BAB 37

561 7 0
                                    

Qira merangka rancangan untuk menghapuskan Raisya dari hidup Irwan. Sekali pun, dia tidak akan melepaskan Irwan ke tangan Raisya. Bibirnya mula melepaskan senyuman. Dia sudah tahu bagaimana untuk menghapuskan Raisya.

-------------------------------------------------------------
Qira memakai pakaian nurse dan masuk ke bilik rawatan Raisya. Dia tersenyum melihat Raisya yang sedang tidur nyenyak, lantas digunakan klorofom untuk melenakan terus gadis itu. "Huh! Menyusahkan aje!" marah Qira. Dia melihat sekeliling dan amat pasti tiada sesiapa yang melihatnya. Di bawanya Raisya melalui jalan belakang hospital dan dimasukkan ke dalam van lalu dibawa jauh dari hospital. "Finally, I got you!" ujar Qira sambil ketawa seolah dia sudah menang.

-------------------------------------------------------------

Riana yang sedang berjalan bersama Ash merasa terganggu dengan nada deringan telefonnya. Dilihatnya papanya menghantar SMS padanya.

'Datang hospital cepat! kakak diculik!'

Riana segera memandang Ash. "Abang, we need to go now. Something happen." ujar Riana cemas. Ash memandu dengan laju dan tiba segera di hospital. Riana berlari secepatnya dan melihat ahli keluarganya berwajah risau. "Apa dah jadi?" Soal Riana. Dia memandang ke dalam wad kakaknya dan terkejut melihat kakaknya tiada. "Where is my sister?!" ujar Riana dengan marah. "I..Isy...Isya di..diculik." jawab mama mertua Isya. "What?!" jerit Raisya. Dia menghampiri Irwan. Dia menolak Irwan dengan kasar hingga terduduk Irwan dibuatnya. "Aku dah pesan pada kau untuk jaga kakak aku! Susah sangat ke?!" Marah Riana.

Matanya merah menahan marah dan rambutnya mula mengerbang menandakan dia sudah tidak mampu menahan kemarahannya. "Korang semua ni memang tak boleh diharap!" marah Riana. Ash sendiri tidak mampu menghalang kemarahan Riana. Baru pertama kali dia melihat Riana marah sebegitu rupa. Riana mencapai telefonnya dan menelefon seseorang.

Tut..Tut..

Riana: Hello
Xx: Hello Boss.
Riana: Korang ada maklumat tentang Qira or kakak aku?
Xx: Haah, kitaorang tengah follow dorang ni bos. Qira adalah mastermindnya. Dari area jalan ni, kitaorang rasa mereka menuju ke Bentong, Pahang.
Riana: Okay, korang follow je dorang. Ape apehal update kat aku. Aku otw ke sana dengan budak budak kita.
Xx: Baik boss. Nanti kitaorang sent address.

Raisya menutup telefonnya dan dia dihampiri 2 orang lelaki yang berpakaian hitam. "Boss, nak gerak sekarang or nanti?" ujar salah seorang lelaki itu. Riana menoleh ke arah keluarganya. "Tunggu aku sekejap." Dia berlalu ke tandas dan menukar pakaiannya. Kini dia memakai pakaian hitam dan rambutnya diikat tocang kuda. "Ma, pa, auntie, uncle. Ana gerak dulu." ujar Riana. Dia mahu menyelamatkan kakaknya. "Tapi kita tak tahu dorang bawa Raisya pergi mana." ujar papa Irwan. "Ana sentiasa tahu mana kakak Ana. Sakitnya dia adalah sakit Ana. Ana takkan biarkan sesiapa pun sakitkan kakak." ujar Riana tegas. Dia memandang Ash dan Irwan yang kelihatan mahu mengikutinya. "Korang nak ikut Aku?" Soal Riana. Mereka mengangguk. "Jom, tapi be careful." pesan Riana. Mereka terus masuk ke van ahli kumpulan Riana yang sememangnya menunggu mereka di hadapan hospital.

"Am, ikut address ni." arah Riana kepada pemandunya. "Baik boss." jawab pemandunya. Dia memandu dengan lebih laju setelah menerima alamat tersebut. Walaupun hati Riana mula berasa tidak tenteram, namun dia bijak menyembunyikan ekspresi wajahnya.

2 jam perjalanan dan akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah gudang. Riana mengarahkan orang orangnya untuk menyelesaikan pengawal yang berkawal di gudang tersebut. Manakala, Riana, Irwan, Ash dan beberapa orang masuk ke dalam gudang tersebut untuk mencari Raisya dan Qira. Mereka menemui Raisya yang sedang terbaring lemah di atas lantai. "Sayang!" Irwan terkejut melihat Raisya yang kelihatan lebam di wajahnya. Tiba tiba terdengar bunyi seseorang menepuk tangan.

Pap..Pap..

Qira menghampiri mereka. "Aku tak sangka rupanya kau, ketua Group Black Horse, Ria. Patutlah berani mengancam aku. Tapi, kau silap lah sis. Sini tempat aku. Orang orang aku ramai kat sini." ujar Qira dengan angkuh. "Peduli apa aku kalau ini tempat kau?! Aku dah cakap dengan kau, jangan ganggu kakak aku! Apa yang kau nak?!" Marah Riana. Qira memegang bahu Riana. "Aku nak Irwan! Aku akan lepaskan Isya kalau kau serahkan Irwan pada aku." ujar Qira membuat pertukaran.

Riana memandang Qira dan memandang Irwan. "Kau nak Irwan? Ambiklah, aku tak halang pun." ujar Riana dan menolak Irwan ke arah Qira, namun pada masa yang sama, dia melepaskan tembakannya pada Qira, namun tembakan itu tersasar.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now