BAB 14

554 9 0
                                    

Keesokkan harinya, Irwan mengetuk pintu bilik Raisya. "Sayang, wake up. Dah pagi ni." ujar Irwan. Raisya bingkas bangun dan membersihkan dirinya. Tidak lama selepas itu, dia keluar dari bilik tersebut. "Hmm." Raisya mengeluh. "Jom breakfast." ujar Irwan dan menarik lembut tangan Raisya. Raisya hanya mengikut langkah Irwan. Family Irwan hanya mampu memerhatikan mereka kerana mereka tidak mahu Irwan bertindak di luar kawalan.

"Come, sayang duduk sebelah B, okay."ujar Irwan dan menarik kerusi untuk Raisya duduk. "So, Irwan. Bila kamu nak hantar gadis ni pulang? Tak elok kalau kamu dan dia tinggal serumah. Nanti apa pulak jiran mengata." ujar papa Irwan. "Betul kata papa tu, Irwan. Kesian family Isya ni nanti cari Isya." Sokong mama Irwan pula. Irwan menghempaskan sudu dan garfunya. "Korang diam boleh tak?! Sejak bila korang ni reti nak ambik tau hal aku?!" Marah Irwan. Raisya terkejut mendengar bahasa yang digunakan Irwan. "Awak, kenapa cakap macam tu dengan parents awak. Tak baiklah." kata Raisya. "Sayang diam!" Jerkah Irwan. "Sayang takde hak nak masuk campur hal keluarga B, faham?!" Marah Irwan lagi. Terhinggut bahu Raisya dibuatnya. Mama papa Irwan merasa kasihan dengan Raisya. "Err, takpelah. Saya minta maaf sebab masuk campur hal keluarga awak. Mak cik, auntie, uncle, Terima kasih sebab bagi Isya tumpang kat sini. Isya minta diri dulu. Assalamualaikum." ujar Raisya sambil menyalam mama Irwan.

"Sayang nak pergi mana?" Soal Irwan. "Saya nak balik rumah saya." kata Raisya dan melangkah ke pintu. Irwan segera bangun dan mengejar Raisya. "Sayang, jangan balik. Jangan tinggalkan B! B tak nak hidup tanpa sayang. Maafkan B sebab marah sayang tadi. Tolonglah sayang, B merayu sangat." Irwan melutut di hadapan Raisya. Dia menyesal sebab menengking Raisya. Sudahlah gadisnya itu terluka, ditengkingnya pula. Dia betul betul menyesal. Raisya tidak mempedulikan Irwan lagi. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke arah Irwan. "Baiklah, kalau sayang memang betul nak tinggalkan B, lebih baik B mati je." ujar Irwan dan mencapai pisau di dapur. Dia mengerat tangannya di hadapan keluarganya dan Raisya. "YA ALLAH, IRWAN!" jerit mama Irwan. Raisya pantas menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat tangan Irwan sudah bercucuran darah. Namun, Irwan hanya membiarkannya. Dia betul betul hendak membunuh diri.

Raisya segera mendapatkan Irwan. Dicapainya pisau di tangan Irwan dan dibuangnya ke lantai. Dia menarik Irwan ke pelukannya. "Apa B buat ni?! Kenapa B buat semua ni?!! B sanggup nak tinggalkan sayang, nak tinggalkan family B?!! Tolonglah, jangan sakitkan diri B." Tangis Raisya. Irwan tersenyum mendengar panggilan yang Raisya gunakan. Keluarga Irwan segera membawa Irwan ke klinik. Semasa Irwan dirawat, Raisya memohon maaf dengan keluarga Irwan. "Auntie, Uncle, maafkan Isya sebab jadi punca semua masalah ni. Isya minta maaf sangat." Ujar Raisya. Mama Irwan segera memeluk Raisya. "Bukan Isya puncanya. Kamilah punca segalanya. Irwan tertekan dan kekurangan kasih sayang kami. Sebab tu, dia jadi macam tu. Tapi, bila kami lihat betapa sayangnya dia pada Isya, kami sedar Irwan dah jumpa kebahagiaan dia." ujar mama Irwan. "Nikahi Irwan ye nak. Jadi isteri Irwan. Tolong kami bahagiakan Irwan." pinta Papa Irwan pula. Air mata bertakung di pipi Raisya. Dia tidak menduga sebegitu besar sekali cinta Irwan buatnya. "Berikan Isya masa ye." ujar Raisya pula. Mama Papa Irwan mengangguk.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now