BAB 7

640 12 0
                                    

FLASHBACK...

"Wahh! Ada barang baik lalu. Nak ke mana ni cik adik manis?" Soal pemuda yang sedang berdiri di tepi lorong sepi tempat Raisya membeli barang. Namun, Raisya hanya berdiam diri. "Puih! Sombongnya. Jomlah, abang ajar adik berseronok. Nak tak?" Usik pemuda itu lagi. Kali ini, dia menghadang jalan Raisya. "Tepilah! Saya nak balik." kata Raisya. Namun pemuda itu tidak mengendahkannya. Tangan pemuda itu semakin galak menyentuh tubuhnya. "Ape ni?!" Ujar Raisya sambil menepis perlakuan pemuda itu. Tanpa membuang masa, dia terus menendang kelengkang lelaki itu dan melarikan diri.

"Argh! Sial punya betina! Sini kau!" Jerit lelaki itu. Dia mengejar Raisya. Raisya segera menelefon Irwan berkali kali namun panggilannya tidak diangkat. 'Mana awak ni B? Isya takut.' Tangisnya. Lelaki itu semakin mendekatinya dengan memegang sebilah pisau. Raisya sempat mengelak pisau tersebut namun malangnya pisau tersebut terkena bahunya. Raisya teringat dia mempunyai pepper spray di dalam begnya lantas dikeluarkan dan disembur pada lelaki itu. Kepedihan mula meresapi mata lelaki itu dan lelaki itu telah melarikan diri.

Raisya berasa sangat lemah. Hatinya dan bahunya sakit. 'Sampai hati awak tiada di saat saya perlukan awak, B.' Desis hatinya. Dia memandang barang yang dibelinya untuk hari lahir Irwan. Sejurus kemudian Irwan pun sampai, namun tika itu, hati Raisya telah pun terluka.

END FLASHBACK

Raisya menangis mengingatkan ape yang telah terjadi padanya petang itu. Namun dia tetap menguatkan dirinya untuk terus tabah. Dia tidak sepatutnya menyalahkan Irwan atas apa yang telah terjadi padanya. Irwan banyak bersabar kerana dirinya. Kasihan Irwan. Raisya menggapai telefonnya dan mendail nombor Irwan, tidak lama kemudian panggilannya diangkat.

TUTT..TUTT..

IRWAN : Hmm..
RAISYA : Hello B?
IRWAN : Hmm..
RAISYA : Maafkan sayang sebab marahkan B, sebab sakitkan hati B hari ni.
IRWAN : Hmm..
RAISYA : Maafkan Isya, B. Please.. Isya sayangkan B. Maafkan Isya.
IRWAN : Hmm.. K
RAISYA : Takpelah, maafkan Isya sebab ganggu Irwan. Take care, good night. (Isya tidak dapat menahan tangisnya. Dia mematikan panggilannya.)
IRWAN : (Terkejut mendengar tangisan Raisya. Belum sempat hendak membalas, Raisya telah pun mematikan panggilannya.)

Irwan mendail semula nombor telefon Raisya, namun tidak berangkat. Raisya telah pun mematikan telefonnya. Irwan segera masuk ke dalam keretanya dan melihat ada bungkusan di dalam keretanya. 'Ni mesti Isya punya.' Desis hati Irwan. Terdetik di hatinya untuk melihat bungkusan tersebut. Ada sebuah kotak jam dan sebuah kad ucapan.

Dear B,

Happy birthday!!!!!Thanks sebab jadi yang teristimewa buat sayang. You know what? I've deep in love with you dear. Sayang cintakan B sangat sangat. Sayang tak tau nak beli apa untuk B, jadi sayang beli jam ni je khas untuk B. Tapi, jangan ingat jam ni takde makna ea. Makna sayang bagi jam ni untuk B sebab sayang nak B sentiasa ingat pada sayang. Sayang tak nak B ingat sayang setiap hari, setiap jam, setiap minit. Tapi sayang nak B ingat sayang setiap saat yang ada. I LOVE U, B😍😍😍😍😍.

Your Love,
ISYA..

Menitis air mata Irwan membaca tulisan tersebut. Semakin bertambah rasa bersalah Irwan. Dia teringat dia banyak kali marahkan Raisya petang tadi. Dia meraup kasar wajahnya. Dia memandu ke rumah Raisya.

"Assalamualaikum, Isya." Irwan memberi salam dan ibunya membuka pintu. "Eh, Irwan. Masuklah." pelawa ibu Raisya. "Eh, takpelah mak cik. Saya kat luar ni je. Isya ada?" Soal Irwan. Ibu Raisya mengangguk. Dia masuk semula ke dalam rumah untuk memanggil Raisya. Raisya keluar dengan mata yang sembab. "Sayang." Panggil Irwan lembut. Raisya hanya mendiamkan dirinya. "B minta maaf. B tahu salah B. B tak patut marahkan sayang tadi. B minta maaf sangat sangat. B cintakan sayang." Pujuk Irwan. Raisya tetap mendiamkan diri. "Sayang, please. Talk with me." Rayu Irwan. "Saya dah banyak sakitkan hati awak. Mungkin awak tak bahagia dengan saya lagi. Saya rasa inilah keputusan terbaik untuk kita.." Raisya menarik nafas berat dan menyambung kata katanya. "Kita clash." kata Raisya. Irwan terkejut mendengar kata kata Raisya. "No sayang! No! B bahagia dengan sayang. Sayang tak pernah sakitkan hati B. Please sayang. B janji takkan marahkan sayang macam tadi. B cintakan sayang. B janji B akan jadi kekasih dan suami yang baik untuk sayang. Bagi B peluang lagi sekali." Rayu Irwan. Dia sanggup melutut di hadapan Raisya.

"B, bangunlah. Please." kata Raisya. Dia cuba membangunkan Irwan namun Irwan mengeraskan dirinya. "B cintakan Sayang sangat sangat." rayu Irwan. "Sayang tau. B bangunlah. Sayang pun cintakan B. Sayang cuma takut B tak bahagia dengan sayang. Tu je walaupun hakikatnya sayang tak sanggup nk putus dengan B." ujar Raisya. Dia terpandangkan hadiah pemberiannya di pergelangan tangan Irwan. "B suka hadiah B?" Soal Raisya. Irwan mengangguk. "B akan jaga hadiah sayang sampai bila bila." ujar Irwan. Dia gembira Raisya tidak akan meninggalkannya.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now