Selama ni, Ana hidup tanpa kasih sayang mama dengan kakak, Ana sakit hati bila mama sanggup tinggalkan Ana, pisahkan Ana dengan kakak. Tapi, papa senang senang je maafkan mama. Ana tak boleh terima." Tangis Riana. "Abang tau. Takpe, yang penting Ana tau kan, abang cintakan Ana sangat sangat. Abang tak sanggup nak lepaskan Ana." ujar Ash.

Mereka berpegangan tangan dan sama sama berjalan di persisiran pantai itu.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now